Friday, August 8, 2014

Aisyah Demam Campak dan Ulser

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Bintik-bintik campak Aisyah dah semakin surut.. Dekat tapak kaki je ada satu dua yang besar sikit tu still merah.. Yang lain, dah semakin hilang.. Syukur Alhamdulillah.. Lega sangat.. 

Aisyah demam Sabtu malam Ahad.. Tepat Umur dia masuk 1 tahun 3 bulan.. Pagi Sabtu tu dah perasan dah kenapa kaki dia merah-merah. Ingatkan ruam, sebab tengok dia sehat je.. Malam tu baru dia mula merengek dan badan dah start panas.. Malam tu kitorang still beraya lagi..Rumah ex schoolmate Shahril. Merangkap customer baru Ephyra..Hehe.. Liyana namanye.. Liyana ada anak nama Amir. Umur 2 tahun..Sangat-sangat ramah. Excited dia keluarkan semua mainan nak bagi Aisyah main. Aisyah taknak.. Pelik jugak sebab selalunya Aisyah ni pantang nampak budak sebaya dia.Nak menegur ajak main aje.. Kali ni asyik nak melekat aje.. Rupa-rupanya tak selesa.. Badan tak sihat...

Malam tu suhu badan dia naik.. Hari Ahad pagi-pagi terus bawak pergi Klinik Dr. Ong dekat Ampang.. Dr. check memang campak lepastu dalam tekak dia merah dan ade ulser.. Memang merah betul masa aku tengok tu..Huhu.. Dr. kata maybe sebab panas dalam.. Dr. bagi Calamine losyen untuk sapu dekat bintik-bintik campak, antibiotik untuk 5 hari dan ubat demam. Dr. Ong kata, kalau hari Rabu demam lagi, bawak untuk check darah sebab sekarang ni denggi berleluasa.. Tapi kalau bintik-bintik denggi, kita tak boleh rasa dekat kulit..Merahnya tu dekat dalam kulit..Kalau campak, bintik-bintik timbul... Nauzubillah..Mintak jauh dari penyakit bahaya...


Muka hepi masa sebelum masuk bilik Dr...Dah masuk meraung macam nampak ape.. Aisyah ni penakut dengan lelaki.. Takutnya macam dipukul-pukul... Kalau orang luar ok je lagi kalau dia buat perangai macamtu.. Tapi kalau sedara mara takut diorang kecik hati je.. Mana tak kecik hati.. Kalau lelaki tu hensem, dia layan elok pulakkkkkkkk.. Boleh?? Shahril selalu kata, ni mesti Aisyah ikut perangai aku.. Nak dekat orang hensemmm aje..Memula aku rasa macam, Alamak! Shahril dah tau rahsia zaman remaja remaji aku.. Tapi bila pikir-pikir balik....Ekkk.. Laki aku nak cakap die hensem ke sebenanye.. Haha!  


Ni bila bintik-bintik campak tu dah makin banyak..Aku tanya kawan-kawan aku apa ubat-ubat yang selalu diorang guna untuk anak diorang.. Anne share letak bawah bantal atau mandikan dengan daun semambu.. Ili share link blogger yang share maklumat tentang demam campak ni.. Alhamdulillah sangat-sangat berguna.. ^_^

Dari blog ni, aku dapat tau ada ekstrak daun semambu yang dijual dekat farmasi. Aku beli solution Pinetarsol ni.. Aku mandikan Aisyah dalam bath tub dia, letakkan air suam dan satu penutup Pinetarsol ni..


Ada satu malam tu Aisyah terjaga sejam sekali.. Jaga je nangis garu-garu.. Aku dah sapu Calamine losyen tu  pun dia still lagi garu-garu.. Minum susu taknak sebab sakit tekak.. Dah la lapar agaknya.. Badan pulak gatal merenyam.. Aku sediakan air mandi ni pukul 2 pagi..Aku mandikan dia dengan air ni terus dia diam.. Terus dia seronok je rendam-rendam tengah-tengah malam tu..Kalau mandikan dengan air ni takyah bilas dengan air biasa dah.. Lap je terus.. Lepas mandi dia tak mengaru dah.. Tidur nyenyak dah dia.. Tapi taknak tidur atas katil..Nak dekat dada aku.. Agaknya tak dapat menyusu tapi dapat tidur berdukung pun jadilah.. Makanya, tidur berdukung lah dia sepanjang malam.. Takpe lah Aisyah.. Janji Aisyah sihat.. Mak bukan kena punch card pun esok nak kena tidur cukup satu malam...(Ni kata-kata penyedap hati bila tak dapat tido yang cukup.Haha)


Dalam bibir tu ada ulser besar.. Mana lah dia tak sakit bila nak menyusu atau makankan..Kita yang dah besar ni pun kalau kena ulser duk terkulat-kulat jugak..


Untuk ulser ni, aku beli oral gel ni untuk sapu. Aku sapu time dia tengah tidur nyenyak... Akak dekat kedai farmasi tu yang rekemen kan.. Dia kata memang untuk baby dan kurang pedih. Tapi mahal sikit dia kata, dalam RM30 utk 1 tube kecik.. Dalam keadaan macamni, dah takde benda yang mahal dah.. Takde duit, boleh g korek tabung..Hehe..

Alhamdulillah hari Selasa demam Aisyah dah kebah sepenuhnya.. ^_^ Lepas sapu oral gel tu, nampak dia macam dah berani-berani nak cuba menyusu.. Itupun aku try sua masa dia mamai-mamai nak tido.. Kalau dia segar, dia duk telan-telan air liur dengan muka berkerut.. Kalau dia lapar, dia pegang je makanan.. letak kat mulut lepas tu tarik balik tangan.. Hari Khamis pagi, aku umpan dia dengan timun.. Makanan kegemaran dia. Kalau sebelum ni, bagi sepinggan pun dia boleh habiskan..Ni aku nak try time dia sakit.Dia nak tak.. Aku tunjukkan dia timun.. Laju je dia ambik.. Lepas tu dia tengok je.. Dia try gigit sikit lepas tu telan.. Dia rasa tak sakit dah terus habis satu timun tu.. Lepas tu aku bagi dia nasi pulak..Habisssss dia makan...Yeay!!! Alhamdulillah.. Terharu gila aku masa tu.. Dari Ahad taknak makan..Padahal Aisyahkan macam mak dia.. Pantang nampak makanan.. Hehe


Yeay!! Breakfast!!

******************************************************************

Raya tahun ni, aku dengan Shahril bercita-cita nak beraya sakan.. Bukan dengan baju baru ke apa.. Tapi nak berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan.. Saje je nak memenuhi aktiviti hujung minggu dan mengeratkan silaturahim dalam masa yang sama cuba untuk meningkatkan networking..Jangan risau kitorang tak jual insuran dan berMLM..Jadi, networking kami tiada unsur-unsur menceritakan keuntungan berpiramid kepada tuan rumah..Jadi, terima lah kami sebgai tetamu yang ingin mengeratkan silaturahim dengan penuh keikhlasan.. Tapi kalau nak tanya pasal Ephyra, brochure Ephyra sentiasa ada dalam handbag..Kalau nak tgk pelikat pants, ada   je dalam kereta.Hahahaha! Lebih kurang je perangai kan? Kihkih.. 

Aku duk la berpuluh puluh kali kata kat family aku.. Tahun ni adik nak beraya sakan.. Nak pergi beraya semua rumah.. Mak aku dari kecik selalu pesan.. Cuba hujung-hujung ayat tu cakap Insyaallah.. Taktau lagi hidup ke tak esok.. Kalau aku terlupa je cakap Insyaallah, dah dapat jelingan tajam dah.. Kadang-kadang tu baru je cakap.. "Mak, nanti kalau adik kaya, adik nak gi bulan.. (Telan air liur...) Insyaallah".... Masa tengah telan air liur tu, tak sempat kita nak cakap Insyaallah tu dia dah bebel " Ha! Takde pun mak dengar Insyaalllah bila bercakap tu.. Cuba lah cakap Insyaallah.. Kalau sakit ke mati ke.. Takde sape yang boleh bagi benda-benda tu kalau bukan Allah yang bagi..Susah sangat ke nak cakap Insyaallah tu.. Dengan izin Allah semua benda baru boleh dapat"...Ya Allah..Sabau je lah...Ayat lepas telan air liur tu dah dibawak lalu dek angin dahhhh...

Mungkin aku terlebih yakin sangat yang aku akan dapat beraya gila-gila punya tahun ni.. Walaupun setiap ayat aku rasa tak pernah terlepas dari ucapkan Insyaallah..Tapi mungkin tak sungguh-sungguh dalam hati.. Terasa diri ini mampu.. Tapi tak sedar kalau Allah tak izinkan, makanya duduk kat rumah je la ko jaga anak yang kena demam campak.. Haaa..gitu.. Makanya, terleburlah 2 buah rumah yang buat open house satu dekat Ampang, satu dekat Mantin untuk aku dan Aisyah berhari raya hari Ahad lepas...Hehe.. Itulah kisahnya.. Jadi, marilah kita bersungguh-sungguh bila meletakkan satu-satu harapan tu dengan segala bantuan Allah.. Jangan lafaz dekat mulut je..Pastikan dari hati jugak... (Ingatan untuk diri sendiri juga) ^_^


 Sharing dari IG Mawar.. Memang tengah nak cari semula ayat berkenaan lafaz Insyaallah ni dari dalam Al-Quran.. Kebetulan dia share pagi tadi.Laju  je screenshot..Hee..





Nota kaki : Bercinta nak siapkan entry ni..Dari pagi sampai petang ni baru siap..-_-" Internet slow dan Aisyah asyik tekan butang shut down.. T_T





1 comment:

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails