Tuesday, June 17, 2014

Mencari Ejen Di Kawasan Anda

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, lagi beberapa hari dah nak masuk Ramadhan kan? Ok, memang dah berniat akan buat promo tentang perniagaan yang aku cipta khas untuk mak aku ni bila nak dekat2 bulan Ramadhan.. Perniagaan ni berkonsepkan rezeki untuk emak, memudahkan orang lain..Haaa..Apa maksudnya tu? Meh aku cerita..

Sesiapa yang rapat dengan aku dan dah baca blog aku ni dari dulu, memang dah tau la family aku buat bisnes catering.. Bulan puasa selalunya abah akan masuk tender mana2 masjid atau kompeni yang nak kitorang sediakan juadah berbuka puasa atau moreh.. Tapi, dah 2 tahun sebelum ni, abah dah kurang nak ambik sebab rasa terkejar kejar dengan aktiviti beribadah yang sepatutnya kita fokuskan sepanjang bulan Ramdhan..Jadi, tahun lepas..Mak dengan abah decide untuk buat atas orang order je.. Alhamdulillah.. Ramai jugak yang order lauk pauk untuk berbuka dan mak abah akan hantar dekat ofis dan rumah diorang.. Antara lauk-lauknya Gulai Lemak Ikan Patin, Masak Asam Ikan Patin Tempoyak, Daging Masak Hitam, Masak Lemak Ayam, dan macam-macam lagilah..ikut request dari customer.. Tapi kali ni, aku nak fokus kepada satu lauk je.. Sambal Ikan Bilis Tumbuk atau sambal ketuk yang memang menjadi makanan kegemaran kitorang sekeluarga dan nak orang lain menikmatinya jugak..

Aku dah mula bukak intsagram @sambal_ketuk.. Korang boleh follow dekat IG aku untuk tau update terbaru.. Alhamdulillah mendapat sambutan hangat.. Aku nak bukak peluang untuk ramai orang berniaga sambal_ketuk ni.. Boleh dijadikan makanan yang mudah untuk berbuka puasa dan sahur.. Makan dengan nasi panas atau roti.. Memang membuka selera..

Jom jom jom.. Pendaftaran ejen dibuka sekarang.. Boleh Whatsapp aku 0193613164 untuk tahu cara menjadi ejen.. 

Testimoni dari customer yang dah pernah makan sambal_ketuk dari kami...




Kak Filla, mama Kasihs pun makan sambal ketuk kitorang tau..hehe..



Customer area Ampang 

Customer merangkap member sendiri yang tengah mengandung
 

Customer dari Johor


Customer dari Wangsa Maju.. Dah kenapa water mark aku atas ayat tu..Cett.. dia kata confirm repeat Ramadhan nanti..Paksa mata anda untuk membacanya..Haha. 

Ok, jom jom!! Jom jadi ejen dekat kawasan korang... Insyaallah nanti akan update nama setiap ejen dekat instagram untuk memudahkan customer yang nak COD.. ^_^

Sambal ketuk ni tahan 2 minggu kalau diletakkan di tempat yang bersuhu bilik dan tertutup rapat dan terjamin kebersihannya.. Nak lagi lama, masukkan dalam peti ais.. Bila nak, keluarkan dan panaskan untuk dimakan.. 

Ok, untuk maklumat lanjut boleh hubungi aku ye.. 019-3613164.. Whatsapp atau mesej aku.. Kalau emel memang agak lambat aku balas.. ^_^





No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails