Tuesday, April 29, 2014

Suka Sangat Silang Beg..

Assalamualaikum..

Aisyahkan, dia pantang nampak tali.. Mesti nak sangkut dekat leher dia, lepastu keluarkan tangan sebelah.. Kalau tali beg, memang dia suka.. Beg berat-berat maintain je dia nak angkat..


Yang ni gamba lama..Gigih aku cari dalam phone tadi..Mujur jumpa.. Nampak muka sedih tu? Puas kecek mak aku nakkan beg mak aku..Mak aku malas nak bagi sebab berat..Macam-macam mak aku isi dalam beg tu.. Dia nak jugak.. Lepas dah sangkut macamni baru diam.. Senang la mak aku..Ada orang bawakkan beg berat dia tu..Haha


Yang ni gambar pagi tadi.. Aku tengah bungkus Ephyra dalam plastik pos laju. Dia ambik dulu beg tu..Lepas tu sangkut dia sangkut sendiri macamni lepastu joget-joget ikut lagu dekat tv lepas tu kejap-kejap pergi  dapur intai wan dia..(banyaknye lepastu) Ada video aku ambik tapi tak reti nak share dekat sini..Video Aisyah joget-joget..Haha.



Aisyah pergi dapur..Tiba-tiba dia datang balik dekat aku, dah beg lain pulakk.. Beg silang yang berat ni ha.. Dia ambik dekat hall tengah tu la agaknya..Dia datang sambil tunjuk roti.. Yang kelakarnya, agaknya berat dia nak kehulur kehilir dengan beg berat terseret dekat badan dia, sambil dia jalan dia angkat beg tu. Pegang dekat tali beg tu..Haha! Duk gelakkan dia lupa nak ambik gambar..Hahaha.




Entry ni nak share gambar ni je..Kihkih.. Ohh.. Alang-alang.. Esok hari lahir Shahril.. Nak wish dekat sinilah.. ^_^




Selamat hari lahir suamiku..Semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat..Semoga kita bahagia sehingga ke syurga.. Semoga menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kita.. Semoga sentiasa bersabar dengan karenah isteri yang super cute(haha).. Amin..









2 comments:

  1. kak! silang beg la gaya yg cool kak.. klo beg sisi tepi, color pink, kupu2, dah lapuk.. kak, sy rasekan, aisy ni mcm terpakse je bile kene pakai warna pink..akak perasan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik! memula akak baca, adik munken anonimes yg betul.. tapi tang kupu2 tu, akak dpt rasekan siapa adik yang sebenarnye..hahaha

      Delete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails