Thursday, July 10, 2014

Boikot

Assalamualaikum..

Allahuakbar.. Dah perang lagi dekat Palestine.. Hancur hati bila tengok gambar-gambar yang disharekan dalam facebook dan instagram..

Aku mula tulis blog ni beberapa tahun dulu pun memang untuk kongsikan apa yang aku rasa tentang peperangan antara Palestine dan puak zionis ni..Tak tersimpan dalam hati..Mesti nak diluahkan melalui penulisan jugak baru rasa lega..

Dari kejauhan.. Doa lah senjata utama kita disamping menyalurkan dana untuk perubatan, pakaian dan makanan untuk saudara2 kita di sana..

Walaupun tak besar usaha kita, sekurang kurangnya di akhirat nanti jika ditanya oleh Allah apa yang kita dah lakukan untuk membantu menegakkan agamaNya, mudah-mudahan usaha kecil ini diterima Allah.. T_T

Jom kita boikot Mc Donald, Coke dan Nestle. Antara penyumbang utama puak zionis membeli peralatan peperangan mereka untuk menyerang penduduk Palestine.
                    ***************
Bila di ingat ingatkan balik, kali terakhir aku makan McD masa Aisyah 2 bulan dalam kandungan.. Bulan pertama dan kedua yang aku memang tak lalu nak makan nasi.. Bau nasi pun aku nak muntah..Huhu

Jadi, boleh dikatakan setiap hari aku akan mintak Shahril belikan McD atau Pizza Hut.. Itu je yang aku boleh makan.. Ya..Setiap hari.. Sampailah waktu tu terjadi perang di Palestine.. Semua agensi minta untuk boikot McD.. Aku baru makan semalamnya.. Rasa nak jolok tekak nak muntahkan semuanya sebab aku taknak jadi darah daging anak yang aku kandungkan.. T_T

Mula dari saat tu, aku dengan Shahril dah tak jejak langsung McD dan x sentuh dah Coke. Antara produk yang kami usahakan untuk boikot..

Sampaikan dah tak terliur pun bila tengok burger McD yang memang jadi kegilaan aku sebelum tu..Kegemaran aku burger Mc Chicken.. Memang tak jemu makan tiap hari pun.Haha. Tapi betul lah.. Kuasa minda kita ni sangat kuat. Bila kita dah set untuk taknak sesuatu, seluruh tubuh badan kita akan menolaknya.  Subhanallah.. ^_^

Sekarang Aisyah dah setahun dua bulan.. maknanya dah hampir 2 tahun aku boikot. Alhamdulillah..Allah kuatkan semangat.. Bila terjadinya perang ni lagi, ada sedikit keyakinan bahawa aku tak membantu dalam pembelian senjata untuk laknatullah tu..

Kalau aku yang versi pantang tengok makanan ni pun boleh set minda untuk boikot, insyaallah korang pun boleh.. Jom boikot! ^_^

Nota kaki : oh ya.. Mohon kebenaran untuk semua pembeli ephyra.. sebelum ni aku dah sumbangkan rm100 ke rumah anak yatim dan tahfiz untuk batch pertama pembelian ephyra. Untuk batch kedua ni mohon kebenaran untuk aku sumbangkan ke saudara saudara kita di Palestine.. Semoga sumbangan kita yang sedikit ini dirahmati Allah... Terima kasih banyak2.. ^_^

1 comment:

  1. Sokong! ehhh...bukan sokong beli brg2 tersebut...Sokong usaha boikot!!! True, lama dah tak jejak McD, starbucks segala tu...Kalau dulu dok tertunggu2 prosperity burger McD, kini tak lagi..Makan burger bakar lagi sempoi..hahaha..

    Semoga usaha kecil kita menjadi asbab kebaikan buat mereka...InsyaAllah ameen..

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails