Thursday, July 24, 2014

Pertama Kali Cash Out Nuffnang

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama berblog dan mengumpul duit dalam Nuffnang, aku pun buat keputusan nak cash out untuk pertama kalinya.. Sebenarnya ingatkan nak kumpul lagi duit dalam Nuffnang tu tapi lepas aku Google2 ramai yang bila diorang nak cash out, tetiba-tiba tak boleh nak cash out. Dapat email cash out rejected due to click froud..Benda ni  boleh jadi bila Nuffnang dapat detect tuan punya blog atau rakan-rakannya yang duk klik iklan berkali-kali untuk mendapatkan duit.. Kalau Nuffnang dapat detect macamtu, automatik duit yang kita kumpul banyak-banyak tu, terus lebur macamtu je..

Harus lah aku terus risaukan.. Sebab selalu je dulu-dulu aku buat aktiviti macam tu.. Masa nak cuba-cuba betul ke dengan klik-klik tu duit kita bertambah.. Oleh sebab itu, laju je la aku tekan butang cash out tanpa berfikir panjang.. Sebab aku fikir, baik aku mula dari kosong balik daripada aku tunggu duit banyak, tapi nanti tak boleh nak cash out..Sayang je kan?

Aku cash out 22 May haritu.. Lama jugak aku tunggu sampai aku lupa dah aku ada cash out.. Sampailah masa aku blogwalking, ada blogger yang dah dapat check dari Nuffnang dan dia cash out 30hb May.. Harus lah aku terus teringat pasal aku ada cash outkan..Haha.

Bukak website nuffnang, tengok2 status check dah sent... Erkk... Mana check nya.. Takde sampai apa-apa surat pun dekat aku selain surat-surat bank statement untuk Nur Aisy Marketing yang memang aku tak pernah bukak, tapi laju je simpan dalam kotak..

Lalu, melompatlah aku menuju ke kotak tu untuk cek ada tak surat untuk Nasrina selain Nur Aisy tu.. Sebab tiba-tiba teringat 2, 3 hari lepas Aisyah ada bwk beberapa surat untuk aku.Penuh tangan dia..Kehkeh.. Belek punya belek, sekaliada satu surat untuk Nasrina.. Bila bukak..Yeay!!! Alhamdulillah.. Dapat duit raya! \0/

Alhamdulillah.. Check berjaya ada ditangan.. Berjaya jugak aku dapatkan duit dari hasil berblog ni walaupun ada jugak terajin klik iklan sendiri zaman tak mengerti dulu.. Alhamdulillah.. Rezeki Allah nak bagi.. ^_^

Terima kasih Nuffnang! Ok..Saya akan rajin berblog lepas ni... ^_^ (Tolong percaya..Hehe..)



Jumlah terpaksa dirahsiakan.. Malulah sebab sikit je... Hehe.. 

Kalau nak diikutkan, banyak je cerita nak dibebelkan.. Tapi ishhh..susah benar nak duduk depan laptop sekarang ni.. 

Ok.. Nanti borak2 lagi ye insyaallah.. ^_^



3 comments:

  1. xpa sikit2 lama2 berbukit jgk kan..lebih dari seratus duit jgk tue..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nas. hehee sheila tak cash out lagi. saja nak dok kumpul dulu. hihiii murah rezeki awak sekeluarga ~~~

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails