Saturday, May 3, 2014

Aisyah 1 Tahun

Alhamdulillah... Harini Aisyah 1 tahun.. Diberi kesihatan yang baik dari Allah.. Dipermudahkan segala urusan dalam menjaga Aisyah..Rasa baru je lagi pegang Aisyah fresh dari dalam perut.. Dah berjalan laju dah dia.. Allahuakbar... 

Dah banyak yang dia faham apa yang kita cakapkan.. Dah tau mana depan, mana dapur, mana pintu,mana kunci mana handphone, mana remote, ehhh..banyak lah.... 

Haritu mak aku mintak Aisyah ambikkan tudung.. Mak aku letakkan tudung dia sebelah tudung aku.. Mak aku kata, "Aisyah, ambikkan tudung Neni, Aisyah.." Aisyah laju je pergi ambik tudung mak aku bagi dekat mak aku.. Tercengang kitorang tengok..Haha. Tau pulak dia mana satu tudung mak aku...


Dah pandai salam dengan orang nak-naknya kawan-kawan aku yang ada anak sebaya dia, sepuluh kali mintak disalam..Hamboi hamboi..Sampaikan kawan aku Ila kata, "Jangan risau Aisyah, memang Aisyah masuk dalam senarai calon menantu acik," Hahahahaha! Sampai macamtu sekali. Yelah duk salam banyak kali.. Tak disuruh pun, musykil jugak kawan aku tu agaknya...Haha.

Haritu dekat Masjid, tengah tunggu azan nak solat.. Aisyah duk merayau-rayau dekat bahagian perempuan tu. Tiba-tiba ada sorang makcik tu masuk dia salam aku dan mak aku.. Aisyah yang tengah main jauh sikit tiba-tiba datang dekat makcik tu sambil hulur tangan mintak disalam.. Makcik tu hulur tangan, terus dia salam cium tangan makcik tu.. Terharu sangat makcik tu, terus keluarkan duit dua ringgit sedekah dekat Aisyah..Hehe..Rezeki budak kecikkan..



Peramah memang tak ingat..Habis semua orang dia nak tegur.. Orang taknak main dengan dia, dia yang ajak orang bergurau, panggil-panggil orang.. Semoga peramah sampai besar, tak sombong dengan orang...

Ok, kalau nak cerita pasal Aisyah memang panjang sangat entry ni nanti.. Hehe..

Selamat Hari Lahir yang pertama Tengku Nur Aisyah.. Mak sentiasa nak jadi mak yang terbaik untuk Aisyah..Andai kata ada cara mak yang tersilap, percayalah mak sentiasa cuba dan akan terus memperbaiki diri mak..

Mak doakan Aisyah sentiasa menjadi anak yang baik, solehah, menjadi pejuang agama Allah tak kira macamana caranya... Mak doakan, sentiasa ada bantuan dari Allah untuk menolak Aisyah agar sentiasa berada dijalan yang lurus, jalan yang benar. Semoga Aisyah sentiasa lembut hati dan terang hati. Semoga Aisyah menjadi kesayangan ramai orang. Semoga Aisyah dipelihara kehormatan, dan tidak disia-siakan oleh orang-orang yang tidak baik. Semoga Aisyah sentiasa menghormati orang-orang disekeliling Aisyah. Semoga Aisyah sentiasa dalam lindungan Allah...


7 comments:

  1. Happy birthday Aisyah.. Anak zaza pun peramah macam Aisyah jugak.. Semua org dia nak tegur. Kadang2 risau gak. Takut dia ikut ja org walaupun tak kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zaza ^_^ haah betul.. risau jugak kdg2. Mmg mata tak boleh leka.. kene perhati je die... moga Allah lundungi.. ^_^

      Delete
  2. Happy birthday...sayangku makngah...love you from far..always ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mak ngaaahhhhh.. Aisyah kate.m hadiah aisyah ngn mak aisyah jgn lupe..haha

      Delete
  3. Allahumma ammeen..
    Sanah helwah ya aisyah...barakallah...semoga menjadi anak yg solehah & mujahidah agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..insyaallah.. tq li.. ^_^

      Delete
  4. Comel gilaaaaa ~ pakai tudung and jubah tuuuu

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails