Monday, June 30, 2014

Resipi Sambal Ketuk [The Power of Giving]

Assalamualaikum..

Semalam dapat request daripada Tengku Butang untuk nak tau resipi sambal ketuk yang kami jual..

Ok, siapa nak resipi sambal ketuk angkat tangan!! \0/ Hehe.. Pada aku, berkongsi resipi bukanlah satu masalah untuk kita takkan berjaya dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Tak kiralah resipi makanan mahupun resipi kejayaan mahupun resipi ilmu. Contoh resipi ilmu, korang dah nak final exam, kawan-kawan aka sifu korang yang terer merangkap rajin study bersengkang mata nak mengajar kawan-kawan dia yang jenis malas belajar dalam kelas. Tanpa rungutan diorang ajar dengan harapan kawan-kawan dia berjaya sekali dengan dia dan hasil daripada perkongsian ilmu tu sifu-sifu aku punya result super gempak memang tak mampu dikalahkan..Mesti ramai yang korang nampak macamni kan? Bila dia bagi, dia dapat lebih.. Ini dinamakan The Power of Giving.. Sama macam konsep sedekah.. ^_^

Aku memang suka cerita berpusingkan? Ok, sambung balik..Hehe

Berapa banyak resipi sambal ketuk yang korang boleh search je dekat internet andaikata aku tak share dalam blog aku harini.. Banyakkan? Jadi pada aku, takde apa yang perlu disorokkan sebab resipi ni resipi yang sangat mudah. Yang korang sendiri boleh buat sebenarnya. Cuma, aku dan famili aku mengambil jalan untuk memasarkan produk ni bagi memudahkan semua orang dalam proses mendapatkan makanan yang enak dan ringkas tanpa dia perlu ke pasar, atau bertungkus lumus di dapur. Hanya perlu godek-godek handphone, dan makanan sampai ke depan pintu.. Mudahkan? ^_^

Meh aku share resipi meh.. Semoga menjadi salah satu ilmu yang berguna untuk korang.  Mana la tau, resipi turun temurun famili aku ni boleh jadi makanan kegemaran korang seisi keluargakan.. ^_^

Bahan-bahan
1. Ikan bilis (semangkuk)
2. Cili Padi  (setengah mangkuk)
3. Bawang besar (setengah mangkuk)
4. Garam 
5.Gula

6. Asam keping (sekeping)

1. Ikan bilis, cili padi, bawang besar di kisar atau ditumbuk.  Kalau nak pedas menyengat macam yang kitorang jual tu, lebihkan cili padi. Lagi pedas lagi sedapkan?Hehe

2. Masukkan bahan yang dah dikisar dalam minyak yang panas. Masukkan gula, garam, asam keping. Balancekan rasa dengan sesuaikan apa yang lebih dan kurang.

3. Masak sehingga garing. Lebihkan minyak sewaktu memasak kalau tidak, bahan-bahan akan melekat dekat kuali. Masak dengan api yang sederhana. 

4. Tips ** Sambal yang sedap adalah apabila cili dimasak sempurna. 

5. Ok siap!! Percayalah..Memang semudah ini.... Hehe.. Selamat mencuba. ^_^


Wajah sambal ketuk sewaktu dimasak...

Ok, sekarang nak cerita pasal perniagaan sambal ketuk ni pulak.. Alhamdulillah, dah ada ejen kawasan Putrajaya, Shah Alam, Selayang dan Batu Caves. Nama-nama ejen akan aku updatekan dalam instagram sambal_ketuk. Jadi, sesiapa yang nak beli secara COD, boleh contact terus ejen kawasan masing-masing. Aku masih mencari ejen di kawasan Perak, dan Pantai Timur sebab sambutan amat menggalakkan.


Sambal ketuk ni, jarang sangat orang order sebekas dua.. Mesti paling sikit pun 3 bekas. Ramai yang kata tak sempat nak simpan untuk hari kedua. Hari pertama dah habis licin.. Alhamdulillah.. ^_^


Ini sticker sementara..Sekarang dah buat sticker baru..Hehe


Comel tak sticker baru? Macam jual gula-gula. Padahal sambal menyengat..Haha


Ini gambar terbaru.. Total 110 bekas..Untuk diedarkan dekat ejen.. Lagi 80 bekas, tengah dalam sesi masak dan pembungkusan lagi masa gambar ni di ambil..


Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak rasa sambal ketuk dari kami ni, atau nak jadi rakan niaga kami, boleh whatsapp 0193613164 (nas) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Nak rasai bahang kesedapannya? Follow IG sambal_ketuk.. Aku banyak share dalam tu.. 


Orait... sekian.. Selamat mencuba sekali lagi.. ^_^ Selamat menunaikan ibadah puasa.. Semoga sentiasa didalam redha Allah.. ^_^

5 comments:

  1. wah menarik!

    pantai timur ?.. emmm Nat ramai ahli keluarga ... Seremban dah ada agen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nat.. Seremban belum ada ejen lagi.. Kalau berminat boleh hubungi saya ye 0193613164 ^_^

      Delete
  2. hmm sedapnya. berapa harga satu bekas ni?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian resepi..semoga puan sekeluarga ditambahkn rezeki yg melimpah..Aamiin
    Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya..

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails