Thursday, May 22, 2014

Restoran Wangsa Grill by Chef Zubir

Assalamualaikum..

Jom masuk laci Doreamon jom.. Aku nak cerita pasal weekend haritu.. Kembali ke masa lalu kononnya..hehe..

Haritukan, sebelum masuk dewan konvo, aku dah bagtau Shahril siap-siap.. "Jangan beli bunga tau. Saya taknak bunga, saya taknak hadiah apa-apa.. Jangan risau, saya tak kecik hati kalau keluar dewan ni tak dapat bunga.. Jangan beli.. Ingat tau!" Kemain lagi reminder aku dekat dia padahal ntah-ntah memang dia taknak pun belikan aku bunga..Haha! Pastu Shahril kata, "Ok, saya tak beli apa-apa..Nanti saya belanja makan..Tempat best sikit" Terus bersinar-sinar mata aku, terus cakap Ok! Dia dah tau hadiah apa yang aku mahukan..Bagus-bagus..Haha. Aku bukan apa.. Aku tak minat sangat bunga-bunga ni..Aku tak resti nak simpan-simpan..Nanti layu, sedih aku nak buang, dah nak simpan kelopak-kelopak kering tu konon sentimental value..Ergghh!Bersepah lah haiiiii... Kesimpulan, jangan bagi langsung bunga-bunga..Huhu.. Coklat pun tak suka. Nanti membazir aje sebab aku tak makan.. Bagi aku makanan, melompat bintang la aku..Hehe

Jadi, masa 18hb haritu, masa anniversary perkahwinan aku yang ke 2.. Shahril nak belanja makan merangkap nak celebrate untuk konvo sekali.. Dia nak bawak pergi Restoran Wangsa Grill by Chef Zubir. Antara sebab kenapa nak pergi situ, sebab dekat je dengan rumah dan nak rasa betul ke sedap sangat chef masterchef ni masak..Hehe..Ke dalam gebang-gebang je.. Kehkeh.. Kitorang pergi malam 18hb tu. Senang  sikit sebab hari tu hari sabtu malam Ahad..Esok nya cuti.. Boleh rilek-rilek sikit..

Ok, bercerita sambil tengok gambar ye..





Masuk-masuk je, dapat kudap-kudapan.. Sementara fikir nak order apa, ngap ngap dulu.. 


Aisyah makan banyak sekali.. Lapar sangat kot..Hehe..Tengok tu, duduk pun bersandar..Kemain menikmati sangat keadaannya tu..


Ni sebelum letak dekat baby chair.. Memang selalu tak letak awal sangat dekat baby chair sebab Aisyah ni cepat boring.. Nanti dia mintak angkat dah.. Baik makanan dah dekat nak sampai baru letak dalam baby chair baru kita boleh makan dengan tenang..Gaya dia macam busy layan order customer je kan?
Tu henfon Nokia Shahril... Nokia E71.. Dia memang suka main henfon Shahril yang tak up to date tahap Whatsapp pun takdek tu.. Suka sangat walaupun tak on pun henfon tu.. Taktau kenapa.. Henfon aku yang up to date sangat ni tak pandang pulak dia..Taknak pun dia main..Bagus-bagus dia tau henfon mak dia hefon bisnes kot..Hehe..


3 of us... Bacinkan aku? Sebab sebelum tu pergi amik barang dekat supplier dulu.. Dah comot-comot, malas betul nak tepek-tepek benda dekat muka lagi dah..



Ini susun atur dalam restoran ni.. Agak gelap sebenarnya..Aku setting dekat henfon ni kasik terang..Sebenarnya ala-ala romantik suasana dalam restoran ni..

Ok, apa yang kitorang makan malam tu? Kitorang order 3 set makanan.. Dengan Aisyah sekali dapat set orang dewasa padahal dia makan sikit je..Haha. Nafsu sebelum makanan sampai..Bila dah sampai, kenyang gila menyesal sebab order banyak..Haha. Sebenarnya nak rasa banyak-banyak menu.. Alang-alang dah datangkan..Hee..

Yang bawah ni menu Shahril, Australian Baby Lamb.. Sedap! Mash potato dia sedap.. Daging kambing tu pun lembut je..Senang nak makan... 



Fish and Chip ni untuk Aisyah kononnye.. Padahal masuk perut mak abah dia jugak.Haha. Yang ni sangat sangat sedap. Mayonis puth dia tu.. Ergghh.. Memang nak lagiiiiiii...



Yang ni pulak aku punya.. Mesti lah gedikkan nak makanan yang Chef recommend aje.. Aku amek burger ayam.. Roti dia tu garlic bread..Besar dan keras..Kena bukak mulut besar kalau nak makan ala-ala burger.. Aku nak control ayu, potong dengan pisau memula.. Lepas tu,jiwa kekampungan tu datang tak lama lepas tu, terus letak garfu dengan pisau, trus pakai tangan, mulut nganga tak ingat punya..Haha. Kata burger, dah kenapa nak pakai pisau. =p

Yang ni memang sedap!!! Sila order kalau datang..Ada pedas-pedas sikit dalam burger dia tu..Nyum nyum..Terkenang-kenang pulak..




Aisyah sebok nak makan sendiri, nak minum sendiri.. Semua benda nak dicapainya.. Bersepah gila meja.. Semoga waiter2 tu bertabah la mengemas.. Aisyah semua kedai dia buat macamtu.. Makan nya 1/10 je daripada apa yang ada dalam pinggan. 9/10 ada atas lantai.. Sabor je la...


Nah bukti... Proses pembelajarankan? Mak-mak kena selalu urut dada sambil senyum..Haha

Ok, jumlah harga dalam RM102.. Paling mahal tu ha si lamb tu.. Rasanya dalam RM43 kot.. Erghhh...Bapak mahai.. Tapi tukang bayar yang nakkan, biarkan aje.. Tu, yang kudap-kudapan Aisyah makan masa awal-awal sampai tu, ingatkan free.. Rupanya RM2..Kena bayar jugak. Hahaha! Haa..Kalau korang rasa taknak membazir RM2 tu dekat maruku ikan yang korang boleh dapat sepeket besar dengan RM2 tu dekat 7 Eleven, sila jangan makan... Dari awal nampak je maruku ikan tu, sila letak hujung meja sambil jeling maut...

Tapi series.. Memang sedap tiga-tiga menu ni! Berbaloi-baloi dengan harga dia.. Memang tak rugi cuba..Terkenang-kenang lagi burger tu... *_* 

*****************

Esoknya, bangun-bangun pagi, Aisyah terus mintak benda..Dia tunjuk-tunjuk atas almari..Selalunya dia mintak Yasin atau quran atas almari tu..Bila aku bagi dia taknak..Dia tunjuk-tunjuk lagi.. Aku try bagi dia gambar yang ada atas tu..Sebelum ni tak pernah mintak pun..Bila aku bagi, baru dia diam.. Pastu tengokkkk je gambar tu.Pastu cium-cium gambar tu..

Oooooooo..Nak cakap Happy Anniversary dekat mak dengan abah la tu.. Tq Aisyah.. Aisyah lah hadiah paling besar yang Allah bagi dekat mak dengan abah ^_^









*******************

Minat untuk berniaga? Jom jadi ejen dropship untuk barangan di Nur Aisy Shoppe! Ada Ephyra dan Camishaper... Jom Niaga sama-sama.. Boleh Whatsapp 0193613164 untuk maklumat lanjut.. 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails