Saturday, November 29, 2014

Senarai Peserta Give Away by Nas Honey Skin Bar Ephyra

Assalamualaikum..

Ini senarai nama blogger-blogger yang join giveaway by Nas Honey Skin Ephyra.. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi join giveaway yang pertama kali aku nak buat ni..Hehe.. Tak pe sikit je peserta nya sebab hadiah pun ada 5 je kan..Hehe..

Masih ada berbaki beberapa jam lagi sebelum pukul 12 tengah malam ni.. Masih boleh join kepada sesiapa yang nak join.. Jemput jempuut..... ^_^


1. http://www.syuhadasalleh.my/2014/11/give-away-by-nas-honey-skin-bar-ephyra.html
2. http://adna2029.blogspot.com/2014/11/give-away-by-nas-honey-skin-bar-ephyra.html
3. http://izzeyda.blogspot.com/2014/11/give-away-by-nas-honey-skin-bar-ephyra.html
4. http://farhana-jamil.blogspot.com/2014/11/give-away-by-nas-honey-skin-bar-ephyra.html
5. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/11/give-away-by-nas-honey-skin-bar-ephyra.html
6. http://hzinnirah.blogspot.com/2014/11/give-away-by-nas-honey-skin-bar-ephyra.html
7. http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/11/giveaway-by-nas-honey-skin-bar-ephyra.html

Friday, November 28, 2014

Give Away By Nas Honey : Skin Bar Ephyra

***Sticky note..Scroll ke bawah untuk entry lain..

Assalamualaikum.. ^_^ 

Bismillah...First time nak buat give away ni..Hehe.. Alang-alang dapat hadiah 5 ketul sabun Ephyra daripada orang kuat Ephyra, jadi aku buat keputusan untuk hadiahkan pulak kepada pembaca blog aku sabun-sabun yang awesome ni..Suka tak?? ^_^ Jom join jom! Dan rasai sendiri kehebatan sabun ni..

Ok, senang sangat untuk join Give away ni sebenarnya.. Meh aku cerita cara-caranya ye..








1. Anda dikehendaki membuat satu entry di blog masing-masing dengan tajuk "Give Away By Nas Honey : Skin Bar Ephyra" dan share di FB dan Istagram (jika ada)

2.  Beritahu mengapa anda mahu menyertai contest ini. 

3. Anda MESTI menggunakan gambar yang tertera di entry ini (3 gambar di atas) untuk diletakkan di entry masing-masing.

4. Anda dibenarkan untuk mengambil info atau gambar tentang Skin Bar Ephyra dari :
atau dari blogger-blogger lain yang pernah menceritakan tentan Skin Bar ini.

5. Anda mesti LIKE & FOLLOW (WAJIB)
b) Instagram official@ephyra2u 
 c) blog nashanim.blogspot.com 
d) Facebook Nuraisyshoppe

6.  Tinggalkan permalink anda di ruangan comment entry ini. 

7.  Syarat last sekali ialah.. korang mesti backlink kepada entry contest blog ini. Pada setiap gambar atau lain-lain yang berkenaan. Jika tidak, penyertaan tidak akan dikira ^_^


TARIKH CONTEST

23 November 2014 - 28 November 2014

(pemenang akan diumumkan pada 1 Disember 2014)


Pemenang akan dipilih berdasarkan entry yang paling menarik...10 entry yang menarik akan dipilih dan dibuat undian. 5 pemenang akan dipilih secara undian akan memenangi sabun Ephyra bersaiz 25g. Bagaimana cara undian, nanti akan diberitahu.. Jangan risau.. contest ni adil ye... ^_^


Selamat Mencuba! Jom join ramai-ramai! ^_^




Tuesday, November 25, 2014

Sebelum dan sesudah makan

Haha! Memang macamni pun kita kan? Nampak je makanan yang menyelerakan laju je keluarkan handphone nak ambik gambar makanan tu..

Ni memang hobi aku la dari dulu... Dalam kamera dengan galeri handphone penuh gambar makanan.. Cita-cita konon nak upload dalam blog tapi nan hado.. =p

Saturday, November 22, 2014

Ephyra Skin Bar (produk baru!)

Assalamualaikum..
Sebagai pengguna setia Ephyra, dan suka kan dengan kebaikan Ephyra, aku sentiasa mengharapkan pihak Oceanlife2u akan keluarkan produk skincare.. Sebab aku percaya dengan team Ephyra ni..Diorang takkan keluarkan produk sebarangan dan akan hasilkan produk yang bermutu je..

Akhirnya impian aku jadi kenyataan bila pihak hq nak lancarkan produk baru iaitu skin bar ephyra! Bestnyaaa! Dah cantik-cantik dekat dalam ada pulak untuk cantik2 dekat luar kan.. ^_^

Sekarang ni sabun ni belum lagi di jual dekat pasaran.. Hanya diberi secara percuma kepada stokis, ejen-ejen dan customer yang ada membeli ephyra masa di booth yang dikendalikan oleh hq..

Kenapa tak dijual lagi? Sebab pihak hq ephyra nak bagi sabun ni secara free dulu untuk dapatkan feedback daripada pengguna awal barulah dijual secara besar-besaran..Baguskan? Pastikan produk kita betul-betul selamat dan berjaya baru dipasarkan.. Memang terbaik!

Ok, kepada pengguna ephyra, bermula 1 Disember nanti, setiap pembelian sekotak premium akan dapat sabun ephyra ni secara percuma tau! Dan promo ni tak banyak.. Selagi stock masih ada sebelum dilancarkan penjualan sabun ni Januari tahun depan..

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ni tau. Dapatkan harga istimewa ephyra dan percuma  sabun ephyra ni dari aku.Ejen sah ephyra kawasan Ampang..Tapi boleh je kalau nak COD untuk area Lembah Klang, dan KL no problem..Boleh pos ke seluruh Malaysia..Free postage tau ^_^

Whatsapp aku cepat 0193613164 untuk buat tempahan PREMIUM PACK + SABUN DENGAN HARGA ISTIMEWA kami ejen-ejen tengah naak serbu hq ni.. Whatsapp laju2 ok? ^_^

****Testimoni diri sendiri sebagai pengguna sabun ephyra ni, aku sangat2 berpuas hati.. Muka terasa licin, gebu dan tegang.. Tegang yang aku suka tu..Terasa segar bugar.. ^_^




Tuesday, November 18, 2014

How To Be Fashion Moghul?[Ape pulak tu kan?]

Assalamualaikum..

Hari minggu lepaskan aku join KLMEGAYES2014.. Ya Allah banyaknya vendor yang jual baju, tudung,kasut dan aksesori yang cantik-cantik dan meletop.Persaingan antara vendor-vendor ni memang dahsyat pada aku.. Tapi rata-rata tetap ramai pengunjungnya. Masing-masing ada peminatnya tersendiri.. 

Ini menunujukkan masyarakat kita ni very up to date kalau tentang fesyen.. Diorang berani untuk bergaya dengan fesyen terkini Kalau tengok gaya masing-masing..Aduh cantiknyaaa.. Trend terkini yang aku nampak jubah lelaki dan perempuan. Fuuhhh..memang cantik betul!

Korang tahu tak rupa-rupanya, untuk penggemar fesyen yang betul-betul ikut gaya terkini dan berani untuk bergaya unik ni, dipanggil fashionista atau fashion moghul. Haa dah tau? Ok, aku je baru tau rupanya.. Hehe.. Antara selebriti yang boleh kita nampak sentiasa berfesyen moghul atau fashionista ni adalah Scha Alyahya, Sazzy Falak dan Fazura.. Cantik kebabom 24 jam kan..


Kadang-kadang ada jugak godek-godek Encik Google tu, macamanalah nak jadi cantik dan berani bergaya macam diorangkan.. Yelah, akukan selalu nak join event untuk bukak booth jualan.. Kalau tak bergaya, akan hilang keyakinan untuk ke depan dan promote barang kita.. Betul tak?

Jadi, untuk sentiasa bergaya, ada beberapa tips.. Meh aku share jadi, kita boleh cantik sama-sama..Hehe..

1.Keep Up To Date

Sentiasa mengikuti info-info fesyen terkini daripada majalah-majalah fesyen atau browse sahaja! Kita boleh tengok bagaimana selebriti-selebriti antarabangsa dan tempatan tampil bergaya dan tiru fesyen mereka.. Kalau aku, mesti lah yang mengikuti fesyen muslimah kan.. Tak semestinya jubah.. Kalau aku, aku minat baju blouse labuh paras peha dan lengan panjang sampai pergelangan lengan.. Cantiknya!!!





2. Timeless pieces

Beli pakaian yang boleh pakai dipakai pada bila-bila masa dan tidak terikat pada satu-satu musim. Contohnya, Kalau korang nak pergi dinner, duk nak beli baju yang vogue lepas tu pakai sekali tu je.. Jangan-jangan.. Sekarang ni dah banyak fesyen yang kita boleh mix and match. Contohnya kita beli blouse yang cantik dan sesuai untuk dinner dipadankan dengan skirt dan serlahkan dengan shawl yang mungkin ada impak shimmer. Esok-esok, kita boleh guna semula blouse tu dan digayakan pula dengan seluar jeans/slack..



3. Berani dan Berkeyakinan Tinggi

Seterusnya, yang penting sekali kita kena berani dan berkeyakinan tinggi tapi haruslah diingatkan agar kita jangan sampai jadi 'fashion victim' bila kita cuba sesuatu yang baru. Nanti bukan orang nampak kita cantik malah dikutuk..Huhu.. Jadi, kita kena bijak dalam bergaya dan menjadi trendsetter! ^_^


4. Kenali Diri

Yang terakhir sekali, kenali diri kita. Kita perlu tahu personaliti diri kita dan arif mengenai tubuh badan kita. Jangan cuba sesuatu yang tidak bersesuain dengan tubuh badan dan personaliti kita.


Dengan tips-tips ni, boleh la membantu kita jadi fashionista kan.. Bila kita bergaya, secara tak langsung keyakinan diri tu datang..Kan? Kan? Tak lah tundukk je bila kita bercakap dengan orang.. Hehe..























Monday, November 17, 2014

Kereta Abah

Assalamualaikum...

Aku suka conteng2 lepas tu suruh Aisyah teka.. Bukan cun pun lukisan..Dapat jugak dia teka..Haha.

Kalau lukis bear,.dia jerit bearrrr...

Kalau lukis sudu, dia jerit udduuu..

Kalau lukis gelas atau botol air, dia jerit airrrrr..

Kalau lukis ikan, dia jerit jiii!!!! (Ji tu fish)

Tadi aku lukis je huduh2 kereta abah dia dari belakang.. Tanya dia..Aisyah, ni apa?.Dia terus cakap Abahhh Abahhhh.Hahhaha! Ok, aku boleh jadi pelukis lepas ni..

Sunday, November 2, 2014

Ni Ape Ni...


Assalamualaikum..

Lama tak update pasal Aisyah kan? Esok insyaallah Setahun 6 bulan dah dia.. Cepat nya masa berlalu.. Still rasa dia baby-baby lagi.. Bila ada satu-satu perkembangan dia still rasa eksaited.. Panggil semua orang yang ada dekat keliling bagitau apa yang Aisyah dah buat.. Bila Shahril call je laju-laju cerita apa perkembangan terbaru Aisyah.. Tak cukup tu, aku call mak aku pulak bagitau tadi Aisyah dah pandai buat benda baru..Whatsapp kakak dengan adik aku cerita lagi benda yang sama..Haha!Redha je lah diorang dengar sebab diorang pun eksaited nak tau.. ^_^ Dah besar dah intan payung mak sorang ni..

Hobi Aisyah makan makan dan makan.. Gigi dah penuh semua.. Apa yang kita nak makan dia nak makan.. Memang tak takut langsung makan pedas.. Sambal ketuk tu dia selamba je ratah..Memang jerit la kita ketepikan..Nasik goreng kalau kita masak asing.. Yang pedas tu jugak dia nak.. Muka memang rilek je.. Takde nak menangis ke apa pun.. Lagi bertambah ade la..Kalau tak nak bagi, menangis teresak esak..Adeh la... Kita yang risau..





.Ni rasa tomato tak pedas pun..Hehe.. Ni masa makan Tanjak Nachos dekat Foodhunterfeastival.. Sedap! ^_^


Aisyah memang selamba je makan sayur.. Lagi hijau lagi dia ok je.. Pegaga pun dia selamba je makan.. Kalau salad, bagi je yang hijau-hijau tu..Insyaallah dia boleh makan macam makan ulam tu..Hehe..


Dah pandai berselfie.. Ambik handphone kita lepastu angkat tinggi-tinggi sambil kata "Eppiiiii" Senyum sorang-sorang..Kemaen ko.. Dah pandai pilih baju.. Kalau dia rasa haritu nak pergi jalan, ambik baju dress atau baju cantik-cantik lepas dah pakaikan terus cakap "byeeee" sambil lambai-lambai nak keluar pintu.. Geram tengok..



Aisyah dah banyak tanya dah sekarang ni.. Soalan feveret dia.." Ni ape ni" haha! Dengan pelat-pelat dia tu sambil tunjuk benda yang dia nak tau tu.. Mak aku kata, kalau bawak dia turun dekat pasar Chow Kit tu, habis semua benda dalam pasar tu dia tanya ni ape ni.. Tadi aku bawak Aisyah pergi Aeon Big.. Dia sebok kata Aiirr airr sambil tunju,k vitagen semua.. Lepas tu sebok tunjuk dekat kotak kokocrunch lepas tu tanya ni ape ni.. Seploh kali dia tanya dengan harapan kotak tu dia punya..Sekali dia tengok orang yang beratur depan kitorang ambik..Tercengang je dia.. Haha! Tapi dia diam je lah dia tau bukan dia punya.. Kita bagi tau lah dekat dia yang tu aunty tu punya... Budak-budak ni faham kalau kita explian..Nanti dia tak ngamuklah nak paksa kita belikan jugak.. 

Aku nak ajar Aisyah bukan semua benda yang dia tunjuk-tunjuk tu dia boleh dapat.. Dari kecik kena ajarkan? Nanti dah terbiasa, kalau benda yang dia nak kita tak bagi, guling-guling atas lantai paksa belikan jugak.. Mak ko ni bukan penyabar...Kang benda tu tak dapat, panampor yang ko dapat..Haha! Baik ajar dari sekarang agar kelak aku tak jadi mak singa jadian.. Kang satu pasaraya tau perangai aku.. Kehkeh..


Sekian...Terima lah Selpi daripada kami!! Nas dan Little Nas (Nur Aisyah Shahril)... ^_^





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails