Tuesday, April 15, 2014

Mencari Nahas di MIHAS


Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu kitorang plan nak pergi MIHAS.. Dari hari Selasa plan nak pergi.. Saje je nak tengok apa produk-produk makanan terbaru yang menarik merangkap nak rasa semuanya..Haha..Semangat lah kitorang bangun awal, siap-siap apa yang patut sebab nak pergi KLCC, naik Putra je..Senang..Tak payah nak pikir parking, dengan mahalnya lagi..


Aisyah memang lepas mandi dia selalu tidur balik.. Jadi, masa dukung dalam baby carrier ni die tidur je..


Ada budak perempuan tengah duduk dalam train tu, dia nampak Shahril dukung baby tengah tidur dia bagi Shahril duduk..Terima kasih dik ye.. Memang penuh train time tu.Aku berdiri jauh sikit sebab nak menyandar.. Sambil-sambil tu aku intai Aisyah dia tengah sedap tidur..Tiba-tiba aku dengar budak kecik nangis..Aku intai Aisyah rupanya.. Aku suruh Shahril datang dekat aku bukak baby carrier tu and aku dukung pujuk dia..Aku tanya Shahril kenapa Aisyah tiba-tiba jaga and nangis..Dia kata ada dua orang perempuan berdiri depan dia berborak kuat gile tahap nak bagi orang dekat gerabak sebelah dengar..Ayat tu aku tambah..Haha. Sebab memang aku yang duduk jauh tu pun dengar suara diorang sebenarnya..Huh! 

Dah pujuk-pujuk Aisyah, letak dia dalam stroller.. Bagi dia main kipas merangkap sila kipas diri sendiri kalau panas..Haha.



Nasib baiklah Aisyah ok je duduk dalam stroller sekarang ni.. Senang nak bawak berjalan...

Sampai KLCC, semangat lah kitorang terus ke KL Convention Centre.. Sekali, dari jauh aku dah nampak banner ni..


Ehh ehh..Ko dah kenapa budak bawah 18 tahun tak boleh masuk.. Aku anggap bukan untuk aku..Dengan muka eksyen kitorang jalan terus nak masuk MIHAS tu..Sekali, kene tahan.. Staff yang jaga laluan masuk tu tanya, nak masuk MIHAS ke..Kalau nak masuk, baby tak boleh bawak masuk.. Ekk?? Dah kenapa? Aku tanya dia alasan sebab tak boleh bawak baby.. Dia kata sebab pernah ada kes baby hilang.. Dengar je perkataan HILANG.. Baik dik.. Akak REDHA.. Haha. 

Staff tu bagitau kitorang..Akak dengan abang boleh masuk secara bergilir.. Muka eksyen aku laju je cakap "Takpelah dik..Kitorang tak jadi nak masuk" Sukati je kan? Padahal aku tau Shahril nak masuk..Haha!

Kitorang pun patah balik..Aku bagitau Shahril kalau dia nak masuk pergilah..Aku ok je jaga Aisyah kat luar.Tak yah masuk pun takpe tapi SETENGAH JAM JE YE *Dengan muka sedih...* Shahril pun ok aje sambil meninggalkan kitorang dekat Kenny Rogers.. Ok, i like tempat yang ditinggalkan ni..Hehe..


Senyum Aisyah.... Kita dapat makan Kenny Rogers..Yeay! (Lama aku tak tempek muka aku dekat blog ni kan? Yang dekat dahi tu jerawat baru tumbuh yang dah tinggal parut..Nyah kau dari situ!Sejak makan Ephyra ni, semua jerawat yang naik cepat je kecut.. Eh, iklan pulak..Haha)



Tau tak? Banyak betul Aisyah makan macaroni cheese ni.. Shahril yang order..Aku tak berkenan sangat sebab rasa susu.. Agaknya sebab tu Aisyah suka.. Shahril join makan sekali..Lepastu baru dia masuk dekat MIHAS.


Dekat meja belakang kitorang ada segerombolan budak-budak tadika..Standby nak masuk Aquaria..Aisyah kalau dengar suara budak, dia memang automatik jadi hepi je.. Jadi, aku pun boleh jaga dia sorang dengan senang hati..


Dia tengok budak-budak tadika tu sampai berpusing macam ni ha.. Pusing ke depan sebab nak ambik makanan je..


Nak minum air sendiri pulak.. Habis lenjun...Semua nak buat sendiri.. Memang kena spare baju banyak kalau berjalan... Dah makan semua, aku terus tukar baju Aisyah yang basah lenjun dengan bau susu, cheese bagai tu.. Dalam Kenny Rogers tu jugak.. Malas nanti bau-bau susu dekat baju aku atau stroller.. Kang aku pening..Aku dengan susu ni memang tak boleh la..huhu..

Sementara tunggu Shahril keluar, kitorang pergi jalan-jalan dekat taman..Punya lah ramai budak-budak dekat luar tu..Mesti sama kes macam kitorang taktau tak boleh bawak masuk budak..


Muka kenyang + dah ngantuk + redha kena tinggal.. Aku tanya Aisyah, "Aisyah ok ke? Ok ke jalan dengan mak je dekat luar ni?" Dia angguk-angguk sambil muka masam.. Haha! Aisyah memang menggangguk aje keja dia sekarang.. Aku tanya apa-apa semua dia angguk je.. Tanya mak cantik tak? Lajuuu je angguk.. Budak-budak mana reti menipu kan? Hahaha. *ok abaikan*

Tak lama lepas tu Shahril pun keluar.. Aku tengok jam tepat-tepat 40 minit..Haha. Sian dia.. Dia kata dia jalan laju je.. Tak sempat nak tengok sangat.. Ada lah dia bawak beberapa sample makanan untuk dirasa.. Aku yang tak terasa 40 minit tu..Sebab baru je lepas makan, pusing-pusing dekat luar dengan Aisyah.. 

Kitorang pun terus balik.. Shahril terus pasang baby carrier and Aisyah pun tidur.. Aisyah tak reti tidur dalam stroller dia suka kena dakap macamtu baru dia boleh tidur..Kalau dia dah tidur kita nak letak dalam stroller dia mesti terus terjaga.. Sebab tu kalau nak pergi mana-mana kena bawak dua-dua alat pengangkutan ni..Baru selesa nak berjalan lama...


Tu dia..Aisyah tidur terus dah..









1 comment:

  1. comelnya aisya. :)

    lapar pula bila dengar Kenny Rogers ni. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails