Sunday, November 2, 2014

Ni Ape Ni...


Assalamualaikum..

Lama tak update pasal Aisyah kan? Esok insyaallah Setahun 6 bulan dah dia.. Cepat nya masa berlalu.. Still rasa dia baby-baby lagi.. Bila ada satu-satu perkembangan dia still rasa eksaited.. Panggil semua orang yang ada dekat keliling bagitau apa yang Aisyah dah buat.. Bila Shahril call je laju-laju cerita apa perkembangan terbaru Aisyah.. Tak cukup tu, aku call mak aku pulak bagitau tadi Aisyah dah pandai buat benda baru..Whatsapp kakak dengan adik aku cerita lagi benda yang sama..Haha!Redha je lah diorang dengar sebab diorang pun eksaited nak tau.. ^_^ Dah besar dah intan payung mak sorang ni..

Hobi Aisyah makan makan dan makan.. Gigi dah penuh semua.. Apa yang kita nak makan dia nak makan.. Memang tak takut langsung makan pedas.. Sambal ketuk tu dia selamba je ratah..Memang jerit la kita ketepikan..Nasik goreng kalau kita masak asing.. Yang pedas tu jugak dia nak.. Muka memang rilek je.. Takde nak menangis ke apa pun.. Lagi bertambah ade la..Kalau tak nak bagi, menangis teresak esak..Adeh la... Kita yang risau..





.Ni rasa tomato tak pedas pun..Hehe.. Ni masa makan Tanjak Nachos dekat Foodhunterfeastival.. Sedap! ^_^


Aisyah memang selamba je makan sayur.. Lagi hijau lagi dia ok je.. Pegaga pun dia selamba je makan.. Kalau salad, bagi je yang hijau-hijau tu..Insyaallah dia boleh makan macam makan ulam tu..Hehe..


Dah pandai berselfie.. Ambik handphone kita lepastu angkat tinggi-tinggi sambil kata "Eppiiiii" Senyum sorang-sorang..Kemaen ko.. Dah pandai pilih baju.. Kalau dia rasa haritu nak pergi jalan, ambik baju dress atau baju cantik-cantik lepas dah pakaikan terus cakap "byeeee" sambil lambai-lambai nak keluar pintu.. Geram tengok..



Aisyah dah banyak tanya dah sekarang ni.. Soalan feveret dia.." Ni ape ni" haha! Dengan pelat-pelat dia tu sambil tunjuk benda yang dia nak tau tu.. Mak aku kata, kalau bawak dia turun dekat pasar Chow Kit tu, habis semua benda dalam pasar tu dia tanya ni ape ni.. Tadi aku bawak Aisyah pergi Aeon Big.. Dia sebok kata Aiirr airr sambil tunju,k vitagen semua.. Lepas tu sebok tunjuk dekat kotak kokocrunch lepas tu tanya ni ape ni.. Seploh kali dia tanya dengan harapan kotak tu dia punya..Sekali dia tengok orang yang beratur depan kitorang ambik..Tercengang je dia.. Haha! Tapi dia diam je lah dia tau bukan dia punya.. Kita bagi tau lah dekat dia yang tu aunty tu punya... Budak-budak ni faham kalau kita explian..Nanti dia tak ngamuklah nak paksa kita belikan jugak.. 

Aku nak ajar Aisyah bukan semua benda yang dia tunjuk-tunjuk tu dia boleh dapat.. Dari kecik kena ajarkan? Nanti dah terbiasa, kalau benda yang dia nak kita tak bagi, guling-guling atas lantai paksa belikan jugak.. Mak ko ni bukan penyabar...Kang benda tu tak dapat, panampor yang ko dapat..Haha! Baik ajar dari sekarang agar kelak aku tak jadi mak singa jadian.. Kang satu pasaraya tau perangai aku.. Kehkeh..


Sekian...Terima lah Selpi daripada kami!! Nas dan Little Nas (Nur Aisyah Shahril)... ^_^





3 comments:

  1. comelnya aisyahh !! untung nya suka makan sayur sebab bukan semua org suka makan sayur.. senang lah nnt kalau dh besar kan..

    ReplyDelete
  2. anak sy 1thn 7bln smlm...sm jgk anak sy ske mknn pedas..tp gigi taring dia otw nk tumbuh..anak awk dh penuh ye? cpt sikit lah drp ank sy hehe

    ReplyDelete
  3. Comel2..meh nak cubit2 pipi skit

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails