Friday, June 27, 2014

Pengalaman 4 Hari Tinggalkan Aisyah

Assalamualaikum..

Rindu aku tak?Rindu tak??? Lama gila tak update blog tanpa mempromote barang jualan.. Dah kenapa blog peribadi jadi blog bisnes pulakkan? Haha. Sabar jelah..

Macam biasalah..Nak throwback.. nak cerita pasal 3 minggu lepas.. Pengalaman aku dengan Shahril tinggalkan Aisyah 4 hari... Selama setahun, mana pernah tinggalkan Aisyah lebih daripada 5 @ 6 jam.. Ekceli bukanlah 4 hari full aku tinggalkan Aisyah. Malam aku ada. Tapi kelas kitorang ni start pukul 8 pagi, habis pukul 1.. Selama 4 hari macamtu.. Balik-balik rumah, Aisyah dah tidur. Nasib baik Aisyah memang jenis bangun pagi. Pukul 5 dah bangun. Boleh la main-main kejap pagi tu.. (Kalau mak dengan abah Aisyah tak ngantuk..Kihkih)

Ok, mana kitorang tinggalkan Aisyah? Semestinya dekat mak dengan ayah aku. Hehe. Memang selama ni kalau tinggal kejap-kejap tu pun dekat mak dengan ayah aku lah. Sebab diorang dah tau macamana nak handle Aisyah yang super aktif tu dan macamana nak menghadapi Aisyah yang bergantung 100% dekat direct bf. Aku dah cuba berkali-kali ajar Aisyah minum  ikut botol sebelum tarikh seminar tu. Memang harapan je lah.. Sayu je lah hati nak membuang susu-susu yang memang dia taknak langsungsedut tu.. Penat mak ko pam Aisyah oiii...

Macam-macam aku fikir. Agak serabut jugak kepala aku ni sebulan sebelum seminar tu. Boleh ke mak dengan ayah aku handle dari pagi sampai malam. Sebab kakak aku pun baru bersalinkan. Dua cucu nak kena jaga dalam satu masa. Dah la Aisyah tu memang jenis tak nak duduk diam.. Asyik tarik tangan ayah aku suruh ambik kunci kereta yang tergantung nak ajak pergi jalan.. Taknak duduk rumah...Aku siap dah booking maid untuk 4 hari. Untuk tolong apa-apa yang patut dekat rumah mak aku. Jadi, mak aku boleh jaga Aisyah dan Dijah dengan senang hati. Tapi sehari sebelum seminar tu, mak aku kata tak payah panggil maid. Sebab mak aku boleh je handle. Mak aku kata, budak-budak ni kadang-kadang tu dia faham situasi. Budak-budak ni dia boleh sesuaikan keadaan dia dalam satu-satu situasi tu. Kita je kena keep ingatkan dia yang dia akan kena tinggal kejap dengan neni dengan atuk, mak dengan abah nak pergi tuntut ilmu..Yup2.. Memang aku sentiasa bagitau Aisyah macamtu tapi hati aku tetap risau. Yelah, taknak susahkan mak dengan ayah akukan..Takut diorang kelam kabut...Akhirnya aku ambik maid tu untuk sehari je.. Sebab dah booking lama and dah berjanjikan.. Kesian dia kita bagi dia harapan untuk bagi job, lepas tu kita tak bagi.. Ni apa yang aku rasa bila aku berbisnes.. Haha. Hancur hati bila ada back out buyers. Kalau stock memang ada takpe lagi kita tak keluarkan modal awal semata-mata sebab dia. Yang geram tu bila kita kata stock kita dah habis lepas tu dia nak kita cepat2 restock sebab kompem nak beli. Sekali bila kita dah beli, dia kata tak jadi pulak..Ergghh.. Geram je.. Yelah, aku kan jual macam-macam produk mungkin modal aku time tu aku kumpul untuk produk lain. Tak pasal-pasal aku dah gunakan modal aku tu untuk beli barang yang ko taknak pun.. Tak baik lah macamtukan..Kena la faham perasaan penjual.. Walaupun ye memang insyaallah dengan kuasa Allah mesti akan ada orang nak beli barang tu tapi... Ishhh paham2 je lah boleh? Malas nak cite panjang..Haha. Ehh..Melalut pulakkk..Ok, cerita pasal Aisyah balik..Hahahaha. 

Ok, aku dengan Shahril pergi mana sebenarnya? Kitorang pergi menambahkan ilmu tentang perniagaan.. ^_^ Kitorang pergi kelas IMKK kelas Dr. Azizan Osman. Allahuakbar..Kelas yang sangat luar biasa. Pada aku, kelas ni bukan untuk orang yang nak berbisnes je.. Semua orang wajib pergi. Kelas ni banyak mengajar kita tentang fitrah semulajadi kita. Kembali kepada fitrah.. Ini kesimpulan yang aku boleh dapat daripada kelas IMKK ni.. Nak tau sikit-sikit kelas dia macamana? Haaa..pergi kelas free Dr. Azizan tu.. Jualan aku meningkat haritu, hanya dengan gunakan ilmu daripada kelas free Dr. Azizan sahaja.. Alhamdulillah.. ^_^

Hari pertama IMKK,kelas mula pukul 2 petang. Habis pukul 12.30 malam.. Petang, pukul 6 macamtu akan rehat untuk maghrib, masa tu lah mak dengan ayah aku akan datang untuk aku menyusukan Aisyah. Bagi dia minum kenyang-kenyang jadi bila malam, dia penat main dia akan terus tidur. Hari seterusnya start pukul 8pagi sampai pukul 1 pagi. Sama jugak, mak aku akan datang pukul 6 petang. Menyusukan Aisyah sekaligus pergi makan malam sama-sama.. Mak aku kata Alhamdulillah Aisyah senang dijaga. Bagi je makan. Dia pandai, asyik cakap air air bila lapar atau haus.. Banyak minum air masak.. Kejap-kejap mintak air masak.. Nak nangis aku rasa. Pandai dia uruskan perut dia.. Supaya tak menyusahkan atok dengan neni dia.. Mak aku kata, kadang-kadang ada la tiba-tiba Aisyah cebir mulut dia ingat kat aku agaknya. Kalau naik kereta, cari-cari aku kat tempat duduk..Huhu..Sedih je..

Nampak? Rilek je lepak bilik Tita (Aunty Nita) dia minum-minum 

Sepanjang kelas, ada jugak la aku keluar-keluar kejap sebab nak telifon mak aku tanya Aisyah ok ke tak.. Mak aku asyik la bagitau jangan risau.. Elok  je Aisyah main-main.. Huhu..Risau campur rindu sebenarnya. Nak-naknya Aisyah tengah demam n selsema sepanjang minggu tu.. Lagilah bertambah-tambah sejuta rasa dalam hati ni..

Tapi betullah kan.. Budak-budak ni faham situasi..Bila lepas menyusukan setiap petang tu, dia ok je lambai-lambai dekat aku dengan Shahril..Kira dia taknak pun ikut kitorang. Sama jugak pagi-pagi.. Lambai tepi kereta takde pun ngengek2 nak ikut. Siap bagi flying kiss bertalu-talu lagi..


Alhamdulillah... 4 hari berkursus dengan jayanya.. Berjaya sedut ilmu dari Dr. Azizan dengan banyaknya. Tambah networking dengan ramai orang yang sangat-sangat baik dan mempunyai corak pemikiran yang sama. Allahuakbar.. Syukur sangat Allah bagi kesempatan untuk aku tambah ilmu.. ^_^ Insyaallah inilah kelas-kelas yang aku akan pergi selepas habis kelas master aku haritu..Syukur Allah sentiasa menjadikan aku orang yang sentiasa dahagakan ilmu..Dulu dalam bidang yang lain. Sekarang dalam bidang lain pulak.. ^_^ 

Ok, sambung..Sepanjang kelas 4 haritu, aku dengan Shahril tidur Ampang. Kelas dekat Mines Convention Centre. Dekat sikit nak ulang alik dan Aisyah maintain duduk satu rumah je.. Selesai je 4 haritu, bermula lah perangai manja kededek Aisyah yang tak pernah terjadi sebelum ni.. 24 jam nak aku dukung taknak dekat orang lain. Pantang aku jauh semeter je dari dia. Melompat terus nak ikut aku. Menyusu pulak, daripada celik mata sampai tutup mata, asyik nak bergayut je 24 jam.. Tau berapa hari dia macamtu? 3 hari!!!!!! Wuaaaaa.. Pembalasan dendam ke Aisyah? Haha.Tak dapat aku buat kerja 3 haritu.. Baju tak berlipat bertimbun. Beg-beg tak berkemas lagi. Mujur lah 3 hari lepas kelas tu, aku ikut Shahril kursus dekat Kuantan. Aisyah kalau berjalan suka sangat la dia.. Menikmati percutian sangat... Jadi, aku pun legalah segala sendi aku ni dari 24jam nak berdukung melekat dengan aku..Haha.







1 comment:

  1. Wahh..saya pun akan ke imkk nxt mth..pening dh bermula sbb anak pun direct bf..harapa2 dia nnti pandai mcm anak awak laa:)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails