Tuesday, March 4, 2014

Baby Girl Kedua Dalam 8d8

Assalamualaikum..

Kalau korang dah follow lama blog aku ni, korang akan tau n familiar dengan nama 8d8 ni.. Hehe.. Kepada new follower, Hai!!(sambil lambai-lambai konon femes) Haha. Ok, aku perasan je ni, budget hot mama..Hehe..

8d8 ni nama untuk grup aku kononnya.. Ada 8 orang la lebih kurang.. Geng-geng masa dekat Uitm Shah Alam dulu.. Geng sekepala.... Dalam geng-geng kitorang ni dah ada beberapa baby boy dah.. Tunggu punya tunggu manalah baby girlnya.. Akhirnya, lahir lah Aisyah baby girl pertama dalam 8d8..

Baby-baby selepas Aisyah yang lahir pun boy jugak.. Aisyah takde geng lagi.. Akhirnya, lahirlah lagi sorang baby girl setelah sekian lama menanti.. Aini dapat baby girl untuk anak kedua dia.. Yeay! Aisyah dah ada geng pakai tudung..Hehe..

Minggu lepas Aini ada buat akikah, kitorang pun pergi lah sekaligus nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.. Nak berkumpul.. Lama tak pot pet pot pet.. Rindu nak buat bulatan, borak sambil makan sambil cerita, gelak sampai keluar air mata.. Rindunya zaman study!


Tangkap gambar dulu.. Kita nak pergi Klang! 



Inilah kawan aku Aini..Kecik molek je orangnya.. Anak dah dua.. Dapat sepasang.. Tahniah Aini! Best2.. ^_^


Dhia Amanda Safiyya.. Nama baby ni.. Panggil Baby Safiyya.. ^_^


Aisyah eksaited nampak baby.. Macam dia dah besar sangat..hehe.. 


Antara rakan selepak yang hadir..


Anak Ruby, baby Solah... 


Aisyah dah geram dah tu...


Nampak????? Aisyah menunjukkan ciri-ciri akak kawasan dia.. Haha. Dah besar nanti, tunjuk gambar ni kompem tersipu sipu malu..Haha




Bagi Aisyah ralik main paper beg tu sambil aku borak dengan geng-geng aku.. Tak sampai seminit aku pusing dia tengah ramas kek coklat door gift yang ada dalam paper beg tu..Melompat aku cari sinki..Haha



 Balik tu singgah Tesco Shah Alam kejap.. Nak pergi beli barang dapur..Eh, kenapa aku bagitau? Saje je nak share gambar-gambar ni..Hihi...




Ok, tu je...Aih..Makan masa pulak nak tulis blog sekarang ni.. Akan ku usahakan lebih rajin lepas ni..




3 comments:

  1. Assalamualaikum nas. alhamdullilah. comelnya baby girl tu.. btw rocker yang baby duduk tu cutelah. mana beli ekk.. biasa nampak fisher rocker yang hijau/biru tu je.. hehehe ~~~

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

    Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails