Saturday, May 10, 2014

Kasut Konvo

Assalamualaikum..

Hehe..Saje je ni.. Nak jugak update walaupun taktau nak cerita apa.. Insyaallah esok aku konvo.. Lepas baca blog Farhana, member aku yang akan konvo sekali esok tentang pencarian kasut konvo dia, baru aku perasan yang aku takdek kasut untuk esok!! Ya Allah lupa betul..Dah la aku memang nak pakai baju recycle je esok ni..Confident je kasut pun dah ada..Rupa-rupanya yang ada hanyalah kasut biru muda yang memang aku pakai tiap haritu... -_-"

Maka, tadi habis aku selongkar almari kasut dekat dapur. Kalau almari dekat dapur, maknanya memang dah berkurun la tu tak pakai.. Semenjak mengandung, memang dah simpan dah semua kasut tumit tinggi yang tak berapa nak tinggi sangat tu.. Selongkar hingga susunan kasut yang paling dalam, akhirnya jumpa jugak kasut masa aku akad nikah dulu.. Bling bling ko..Haha! Biar je lah kan?Janji ada.... Nak pergi beli malam-malam ni?Memang tak la..Aisyah pun dah tido..Huhu..

Cuba-cuba la pakai tadi..Risau jugak terpeleot sebab dah lama tak pakai kasut tumit tinggi.. Emm..Agak bercelaru jugak cara aku berjalan.. Moga esok dapat balik skill lama..Hehe..







Okei..Selamat konvo! Kepada sesiapa yang akan konvo jugak esok atau hari-hari yang lain. ^_^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails