Wednesday, August 6, 2014

Tak Nak Makan..

Assalamualaikum..

Kita ni dah la bercinta kalau nak update blog.. Bila semangat nak update blog tu sampai, selalulah tersiput siput Blogger Apps dekat handphone ni nak upload gambar.. Dah berapa kali cuba, still tak boleh.. Makanya, selalulah berkubur je semangat nak update blog ni..

Ok, sesi tulisan tanpa gambar je lah kejap eh..Hehe...

Tempahan sambal ketuk, Ephyra, Camishaper (Tinggal 5 6 helai je..Sila habiskan cepat) dah dibuka ye... Customer pun macam tau-tau je.. Masa aku dekat kampung, takde pun tempahan masuk.. Bila aku dalam kereta je, otw nak balik KL, laju je tempahan masuk.. Alhamdulillah.. Nak bagi reminder udah-udah la beraya mari bekerja pulak la tu..Hehe..

Packaging untuk Sambal ketuk dah lain tau..Dalam botol.. Haaa.. tengok, nampak tak kesukarannya bila nak update tanpa gambar.. -_-" Dalam botol ni lebih mudah disimpan, lebih tahan lama dan lebih elegan.. Haha. RM10 je sebotol.. Jom order jom.. Memang mendapat tempat di hati ramai pelanggan..Alhamdulillah.. ^_^

Ephyra pulak.. Jualan Amal Ephyra Ceria Aidilfitri dah selesai.. Alhamdulillah dapat sedekah RM170 kepada rumah anak-anak yatim, Palestine dan di kawasan Pedalaman Sabah program usahasama Imam Muda Asyraf..Dengan ini, jualan amal ceria Aidilfitri telah pun tamat.Ribuan terima kasih kepada semua pembeli yang membeli dengan kami..Semoga Allah menerima amalan kita.. ^_^

Oooh ye.. Aisyah kena demam campak start malam Ahad haritu.. Sekarang dah beransur baik..Pakej dengan ulser dalam tekak.. Masa raya haritu badan dia dah rasa padat2 tembam dah..Ni dah susut sikit. Dari 8.2kg dah jadi 7.9kg sebab dia takut nak makan.. Nampak makanan telan2 air liur je.. menyusu pun malam tadi baru nak minum banyak..Aisyah kan suka makan kan.. tengok makanan dia terliur je.. Sampaikan bila dia nampak je makanan, dia mintak.. pastu dia pegang2.. Letak kat bibir dia..Pastu try telan air liur.. Sakit. Tarik balik tangan.. Huhu..Sedih je aku tengok..Doakan Aisyah cepat sehat, ye..^_^

Ok, nanti update lagi.. ^_^


No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails