Wednesday, April 9, 2014

Apa Yang Perlu Diajar Untuk Anak Bawah 2 Tahun?

Assalamualaikum..

Harini aku terasa nak share something la.. Oh ye.. Laptop dah ok! \0/ Terima kasih kepada abang sedara aku yang memang dia lah tempat aku bagi segala peralatan letrik yang rosak dekat rumah ni untuk dia baiki.. Tak perlu dah aku hantar kedai..Haha. Bagi je dekat dia.. Zapp zappp! Dapat barang yang rosak tadi balik dengan keadaan yang elok..Yeay!! Saya amat hepi!! \0/

Ok, sambung balik..Hehe.. Apa yang aku nak share eh.. Aku nak share tentang satu buku.. Buku yang amatlah super duper bagus bagi aku.. Buku ni aku beli masa tengah sarat mengandungkan Aisyah..Sambil-sambil sebelum tidur aku baca sikit-sikit.. Tapi aku tak habiskan sebab nak simpan untuk dibaca bila waktu yang sesuai..Maksud aku, aku akan baca ikut umur Aisyah. Lagi senang terus praktikkan..

Ok..Ini bukunya...


Tajuk buku ni, Indahnya Didikan Awal Anak Secara Islam. Buku untuk mendidik anak seawal usia 0 hingga 2 tahun... Mendidik anak berasaskan Al-Quran dan Sunnah..

Alhamdulillah...Dah banyak jugak yang aku dah praktikkan.. Dan bila aku berjaya ajar Aisyah, dan Aisyah berjaya ikut..Melompat kegembiraan aku ni, Allah je yang tau..hihi..Alhamdulillah.. Buku ni ajar kita macamana nak mendidik dan melatih anak seawal usia 1 hari..Bukan je untuk melatih motor skill anak malah, untuk kita tau, untuk satu-satu tempoh tu, anak kita dah boleh buat apa dan macamana kita nak galakkan dia untuk buat sesuatu perkara tu.. Menggunakan keadaan sekeliling je..Itu yang aku suka sangat tu.. Kurangkan membeli permainan yang terlalu banyak dekat pasaran.. Yang kalau ikutkan nafsu aku ni, semua aku nak beli.. Kalau tengok IGShop, lagilah.Laju je rasa nak order...Tapi aku cuba tahan.. Sebab aku nak cuba sistem pembelajaran dan bermain Aisyah dengan apa yang ada dekat sekeliling dia je..

Kalau tengok dekat rumah aku ni.. Memang boleh dikira Aisyah ada berapa je alat mainan.. 1 teddy bear dari wan dia.. 1 biri-biri soft toys dari kwn aku dari New Zealand.. 1 pemegang bunyi-bunyi dari nanny.. 1 gegelung tingkat-tingkat dari kakak aku.. 2 alat yang bunyi-bunyi bila tarik dari Abah dia..Apa lagi eh? Ada la kot dua tiga mainan kecik-kecik.. Haha! Series.. Mak dengan ayah aku memang nak manjakan Aisyah dengan mainan tapi aku tak bagi.. Aku taknak biasakan.. Aku cakap dekat mak aku, kalau nak beli barang untuk Aisyah, belikan baju atau pampers je.. Haha! Nampak tak kebijaksanaan aku kat situ? Pow mak aku secara halussss...Haha...Aku nak cuba tetapkan kalau nak beli mainan pun, sebulan 1 atau 2 mainan je atau tak payah langsung.. Kenapa eh? Mungkin sebab aku tertarik dengan cara buku ni ajar kita cara mendidik anak dengan gunakan barang yang sedia ada... Doakan aku berjaya.. Sebab yang terlebih nak membelinya tu aku sebenarnya.. Doakan aku berjaya menahan nafsu.. -_-"

Ok, harini aku nak share salah satu ilmu yang aku dapat dari buku ni.. Permainan/aktiviti yang aku main dengan Aisyah...



Nama permainan ni, mari makan biskut.. ^_^  Tapi aku tukar nama permainan ni.. Mari makan carrot.. Hehe.. Sebab Aisyah sangatttt suka makan sayur.. Bagi banyak pun dia akan habis. So, aku potong n rebus carrot, letak dalam pinggan, biar Aisyah makan sendiri.. Oh ye... Masa aku pergi check up Aisyah 10 bulan, nurse ada tanya, Aisyah dah boleh ambik barang guna ibu jari dan jari telunjuk ke.. Aku jawab dah.. Sebab memang aku selalu perasan Aisyah dah pandai ambik barang yang kecik-kecik guna jari telunjuk.. Tak sangka la itu pun salah satu skill yang perlu ada dalam peringkat pembesaran anak-anak untuk umur 10 bulan.. Jadi, aku pun main la permainan makan-makan ni dengan Aisyah bagi melatih lagi skill dia tu..



Mula-mula aku letak sekali banyak carrot dalam pinggan tu..


Ok, Aisyah berjaya main aktiviti ni.. \0/


Ok, kadang-kadang dia buat stereng kejap pinggan tu.. Habis berterabur carrot...-_-"


Aku dah agak tau taktik sikit, aku letak satu-satu.. 



Alhamdulillah.. Berjaya dia habiskan carrot banyak-banyak tu dan ambik satu-satu.. ^_^
Alhamdulillah...


Mulai dari haritu, Aisyah dah suka makan sendiri.. Nak pinggan sendiri.. Kalau aku suap sebok nak capai makanan tu.. Kalau suap pakai sudu, nak makan pakai sudu pulak..







Lepastu, sebok lah suka nak suap orang... Semua orang pun dia nak suap bagi makan... Ok, sebab tu aku makin gemok..Aisyah suka suap makan!Haha. Alasan...

Alhamdulillah..Aisyah dah 11 bulan 5 hari.. Lagi beberapa minggu nak setahun!!!!!! Ya Allah cepatnya masa berjalan.. Aisyah dah panjang langkah dah.. Semalam dah mula berbelas-belas langkah.. Allahuakbar.. Setiap perkembangan awak, depan mata mak Aisyah.. Semoga menjadi anak yang baik, semoga menjadi insan yang baik, semoga menjadi hamba Allah yang baik... Insyaallah...





Nota kaki :  Camishaper ready stock still ada.. Dah makin kurang..Insyaallah nak bukak preorder lagi..Sesiapa nak cepat, boleh whatsapp 0193613164..Bayar harini esok terus pos..Oh ye.Saiz S dah habis ya.. Kalau nak saiz S, boleh booking untuk Preorder terus..Hee.

Nota kaki 2 : PROMO EPHYRA untuk bulan ni, FREE T SHIRT! Order cepat-cepat ya sementara stock masih ada.. ^_^

3 comments:

  1. hafiy pon suke makan carrot rebus camtu. Nanny die ajar. harap mak die mmg x sempat la =p
    good job aisyah, senang nak bawak jalan pasni, x susah nak pikir bwk mknn die.

    ReplyDelete
  2. Good job mak aisyah...jiayou aisyah..hihi..tgk aisyah makan, terbayang mak aisyah..kikiki..

    ReplyDelete
  3. Wah...dh boleh jalan syayang makngah ni...ok..terus berusaha!!

    Nota kaki.. emmmpphhh..siapalah ABANG SEDARA TU YE????!!!

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails