Wednesday, April 16, 2014

Ok Ke Jadi Suri Rumah? Ini pendapat ikhlas dari hati aku...

Assalamualaikum..

Hari Isnin haritu.. Pertama kali aku keluar dengan Aisyah tanpa Shahril atau pun dengan mak dan ayah aku.. Aku keluar dengan kawan aku.. Dia jemput aku dekat rumah dan kitorang keluar.. Ada hal bisnes yang nak dibincangkan.. Kawan aku ni engineer dekat consultant.. Dia sangat minat berniaga tapi masih perlu bekerja sebab masih sayang nak lepaskan jawatan sebagai engineer.. Jadi, insyaallah kalau projek kitorang jadi, dia akan produce barang untuk dijual dan aku sebagai ejen jualannya... Insyaallah.. Moga-moga jadilah projek ni..

Lepas dah bincang-bincang, kitorang singgah AEON Wangsa Maju kejap.. Biasalah mak-mak kan.. Mesti nak pergi beli sayur.Haha. Masa tengah jalan-jalan tu kawan aku tanya.. Ok ke Nas duduk rumah? Mesti duit tak banyak keluarkan? Mesti boleh save bykkan?

Emm.. Korang rasa macamna? Ok meh aku share pendapat aku dkt sini..hehe

Sebenarnya, banyak mana pun duit kita. Takkan cukup sebenarnya.. Tahun ni gaji kita RM3500, tahun depan gaji kita naik jadi RM4000 tetap takkan cukup untuk tahun tu.. Tahun bertambah gaji pun bertambah, harga barang semakin naik, anak-anak makin membesar keperluan semakin tinggi, sampai bila-bila pun takkan cukup duit kita sebenarnya.. Aku pernah duduk berbincang dengan Shahril apa yang kitorang nak sebenarnya.. Apa yang dia harapkan dari aku.. Shahril banyak serahkan keputusan untuk apa yang aku nak jadi dekat aku sendiri. Bila aku tanya dekat dia, ok ke kalau aku berhenti kerja dan buat bisnes dari rumah dia kata dia akan support apa je yang aku nak.. Cuma, kalau berbisnes adalah keputusan aku, dia harapkan aku buat dengan sepenuh hati.. Bukan separuh jalan, bukan hangat-hangat tahi ayam.. Sebab dia taknak dengar esok-esok aku nak kerja balik sebab bosan duduk rumah.. Dia nak aku tetap dengan pendirian aku dan cuba usahakan impian aku..

Alhamdulillah aku takde bebanan hutang yang melampau kecuali hutang PTPTN waktu diploma dan hutang kereta.. Alhamdulillah dengan bisnes yang aku buat sekarang, aku boleh bayar hutang-hutang aku dan dalam masa yang sama, duit bulanan yang Shahril bagi dekat aku lebih dari cukup untuk aku gunakan setiap bulan.. 

Dulu, masa aku bekerja.. Shahril akan belikan aku baju setiap bulan.. Mesti beli.. Aku tak pernah mintak tapi dia kata memang dia nak bagi setiap bulan.. Lepas aku berhenti kerja aku kata aku dah tak perlukan baju baru setiap bulan.. Sebab aku rasa membazir.. Jadi, dia tukarkan dalam bentuk cash sebagai ganti pembelian baju bulanan untuk aku.. Aku boleh menyimpan lagi dekat situ..

Kalau waktu bekerja dulu, laju je aku belanjakan duit gaji sewenang-wenangnya dengan alasan bulan depan dapat lagi gaji.. Semua benda rasa nak beli.. Asyik cari hotel-hotel yang menarik untuk pergi bercuti.. Intai tiket flight paling murah untuk ditempah.. Macam-macam idea datang untuk nak habiskan duit gaji.. Sampai gaji berapa puluh ribu baru aku rasa gaji aku tu akan cukup? Itu yang aku fikirkan..

Pada pendapat aku, bila jadi suri rumah, kita akan boleh menguruskan kewangan kita mengikut sekadarnya yang kita ada.. Kita takkan nak menambah bebanan suami yang sedia ada merangkap kita takkan nak keluarkan duit simpanan kita yang kita cuba simpan hasil dari pemberian suami/bisnes kita.. Rasa sayang sangat nak gunakan.. Kita akan nak berbelanja mengikut keperluan.. Bukan mengikut hawa nafsu.. Berniaga sendiri dan bekerja makan gaji sangat berbeza perasaannya.. Bila beniaga sendiri, aku akan berusaha tak bazirkan sewenang-wenangnya duit keuntungan aku  sebab kepuasan dalam membeli stock baru adalah lebih tinggi daripada membeli barangan lain untuk aku bazirkan..hee..

Ini pendapat aku dan pengalaman aku selama dah nak hampir setahun aku jadi suri rumah.. Ada kawan aku tanya, tak bosan ke duduk rumah? Terus terang aku katakan.. Mustahil aku tak rindu waktu kerja aku.. Waktu rehat dengan kawan-kawan.. Waktu sibuk bekerja dalam pejabat.. Waktu berjalan dekat site.. Waktu jumpa client.. Waktu cari gaduh dengan contractor bermasalah.. Waktu kecut-kecut perut nak chair meeting.. Waktu gosip-gosip hal pejabat.. Kadang-kadang rindu tu memang datang.. Tapi, bila ada tempahan masuk dari customer, bila tengok gelagat Aisyah depan mata.. Aku tahu pilihan aku ni memang tepat... ^_^ Bila kita dah serahkan keputusan kita kepada Allah, bila kita membuat keputusan berdasarkan istikarah kita kepada Allah.. Takde apa yang ragu-ragu lagi dalam hati ni.. 

Aku percaya.. Dalam 10 orang isteri dekat luar sana, sekurang-kurangnya 8 orang pasti bercita-cita nak menjadi suri rumah.. Nak mendidik anak-anak sepenuh masa.. Andai kata Allah dah tetapkan kita kena bekerja, teruskanlah bekerja.. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.. Masyarakat perlukan ilmu yang korang ada.. Bekerjalah dengan sepenuh hati.. Tapi, andaikata hati korang meronta-ronta nak menjadi suri rumah, percayalah.. Rezeki Allah pasti cukup jika kita hidup berkadar dengan kemampuan kita dan rezeki Allah dimana-mana.Walaupun dari dalam rumah, rezeki Allah pasti akan datang..


Nasihat aku kepada sesiapa yang ada cita-cita nak jadi suri rumah,BERNIAGALAH! Jangan terlalu mengharapkan 100% duit suami.. Dengan berniaga, kita boleh tolong suami kita meningkatkan ekonomi keluarga.. Keluarga boleh jadi lebih ceria tanpa sebarang masalah ekonomi.. Allah berikan kita tenaga, Allah berikan kita tulang empat kerat.. Gunakan... Disamping dapat menjaga anak-anak depan mata kita sendiri, kita juga boleh susun waktu bekerja kita mengikut kehendak kita..Banyak cara untuk dapatkan rezeki Allah.. Allah sukakan hambaNya yang berusaha.. ^_^



Tetapkan misi dalam diri.. Menjadi surirumah jutawan.. \0/ Jutawan dunia, jutawan akhirat insyaallah.. ^_^




Jom Berniaga Bersama-sama.. Agent Dropship Diperlukan!




6 comments:

  1. singgah sini. Saya pun buat kerja online juga. Tapi jadi agent jelah.. Kalau suri rumah boleh jadi babysitter.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  2. terbaik!! jiayou!! best kalo bleh jd surirumah jutawan... bilakah masa itu utk aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn..tq ne! ^_^ aku doakan ko jd jusa, ada Dr. Ada Ir.. teruskan bekerja sebab aku tau ko boleh buat banyak kerja dlm satu masa.. ^_^ insyaallah.. ^_^

      Delete
  3. Salam. Nice sharing and relevant sangat2 for me yang dah abt 2 years jadi SAHM. Memang betul gaji tinggi macam mana pun sampai bila pun rasa tak cukup...tapi bila dah tak keje ni pandai2 lah adjust spending kan. Ada masa jom singgah my blog Hikmah menjadi seorang SAHM

    ReplyDelete
  4. suri rumah memang bagus. lebih bagus kalau ambil sikit masa kerja online bantu suami. jemput ke blog saya utk idea admin.

    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails