Monday, April 28, 2014

Kotak Gedabak, Nak Dijual Sayang dan PROMO EPHYRA

Assalamualaikum..

Ingat tak haritu aku ada bagitau yang aku sekarang dah rajin-rajin nak kitar semula barang-barang? Sekarang ni, dekat rumah aku memang penuh dengan kotak-kotak besar. Mana taknya, bila order Camishaper dengan Ephyra, memang dapat sekali dengan kotak gedabak besarnye.. Shahril memang asyik tanya je, ni dah boleh jual ke? Haha. Aku still lagi guna kotak-kotak tu, aku letak barang-barang jualan dalam tu. Memang agak semak jugak la mata menengoknya.. Sampailah minggu lepas, Shahril nak kumpul barang-barang untuk recycle. Habis kotak besar untuk bungkus Camishaper sebelum ni dia ambik. Lepastu dia tanya aku kotak Ephyra ni nak lagi ke..Dia standby je nak angkut pergi jual. Laju je aku kata nanti dulu! Ada 6 kotak Ephyra dekat rumah.. Dua selamat dah jadi tempat letak barang-barang terpakai.. Ada lagi 4 kotak.. Aku ambik pisau dengan selotape, aku Zap!Zap!

Jadilah begini.....

.

.


.




Almari untuk simpan bahan jualan.. \0/




Settle! Dapat dua almari..Satu untuk Camishaper satu lagi untuk Ephyra..Yeay!\0/

Mujur dua kotak dah terlunyai dan harus dikitar semula. Kalau tidak, dapat aku 3 almari kotak free. Boleh aku letak untuk wideshawl yang aku jual pulak.. Takpe, next project..Hehe..

Petang tu mak aku datang rumah.. Bangga je aku bagitau mak aku, "Mak, Tengok! Adik dapat dua almariiii" dengan nada bangganya, sambil tangan tunjuk dua.. Mak aku dengan nada menyampahnya dia kata," Kejap je tuuuu. Nanti kena air lembik lah jadi kotak-kotak tuuu" -_-"

Mak aku memang pantang dia kitar-kitar semula nih dan penuh-penuhkan rumah dengan kotak bagai ni..Sebab dia terbayang anai-anai.Haha. Pernah dulu kotak-kotak buku aku habis kena makan anai-anai.. Haaa.. Panjang gila bebelan mak aku.. "Mak dah cakaaaapppp jangan letak dalam kotakkkk! Anaii-anai datangggggg!" Perghh terbayang aku jeritan bebelan tu..Hahaha.

Mak aku buat-buat la nak psyco aku yang idea aku tu tak bermakna.. Terbayang je aku, mak aku saja renjis-renjiskan air dekat almari yang aku bangga-banggakan ni supaya misi aku gagal.. Haha. No no no.. I is duduk rumah mak mertua yang menggalakkan kitar semula.. Kihkihkih..Dengan harapn, semoga takdelah anai-anai nak hancurkan almari aku ni.. Kang mak mertua aku pulak berubah tone suara jadi suara mak aku.Hahahaha! Seremmmm...


*****************


Sempena Ulangtahun Ephyra yang ke 2 ni, Ephyra ada buat harga PROMO! Dari RM197, sekarang boleh dapatkan Ephyra dengan harga RM180 je... Jualan ni terhad. Tempoh tamat promosi ni bila-bila je.. Tunggu arahan dari HQ kata stop promosi, maka stop teruslah promosi ni.. Cepat dapatkan ye.. Kalau beli  sekotak aku akan bagi FREE SQUARE HIJAB. 
Tapi kalau nak harga diskaun melantun-lantun dan korang taknak pun SQUARE HIJAB tu, boleh beli dua kotak ke atas.. Memang murah sangat-sangat aku bagi..

COD area KL/Ampang.. Seluruh semenanjung, Postage adalah percuma.. Jom beli! Whatsapp 0193613164..


p/s : Mulai 30hb April, sempena 1 Rejab, sesiapa yang beli Ephyra dari aku(Nur Aisy Shope), setiap RM2 daripada setiap pembelian Ephyra, akan didermakan kepada anak-anak yatim/pelajar tahfiz. Sumbangan ni akan aku kumpulkan sehingga bulan Ramadhan insyaallah dan akan didermakan dalam bulan Ramadhan juga. Supaya pahala kita berganda-ganda sempena bulan Ramadhan insyaallah.. ^_^ Semoga aku berjaya dengan misi jualan amal aku ini.. Doakan ye! ^_^ 




4 comments:

  1. kalau yg trial ada promo jgk ker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trial pack maintain RM68..tapi kalau COD, sy bg special price.. ^_^

      Delete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails