Tuesday, August 19, 2014

Mari kita mulakan!

Assalamualaikum..

Hujung tahun bakal tiba tak lama lagi.. Jom lah mulakan aktiviti menabung untuk berjalan-jalan.. ^_^

Aku dah buat 3 tabung.. 1 tabung FFA untuk bisnes aku, 1 tabung FFA untuk mak dgn ayah aku, lagi 1 tabung jalan2 aku dengan Shahril.. Tabung FFA ni tabung Financial Freedom Account. Tabung yang takkan diusik walau sesulit mana pun keadaan.. Tak banyak pun kalau simpan dalam ni.. 10% drpd jualan.. Contohnya kalau terjual Ephyra yang harga RM180 tu, aku masuk la rm18 dalam tabung tu..Kalau sambal ketuk mak aku yang botol harga RM10 tu orang beli, aku masuk la RM1 dalam tabung mak aku.Nampak sikit kan? Tapi kalau tak buat macamni, memang tak menyimpan. Duit keluar macam air..Huhu..

Yang untuk tabung jalan2 tu, RM2 sehari sampai lah kitorang rasa cukup untuk pergi mana2..Tahun ni dgn tahun lepas kitorang belum lagi pergi holiday..Sedihkan? Uhuukk..Tapiiiii kitorang pergi holiday secara free!! Yeay!! Mana Shahril pergi kursus/miting aku ikut..Muahaha. Dah pergi Kuantan, Johor, Sabak Bernam, PD... Cheap Holiday on Government Money kata bos aku dulu..kihkih... Cheap tahap cheap betul tau sebab aku angkut rice cooker, beras, bawang, sardin, sayur, cili, minyak sume dari rumah..Haha! Untuk aku makan di siang hari dengan Aisyah... Tak nak aku membazir berpuluh puluh ringgit dalam masa sehari je.. Sayang duit wooo... Malam baru makan luar.Takkan nak masak jugak untuk malamkan..Malam je la aktiviti jalan2 melihat tempat orang dan merasa masakan orang lain. Siang dah satu hari suntuk terperap dalam bilik tunggu 

Shahril abes miting/kursus..Berjimbalah pula di malam hari.. ^_^v

Jadi, marilah kita berjalan-jalan dengan duit sendiri pula selepas penat lelah bekerja.. Kumpul duit dari sekarang! Nak bawak si comel ni berjalan \0/

1 comment:

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails