Tuesday, March 11, 2014

Aisyah 10 bulan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..3hb haritu Aisyah dah 10 bulan... Gigi dah ada 4 atas 2 bawah... Dah makin kuat menggigit.. Gulp..

Ada masa-masa rajin nak salam.. Cara dia salam, pegang tangan kita lepas tu rapatkan ke mulut.. Lepas tu gigit tangan kita kuat-kuat.. Pastu dia gelak.. Hamboi.. Pandai betul nak kena kan kita..Haha

Asyik nak berjalan aje.. Jalan pegang2.. Tak boleh jalan sendiri lagi.. Hobi Aisyah sekarang asyik la mencangkung lepastu berdiri lepastu mencangkung balik.. Dekat  tengah2 hall yang dia tak payah pegang apa2..Berani kan budak kecik? Lepastu terhempas jatuh..Rilek je tak nangis.. Kita yang seriau..

Makanan kegemaran Aisyah sayur.. Carrot, brokoli, bayam.. Roti pun dia suka jugak.. Ha! Telur pun dia suka.. Ayam goreng pun laju je dia makan.. Tapi aku perasan dia kurang sikit makan nasik.. Nak bagi dia bubur? Harapan je la.. Buat penat je masak..

Haa.. Lagi satu.. Aisyah ada pinky bear.. Kalau kita tanya mana mata? Mana hidung? Dia terus cari pinky bear dia lepastu tunjuk hidung dengan mata pinky bear dia tu.. ^_^ Tengok lah gamba aisyah tengah comot tu eh.. Mood dia nak belajar bila baru bangun tido.. Tak mandi, terus ajar time tu dia rajin..Hehe..

Ok, tengok gambar eh.. Aku update dekat hp.. Laptop dah seminggu buat hal..Huhu.. Ok jumpa lagi! ^_^

1 comment:

  1. Assalamualaikum awak. besar dah Aisyah. hehee sheila singgah dan klik tabung nuff Aisyah ye nas ~~~

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails