Tuesday, November 18, 2014

How To Be Fashion Moghul?[Ape pulak tu kan?]

Assalamualaikum..

Hari minggu lepaskan aku join KLMEGAYES2014.. Ya Allah banyaknya vendor yang jual baju, tudung,kasut dan aksesori yang cantik-cantik dan meletop.Persaingan antara vendor-vendor ni memang dahsyat pada aku.. Tapi rata-rata tetap ramai pengunjungnya. Masing-masing ada peminatnya tersendiri.. 

Ini menunujukkan masyarakat kita ni very up to date kalau tentang fesyen.. Diorang berani untuk bergaya dengan fesyen terkini Kalau tengok gaya masing-masing..Aduh cantiknyaaa.. Trend terkini yang aku nampak jubah lelaki dan perempuan. Fuuhhh..memang cantik betul!

Korang tahu tak rupa-rupanya, untuk penggemar fesyen yang betul-betul ikut gaya terkini dan berani untuk bergaya unik ni, dipanggil fashionista atau fashion moghul. Haa dah tau? Ok, aku je baru tau rupanya.. Hehe.. Antara selebriti yang boleh kita nampak sentiasa berfesyen moghul atau fashionista ni adalah Scha Alyahya, Sazzy Falak dan Fazura.. Cantik kebabom 24 jam kan..


Kadang-kadang ada jugak godek-godek Encik Google tu, macamanalah nak jadi cantik dan berani bergaya macam diorangkan.. Yelah, akukan selalu nak join event untuk bukak booth jualan.. Kalau tak bergaya, akan hilang keyakinan untuk ke depan dan promote barang kita.. Betul tak?

Jadi, untuk sentiasa bergaya, ada beberapa tips.. Meh aku share jadi, kita boleh cantik sama-sama..Hehe..

1.Keep Up To Date

Sentiasa mengikuti info-info fesyen terkini daripada majalah-majalah fesyen atau browse sahaja! Kita boleh tengok bagaimana selebriti-selebriti antarabangsa dan tempatan tampil bergaya dan tiru fesyen mereka.. Kalau aku, mesti lah yang mengikuti fesyen muslimah kan.. Tak semestinya jubah.. Kalau aku, aku minat baju blouse labuh paras peha dan lengan panjang sampai pergelangan lengan.. Cantiknya!!!





2. Timeless pieces

Beli pakaian yang boleh pakai dipakai pada bila-bila masa dan tidak terikat pada satu-satu musim. Contohnya, Kalau korang nak pergi dinner, duk nak beli baju yang vogue lepas tu pakai sekali tu je.. Jangan-jangan.. Sekarang ni dah banyak fesyen yang kita boleh mix and match. Contohnya kita beli blouse yang cantik dan sesuai untuk dinner dipadankan dengan skirt dan serlahkan dengan shawl yang mungkin ada impak shimmer. Esok-esok, kita boleh guna semula blouse tu dan digayakan pula dengan seluar jeans/slack..



3. Berani dan Berkeyakinan Tinggi

Seterusnya, yang penting sekali kita kena berani dan berkeyakinan tinggi tapi haruslah diingatkan agar kita jangan sampai jadi 'fashion victim' bila kita cuba sesuatu yang baru. Nanti bukan orang nampak kita cantik malah dikutuk..Huhu.. Jadi, kita kena bijak dalam bergaya dan menjadi trendsetter! ^_^


4. Kenali Diri

Yang terakhir sekali, kenali diri kita. Kita perlu tahu personaliti diri kita dan arif mengenai tubuh badan kita. Jangan cuba sesuatu yang tidak bersesuain dengan tubuh badan dan personaliti kita.


Dengan tips-tips ni, boleh la membantu kita jadi fashionista kan.. Bila kita bergaya, secara tak langsung keyakinan diri tu datang..Kan? Kan? Tak lah tundukk je bila kita bercakap dengan orang.. Hehe..























No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails