Friday, February 6, 2015

Beg Aisyah [Kulit Babi Ke Ni????]


Assalamualaikum...

Nak cerita pasal beg Aisyah.. Aisyah daripada kecik memang minat betul pakai beg..Tak kira la beg silang ke beg kecik-kecik sangkut kat bahu, lengan lepastu dia akan salam semua orang lepas tu cakap byeeeeee macam nak pergi jalan-jalan..Haha

Semalam pergi jalan-jalan dekat Kenanga Wholesale City sebab nak beli sticker harga untuk pistol harga tu. Jalan-jalan, ternampak ada beg comel.. Memang dah lama tercari-cari beg untuk Aisyah pakai..Memang nak beli beg sandang belakang sebab nak bagi dia ralik nak berjalan sendiri kalau tidak asyik nak berdukung aje,..

Susah nak cari yang berkenan dekat hati aku ni..Aku tak minat sangat beg frozen yang bersepah dekat pasaran tu.. Aku tak minat dengan benda yang sama je dengan semua orang.. Takde kelainan.. Hehe..

Jadi semalam, ada lah satu beg ni yang berkenan dekat hati aku.. Macam beg sekolah kita dulu-dulu tapi versi budak kecik..Comel sangatttttttt.. Pada aku lah..Korang suka frozenkan? Ok takpe..Haha

Beli je beg tu, syok gila Aisyah berjalan sendiri.. Macam dah besar sangat lagaknya.. Send gambar dekat Shahril.. Dia bagi ayat sayu  "Dah besar dah anak kita kan?" Ke hint kata nak nombor dua dah? Hahaha! 



Mula-mula ingat nak beli baju merah dekat atas ni sekali dengan beg tu..Tapi mak aku kata cantik memang cantik tapi kainnya kejung.. Tak terletak.. Jadi, aku pun beli je lah beg disamping aku memang nak save duit pun taknak beli macam-macam..Kehleh..


Inilah gaya Aisyah semalam.. Aisyah nak gi school ke? Haah! dia kata sambil angguk beriya.. 


Pagi ni, adik aku duk belek-belek beg tu.. Adik aku tanya "Anya, kompem ke yang bawah ni bukan kulit babi? Ni ada 3 bintk ni.."



Ni ha.. Bintik 3 macamni ha.. Kulit babi ke weh?


Tu dekat base beg tu...

Kulit babi ke???  Gulpp..Aku pun laju-laju bukak internet untuk search.. Alhamdulillah apa yang aku jumpa, diorang kata kalau bentuk segi tiga nya sekata itu baru kulit babi.. Kalau tak sekata, bukan..  Dekat beg ni ada yang satu titik satu titik lepas tu sesetengah bahagian 2 titik dan tiga titik..Lagipun material yang dekat beg ni macam kain baldu murah tu..  Kan?kan? Aku yakin sangat bukan kulit babi ni.. (Walaupun cuak jugak..Hihi)


Meh aku share sikit info yang aku dapat..

Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

1. Lihat dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti.
Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN titik-titik membentuk segitiga.
Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalahkulit babi.
Perhatikan bintik-bintik yang dibulat
Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.
Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. tiga titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.
2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan padabahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Nota kaki : Semoga sentiasa dilindungi Allah daripada setiap benda yang terlindung dan tak nampak jelas ni..


3 comments:

  1. Nas,
    Kulit babi ni macam kulit binatang lain jugak ada yang tiruan punya.
    Menurut kata seorang supplier k.d dari China (dan ada jugak sumber k.d baca dari internet), dekat China dorang memang ada manufacture kulit babi tiruan, sama macam kulit lembu, buaya dll.
    Sebab walaupun kulit babi lebih murah berbanding leather lain, tapi still mahal utk low cost mass manufacturing. Sebab tu dorang buat tiruan punya.
    And mcm barang tiruan lain, dorang akan tiru sebaik mungkin texture n pattern yg original, hence the 3 dots for pig skin leather tiruan.
    Macam leather lain salah satu cara nak tau ialah bakar sikit fabrik tu. Kalau mudah terbakar memang bukan orignal leather lah tu.

    Satu lagi kalau barang pig skin leather original dorang takkan jual murah2. Kat Aldo kasut pig skin lining pun ratus2 jugak. Tapi memang lembut gila la rasa dia, best je pakai. Ye k.d terrrpakai masa kat Hanoi -__-''

    Tapi kalau ragu2 dan sebaik2 nya xpayah la beli. Insyallah selamat dunia akhirat. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Dah besar aisyah. Pandai posing mek aisyah ni :)
    Aku penah alami situasi yg sama. Purse abg aku beli kt china. Dah la beli kat sane kan. Lg lah aku skeptik. Puas belek2. Last2 tak pakai pun. Sbb cnfuse..huhu..

    ReplyDelete
  3. kalau ikut pemerhatian saya, kulit di beg aisyah tu kulit babi. kebiasaannya bulu babi tumbuh tiga helai setempat, tapi tidaklah semestinya di keseluruhan kulit dia macam tu. Kulit binatang lain bulunya tidak tumbuh beberapa helai setempat. Seandainya bukan kulit tapi dibuat menyerupai kulit babi, maka laing-liang tersebut akan seragam. Allahu a'lam.

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails