Tuesday, August 26, 2014

Cerita Hari Raya di Hari Terakhir Syawal

Assalamualaikum...

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa betul nak update cerita raya tapi tak update2.. Kesan daripada internet yang dah melebihi kuota.. Lepas tu lari2 pergi bukak maybank2u nak bayar laju-laju supaya dengan harapan internet terus laju.. Tapi, harapan je lah.. Rupa-rupanya walaupun dah bayar, Celcom tetap akan open kuota baru setiap 24hb setiap bulan... Errgghh..Kalau lah ku tahu, 23hb baru ku bayar...Haha.

Ok, sila tengok gambar dan baca...




Kami berjaya berpakaian sedondon!\0/ Kain untuk baju ni Shahril belikan..Dia suruh ofismate dia belikan dekat Vietnam.. Kain baju melayu Shahril ada lebih, buat baju peplum untuk Aisyah..Reben dekat baju Aisyah tu, amek sikit dari baju aku... 

Tudung yang aku pakai, shawl daripada ShawlbyAnne. Best gila shawl ni..Lebar, dan panjang..Tak jarang pulak tu..Tak payah pakai inner dah boleh bentukkan muncung kat muka.. Satu hari fefeeling cantik. Haha. Kalau korang nak tengok2 shawl ni, boleh whatsapp Anne terus.. Sebab mungkin korang akan sedikit frust tengok blog yang korang klik tu ala-ala sendu gitu.. Hahaha! Dia engineer super bz... Tapi nak bisnes jugak..I likeeee.. Haaa nah amek nombor die 019-2390204. 

Masa aku bukak booth Pra Ramadhan dengan Pra Raya dekat dekat JKR haritu, dalam 60 helai shawl ni aku bawak, tinggal dalam 9 helai je.. Melampau pulak lakunyakan..Sama laju pulak dengan sambal ketuk.. Orang datang booth aku, kalau bukan sebab shawl, sebab sambal ketuk kalau bukan sebab sambal ketuk sebab shawl... Seronok2.. Yang best nya, orang siap mesej2 dekat rumah suruh bawak stock shawl dengan sambal lebih2 sikit sebab nak beli banyak.. Alhamdulillah.. Memang best!! Ehh, sambung balik.. Whatsapp dia tau! Rugi kalau tak beli sebab memang best.. Orang yang sama beli berhelai-helai dekat booth tu.. Harini datang esok nya datang lagi.. Ok dah.. Ini iklan tak berbayar apekan lagi mendapat komisen..Kehkeh..




Saje je nak buat iklan EPHYRA jap kat sini..Haha. Kalau dulu, jangan harap aku nak letak muka gedabak aku dalam blog nih..

Alhamdulillah.. Rezeki mak aku... Kitorangkan ada homestay dekat kampung..Homestay penuh daripada 3 hari sebelum raya straight seminggu selepas raya.. Tapi orangnya bertukar-tukar.. Bila bertukar penghuni je.. Terus pergi homestay beramai-ramai untuk kemas.. Tukar cadar, cuci toilet, sapu sampah.. Mujur ada tenaga buruh yang rajin..



2 orang pekerja yang super rajin.. Mujur bawak diorang.. Laju kerja siap..Hehe..

Raya ke 3 tu Ppink dengan Hawa datang kampung aku beraya.. Semangat aku orang datang rumah beraya.. Aku masak masakan special orang Pahang la kan.. Apa lagi kalau bukan masak asam ikan patin.. 


Hawa dah pernah datang dah sebelum ni.. Meman arwah nenek aku dan famili aku semua dah kenal dia.. Ppink ni pun kali kedua datang kampung aku.. Tengkiu ye korang sudi datang menyinggah beraya rumah uwo aku ni.. ^_^


Tadaaaa..Inilah lauknya.. Sayur feveret aku la kan yang mesti aku buat..Hehe.. Ikan patin dengan sambal tempoyak mak aku yang masak.. Aku masak Ikan bilis dengan kentang berlada tu je.. Inilah menu yang memang selalu kawan-kawan aku makan masa denganhostel dulu.. Memang diorang pun yang request ni.. Terkenang-kenang katanya..Hehe..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dihari terakhir Syawal ni, aku nak memohon sepuluh jari, nak minta ampun dan maaf di sepanjang korang berkawan dan membaca blog aku ni, aku ada terkasar bahasa dan tersinggung mana-mana pihak..Sesungguhnya tidak disengajakan.. ^_^

Terimalah kad hari raya dari Nur Aisy Shoppe dan modelnya.. ^_^





No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails