Friday, August 1, 2014

Cara Mudah Cari Duit...

Assalamualaikum..

Ni cerita hari terakhir Ramadhan haritu... Aktiviti penting sebelum hari raya adalah mengemas rumah.. Malas macamne pun, kena jugak kemas.Hehe..Yelah nak bagi ada lah beza sikit kalau tetamu nak datang berbanding dengan hari-hari biasakan? Walaupun perabot maintain guna yang lama..Hehe..

Rumah mak mertua aku ni biasalah.. Penuh dengan barang2 yang tak berapa boleh nak dipakai dah tapi sayang nak dibuang dan banyak jugak barang yang tunggu untuk dikitar semula..Ehh..Nak salahkan mak metua je kan? Tak sedar diri barang jualan aku lagi sakit mata nak dipandang..Haha. Kotak Ephyra yang utk isi sekaton ephyra tu ada 3 buah.. Kotak besar untuk isi berpuluh puluh helai Camishaper ada 2 buah.. Belum lagi plastik2, beg2 kertas yang lepas habis je booth aku main letak je satu sudut.. Ok, harus setelkan semua harini! Sebelum mak metua aku yang sakit mata tengok barang-barang aku..Haha

Pagi-pagi subuh aku dah start mengemas.. Shahril macam biasa aktiviti Hari Raya dia.bakar sate. Jadi, masa aku mengemas, aku letakkan Aisyah dekat atas kerusi dapur, sila lepak dengan Abah dia.. Tengok la abah dia sediakan bahan untuk buat sate..

Elok je pulak dia diam aje dengan Abah dia.. Aku memang jenguk dari jauh je.. Taknak bagi dia nampak aku. Nanti kalau dia nampak, mesti nak ikut aku..


Haa..Nampak dua beranak ni elok je lepak bersama? Aku ambik gambar ni pun nyorok2.. Taknak mengganggu perbualan mereka..Hehe..

Tak lama lepas tu, Shahril bagi Aisyah makan yougurt.. Lihat lah hasilnya....


Haaaa... Hamek ko..Yogurt dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Lama gila dia ralik main yogurt ni.. Aku kan tak suka bau-bau susu ni..Geli geleman aku tengok Aisyah main yogurt ni. Tapi sebab Aisyah diam aje seronok main n explore texture yogurt tu aku redhakan aje.. Tapi lepas tu, memang aku terus angkat dia masuk bilik mandi, mandikan... Eeiiii.Tak sukeee bau susu tuuu.. Kerusi meja tu, kusyen semua tu Shahril yang cuci..Jangan suh aku..Leh muntah aku nanti geli..Huhu..

Berbalik kepada tajuk dan topik asal, inilah hasil buangan yang aku dapat daripada mengemas haritu...





Penuh satu kereta.. Banyak plastik je.. Habis penuh kereta tu dapatlah dalam RM10..Hahahaha! Sikit gilakan? Tapi inilah caranya untuk dapat duit cara yang mudah.. Iaitu menjadikan bahan buangan di rumah anda menjadi duit... Tapi banyak jugak apa RM10 tu..Nak tunggu iklan Nuffnang naik RM10 pun mau kena up 7 ke 8 entry..Itupun kene tunggu berapa minggu.. Haaa.. Kan?kan? Jadi, marilah kitar semula.. Disamping rumah anda bersih dari segala sampah sarap, anda juga mendapat duit terpijak..Hehe..


nota kaki : Punyalah lambat buat entry.. Ini baru cerita sebelum raya.. Cerita raya ntah bila agaknyeeeee....



1 comment:

  1. Seelah entry kau yg terdahulu psl jual brg2 yg boleh kitar/guba semula, aku pun start la...selonggok kat tepi dapur. Tpnye malas nak g cari tempat nak jual, laki ku panggil mualaf myanmar yg selalu dok kat surau dtg amik. Biar dia ajelah yg jual. Kurang2 dpt jugak dia duit makan sikit walau x byk mana.

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails