Tuesday, October 14, 2014

Kelas FB Ads bersama Ephyra

Assalamualaikum..

Lamaaaaaanya aku tak updatekan... Asyik update dekat Intagram aje..Duk bebel2 dan bercerita dalam tu sampai blog terabai walaupun sangat banyak cerita yang nak di ceritakan antaranya Aisyah yang dah banyak sangat perkataan yang dia dah mula pandai cakap.. Mengarahkan semua orang nombor satu..

Bangun ke duduk ke mesti sebut Allah.. Tiru Neni dia.. "Epii Epiiii" suruh kita ke tepi.. Nampak kereta swift duk tunjuk sambil sebut "Abahh abahh" Tau sangat kereta abah dia..

Kalau solat, complete takbir, qiam, rukuk sujud salam walaupun satu rakaat je semua waktu.. Ikut mood nak solat berdiri ke atau duduk atas kerusi macam Wan dia, atau nak solat duduk macam Neni dia.. Semua dia terer tiru..Haha.

Kalau dia lapar, nanti dia cakap "Mamam" sambil tangan tunjuk ke mulut macam suap tu.. Kalau haus "Aiiirrr".. Suka sangat minum air masak.. Bagi banyak pun boleh habis..

Ok, cerita pasal Aisyah memang takkan habis..Jom cerita pasal kelas Ephyra dulu ^_^ Nanti2 sambung balik..Hehe..

3 minggu lepas dapat jemputan daripada Ephyra untuk join kelas FB Ads secara PERCUMA.. PERCUMA ok..Melompat kegembiraan sebab kursus2 fb ads ni memang selalunya menjangkau ratusan ringgit tau..
Alhamdulillah sangat-sangat berpuas hati dengan ilmu yang aku dapat haritu.. Walaupun percuma tapi ilmu macam berbayar.. Memang boleh dipraktikkan secara mudah dan dapat faham dengan lebih baik apa itu fb ads.. ^_^

Manalah aku tak makin sayang dengan Ephyra ni kan? Semuanya serba lengkap bantuannya untuk peniaga2 macam kami ni.. Dan langsung tak memikirkan duit yang perlu dilaburkan untuk bagi kemudahan dan ilmu untuk kami ejen2 ni..Semoga Ephyra terus maju ^_^

Ok, jom tengok gambar...Walaupun aku selebet.. Agak sayang kalau tak disimpan dalam blog ni.. Tengok je la eh..Kihkih..


Bersama Puan Amiza.. Series.. Masa dia sampai dan bagi sikit ucapan dekat depan, aku macam terkesima sebab CANTIKNYA! Manisss nya mukanya..Sejuk mata memandang..


Ini antara ejen-ejen dan stockis yang hadir untuk kelas ni.. Tak panggil ramai-ramai lagi.. Kitorang ni first batch Mungkin nanti akan ada kelas macamni lagi untuk ejen-ejen yang lain..


Ini blogger Mialiana.. Taknak lepaskan peluang..Aku ajak dia bergambar.. Sebab banyak ilmu pasal blogging ni aku belajar dari blog dia secara senyap..Hee.. Tq Kak Mia.. ^_^


Ok, Ini meja kecik untuk aku tuntut ilmu FB Ads ni.. Kene tulis nama.. Bagi senang penceramah nak sebut nama kita untuk nak tanya apa yang kita tak faham.. Memang banyak yang aku tanya saaammmmmpai aku puas hati sebab aku taknak mensia-siakan hari tu sebab aku taknak bazirkan duit pergi kelas berbayar..Yelahkan, Dah ada rezeki depan mata..Pulun!Hehe..

Ok, ini je perkongsian untuk kelas ni.. Alhamdulillah sangat berpuas hati.. Kalau korang tanya kenapa aku kejap nampak cun dalam gambar kejap nampak huduh..Jawapannya... Superman dengan Clark Kent memang berbeza kehensemannya bila pakai cermin mata dan tak pakai cermin mata...Begitulah juga diriku...Hahaha!(Ke dalam hati korang, pernah cun ke?Haha!)

Ok... Nanti bila rajin aku update lagi.. ^_^


Jom la follow IG @nas_choices... Hehe

1 comment:

  1. Aisyah...oh..aisyah..part solat duduk tu macam Faheem..hihi..Tengok maktok solat duduk, dia pun asal ajak solat tarik kerusi letak atas sejadah..

    pssst...pose anda adalah sama dalam ketiga-tiga gambar di atas (*_*) v

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails