Monday, August 11, 2014

Menu Berbuka Puasa

Assalamualaikum..

Bila bukak galeri handphone aku ni, banyak jugak gambar-gambar yang dah diwatermarkkan tapi tak upload2 pun dalam blog..

Ok, meh aku share dalam satu entry ni..Antara menu berbuka aku masa Ramadhan yang lepas. Mana tau boleh bagi idea nak masak apa harinikan? Hehe..

Ini signature dish arwah nenek aku. Kalau kitorang, kitorang panggil masak ompok ikan tenggiri tempoyak.. Masak ompok ni orang Kampar je yang tau..Hehe.. Tak kisah la Kampar dari Pahang atau dari Perak..Sebab ex opismate aku dulu orang Kampar Perak dia tau masak ompok ni..Mak aku kata nama glemer masakan ni masak asam kering.. Ok, korang tak payah nak ompok-ompok sangat..Haha

Masa ni aku tiba2 teringin nak makan masak ompokyang nenek aku masak. Bila bukak peti ais, ada belimbing buluh dengan tempoyak..Apa lagi..Pukul 11 pagi aku dah ke dapur masak untuk berbuka..Punyalah semangat..hehe..



Yang ini makanan feveret aku.. Ikan bilis petai berlada.. Kalau lah petai ni wangi dan tak berangin, kompem! Akan jadi menu harian aku..Hehe..


Ini pulak Sayur campur bertauhu telur.. Kalau masakan sayur, memang inilah masakan aku.. Shahril siap pernah cakap.. Aik..Dah dua hari sayur yang sama..Haha. Aku memang takde idea lah kalau sayur lain.. Masakan ni paling simple dan sedap kat tekak aku.. Jadi, redhailah ye makan makanan yang sama tiap hari..Hehe..


Ini Masak Lemak Ketam..Tiba-tiba teringin nak makan ketam, pergi beli ketam dekat JJ pagi tu.. Buka puasa terus buat..Nyum nyum...Tak sesedap mak aku buat, tapi ok lah...Hee..


Shahrilkan.. Makanan feveret dia kari.. Suka sangat dia kalau dapat makan kari.. Mak mertua aku punya kari Ya Allah sedap gilaaaa.. Kari ikan dia.. Adik aku si Sapikah tu, mana makan kari even kalau mak aku buat kari ikan pun dia tak makan sangat.. Tapi, kalau datang rumah aku ni, mesti dengan tak malunya dia request dekat mak mertua aku nak makan kari ikan.. Shahril dah banyak kali suh aku buat kari.. Aku tak pernah buat sekali pun sepanjang 2 tahun kahwen ni.. Bukan apa..Segan la nak masak masakan yang mak mertua kita hebat nak masak.. Kang sedap sangat kang.. Kecik hati dia..Haha. Ok bukan, aku segan sebab... Ntah, sebab segan kot..Haha. 

Aku masak je kari ikan haritu, puluh kali Shahril duk ulang.."Akhirnya selepas 2 tahun baru dapat." Haha. Aku tau tak berapa sedap..Tak sesedap mak mertua aku masak tapi dia makan licin jugak.. Sedap jugak la tu kan? kihkih..


ok.. Sekian entry throwback.. Ni sebenarnya nak menghabiskan masa nak pergi masak untuk berbuka puasa.Hehe..Jom puasa 6! 

Menu aku harini ayam paprik daaannnnnnnnnnnnnnnnnn sayur campur sebijik macam dekat atas tuh! Haha




ok daaa... ^_^

2 comments:

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails