Friday, March 14, 2014

Sekarang Baru Rindu..

Assalamualaikum..

Laptop dah hang.. Dah tak boleh nak on langsung.. Sekarang baru lah rindu rinduan nak menaip, nak menatap rupa blog aku ni secara besar dekat screen laptop.. Ni asyik tengok dekat handphone aje..Adeh..

Kepada sesiapa yang merindui diriku..eccehh.. Like la page FB aku tu atau pun instagram.. Memang banyak urusan jual beli je pun dalam tu tapi kadang2 aku selitkan jugak muka tokeinya..Haha. Tokei je lah ye.. Penasihat kedai belakang tabir je.. Haa.. dah tau jawatan aku sekarangkan? Kihkih..

Harini baru aku start nak rajin sikit buat iklan dekat FB dengan IG.. Aku takde semangat la.. Rasa sedih sangat bila fikir mana lah MH370 tu.. Walaupun takde sesiapa yang aku kenal dalam tu, tapi aku sangat2 terasa dengan kehilangan yang tiba2 ni.. Setiap kali doa, akan aku selitkan keselamatan untuk penumpang dan krew mh370 tu.. Dah lama culas solat hajat dan taubat, aku gagahkan dan paksa jugak diri aku untuk bangun dan doakan diorang.. Semoga Allah permudahkan  urusan mencari mh370.. Semoga apa sahaja kesudahannya, kita semua redha dan semoga Allah lindungi kita dari segala musibah.. Aku rasa betanggungjawab.. Mana tahu, dosa-dosa aku membuatkan Allah uji kita macamni.. Dan seharusnya aku bersyukur.. Bukan aku dan keluarga aku yang terlibat..

Tiada musibah yang akan berlaku tanpa izin Allah.. Atas izin Allah jugalah semua ini akan menemui jalan penyelesaian.. Semoga keluarga2 yang terlibat sentiasa di dalam keimanan kepada Allah..

Musibah ke atas orang lain, kadang2 membuka mata untuk menambahkan keimanan kita.. Atas izin Allah juga...

1 comment:

  1. Assalamualaikum nas, semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MAS mh370 dengan izin Allah Taala. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails