Tuesday, April 22, 2014

Buat baju raya..

Assalamualaikum..

Aktiviti hari Ahad, macam biasalah.. Jogging atau lebih kepada beriadah dekat Taman Tasik Titiwangsa.. Boleh dikatakan dah berminggu-minggu jugak stop aktiviti ni. Sejak kes jerebu yang terbaru ni.. Berlarutan sebab ada kenduri dan aktiviti-aktiviti lain di pagi Ahad.. Jadi, semalam kitorang pergi semula sebab takde apa-apa urusan lain dan cuaca Alhamdulillah ok..

Semangat nak pergi.. Sebab Aisyah dah boleh jalan.. Nak bagi bawak dia jalan-jalan n main gelongsor dekat situ.. Tengok bird, tengok pokok, tengok kakak-kakak, abang-abang main lari-lari..Mesti Aisyah hepiiiii..


Nampak muka semangat dia bila turun kereta? Habis semua orang dia tegur...

Aku masukkan Aisyah terus dalam stroller sebab jauh jugak dari tempat parking nak ke taman permainan dekat situ.. 5 minit je masuk dalam stroller, kitorang intai Aisyah, dia dah...

.

.

.

.

.

.

.

.


TIDO!!

Sedap dia tidur.. Habis satu pusingan besar Taman Tasik tu kitorang jalan, Aisyah maintain tido.. Haha. Masuk je dalam kereta, dia terus bangun pastu muka sedih pandang luar..Hee..

Balik je dari jogging, terus nak pergi tempah baju raya..Semangat sikit nak buat awal tahun ni. Selalunya beli dah siap je.. Ni nak sedondon kononnye..Hee..

Habis aku call tailor yang biasa aku buat , semua tak angkat phone. Malas nak tunggu-tunggu lagi, aku dengan Shahril buat keputusan pergi Medan Mara.. Masuk je dalam kawasan tukang jahit tu..Gelaapp aje.. Pukul 10 pagi..Ramai yang tak datang lagi.. Kitorang terjah je mana-mana yang bukak..Tawakal je harap2 buatannya best.. Rezeki akak tu, dia je yang bukak pukul 10 pagi.. Terus tempah baju melayu, 
baju kurung, baju untuk Aisyah.. Setel.. Malas pikir dah.. Semoga buatannya memuaskan hati insyaallah.. ^_^


Aisyah jumpa pembaris kayu ni terus buat main.. Mainlah..Biar mak ngukur badan..


Ni lah kedai yang aku tempah...Semua ungu kedai akak ni..Hehe..

Saspen jugakkan nak tunggu baju siap? Aku jarang tempah baju ni.. Dah lama sangat tak tempah baju.. Kena tempah jugak sebab aku nak ada zip dekat dada..Senang nak menyusukan Aisyah.. Laburkan sikit duit untuk memudahkan yang perlu...Tang yang nak warna sedondon tu..Tak perlu sangat sebenarnya..Tapi lebih kepada nafsu.. Ohh kadang kala tewas juge.Haha. 


Nota kaki : Kadang2 kena hadiahkan sesuatu untuk diri sendirikan? (Ayat pujuk hati ikut nafsu)


Promo Ephyra! Boleh Whatsapp 0193613164 untuk tempahan. Harga runtuh sangat2 ni.. Semua tunggu gaji hujung bulan kan? Memang harga promo ni pun untuk hujung bulan ni.. Ada free square hijab lagi.. ^_^

2 comments:

  1. lawa baju anak akak pakai tu.. ^_^ Saya pun tak tempah/buat baju raya lagi sebab takde mood nak raya.. XD
    Berapa akak jual ephyra?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tq2.. kawan yg hadiah baju tu masa Aisyah baby lagi.. kalau beli Ephyra selepas 28 April ni, harga sekotak Rm180 je dari harga asal rm197 dan ada free square hijab limited stock dr Nur Aisy Shoppe.. Kalau berminat, boleh je booking dulu.. ^_^Whatsapp akak.. ^_^

      Delete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails