Thursday, June 12, 2014

Nilai Hidup


"Haihh..semua benda harga dah naik.. "
"Ok la ko boleh berniaga..Aku takde masa lah nak berniaga"
"Duit gaji selalu tak cukup la.."
"Aku suri rumah..Yang kerja husband aku je..Mana nak cukup duit nak membeli barang yang kita nak.."

Siapa yang akan meningkatkan nilai hidup kita sendiri kalau bukan kita sendirikan? Rasa orang lain banyak masa kita tak cukup masa..Rasa orang lain boleh buat kita tak boleh buat.. Rasa orang lain berpunya kita tak punya apa2..

Berapa ramai dari kita ni punya masa yang banyak untuk invite friend main game..Berapa ramai dari kita ni ada banyak masa untuk lebih memviralkan lagi sesebuah video yang negatif..Hmm..Kenapa tak gunakan masa tu untuk cuba meningkatkan nilai hidup kita..

Andai waktu kita di Fb dan IG ini kita gunakan untuk tingkatkan nilai hidup kita:-

1. Lebihkan selawat(nilai rohani)
2. Lebihkan zikir(nilai rohani)
3. Ceritakan sesuatu produk/servis yang kita rasa baik/beri manfaat untuk kita.. Pasti akan ada yang tertarik dengan produk tersebut. Orang mula bertanya boleh beli dimana..Waktu itu baru kita perasan sistem jual beli sedang berlangsung..(nilai kewangan)
4. Sharing tentang perkara positif untuk tingkatkan kualiti hidup.(nilai hidup)

Bila kita tengok ada yang berjaya dalam hidup, secara tak langsung boleh jadikan pembakar semangat untuk kita lebih berjaya..

Nukilan rasa pagi-pagi ni.. Hehe.. Semangat nak pergi seminar tentang meningkatkan perniagaan..

Kadang-kadang aku kesal..Berapa ramai orang melayu yang suka meruntuhkan bisnes orang melayu.. Tapi bila kita tengok orang cina boleh bukak kedai tayar sebelah-sebelah.. Mentaliti kita perlu berubah.. Rezeki Allah itu luas.. Bak kata sifu aku, kalau semua orang di Malaysia ni berniaga pasti semua orang tetap akan berjaya..Sebab apa? Sebab kita sendiri sememangnya pembeli.. ^_^

Jom tingkatkan nilai kualiti hidup kita.. ^_^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails