Thursday, March 27, 2014

Kisah Sarung Tangan

Assalamualaikum..

Dalam simpanan aku ni, ada la beberapa helai handsocks.. Boleh dikatakan jarang jugak la aku pakai..Sebab pertama, baju aku banyak yang bercerut dekat hujung lengan dan baju2 aku takde pun yang 3 suku lengannya..Sebab kedua,aku malas nak pakai..Haha.Macam baju kurung dan beberapa baju blouse yang dah singkat lengannya sebab pertambahan ketinggian badan (padahal tambah debab) memerlukan untuk aku pakai handsocks ... Macam2 alasan aku xnak pakai.. kadang2 tu ketat la.. lepas tu gatal2 la tangan aku bila pakai.. Tu yang selalu tak nak pakai tu.. Kalau rajin pun, pakai kejap je lepas tu tanggal..hehe

Haritu tiba-tiba, Shahril balik dari ofis, dia bagi satu bungkusan.. "Nah hadiah" kata dia.. Aku bukak-bukak, dia bagi handsocks rupanya..Hihi..Padahal selambak dah handsocks kat rumah ni.. Ok, saya paham... Nak suruh aku jangan ambik ringan aurat tang lengan la tu.. Bila aku bukak, Cantik jugak pilihan dia.Kain pun sedap..Kain cotton sejuk n tak melekap sangat dekat tangan.. Ke sebab hadiah dari suami tercinta, jadi best je handsocks tu? Haha. Bila best macamni, takde la alasan untuk taknak pakai..Hehe..

Ok, makanya.. Aku kene berubah menjadi orang yang lebih menjaga aurat.. Pernah ritu malas-malas jugak nak pakai, terus kena cubit halussssssss terus laju capai handsocks..Haha. Garang ok pakwe kite tu.. Oleh sebab doa aku sebelum kawen nak seorang suami yang boleh membentuk aku menjadi yang lebih baik.. Haruslah bersyukur bila suami kita melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang kita doakan.. Betul tak? ^_^


1 comment:

  1. Assalamualaikum nas.. alhamdullilah. prihatin sungguh suami awak. sheila ada beli handsock kat pasar malam, tapi jenis nipis sangat. terbaru ni pegi jalan kat GM Klang, tengok lawa2 handsock sana, tebal dan murah pula tu.... gaji ni memang nak ke situ lagi. beli handsock banyak2... alhamdullilah. sejak kawin, sheila mula pakai stokin dan handsock. shawl lilit2 dah semakin jarang pakai sebab selesa pakai tudung bawal.. sebenarnya, bila kita dah terbiasa dengan pendedahan begini, hati rasa seronok sangat. suami pun beri supportive. sheila doakan nas berubah ke arah kebaikan. in shaa Allah. istiqomah selalu ya. singgah menabung sharp sini ~~~

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails