Tuesday, February 4, 2014

Suri Permai Spa, Setapak Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Isnin lepas hari lahir aku kan? Aku duk tunggu-tunggu lah hadiah hari lahir aku daripada Shahril.. Diam ajo.. Selalunya adalah kejutan-kejutan bila bangun pagi ada hadiah atas katil.. Tapi ni nan hado... Akhirnya Shahril bukak mulut.. Dia kata " Sebenarnya saya nak hadiahkan awak pergi SPA.. Tapi saya call-call asyik takde orang angkat.. Ingat nak buat surprise.. Nah amek no ni awak call sendiri.."  Haha! Nak tergelak campur terkejut campur hip hip hureyy! \0/

Aku tanya dekat dia.. Kenapa nak Spa ni jugak.. Punyalah banyak spa dekat KL ni.. Kenapa Spa ni jugak yang dia nak.. Dia kata sebab Spa ni spa muslimah..Ada sediakan macam-macam.. Dari mengurut, meni pedi, sauna, hydrobathing, gunting rambut, cuci rambut, facial.. Semua adalah.. Complete katanya.. Hamboi.. Kemain lagi dia survey.. Kiranya ni spa and salun lah kan? Fuhh.. Aku teruja...

Aku try je call, sekali je percubaan dah ada orang angkat.. Ehh.. Nape Shahril kata dia susah sangat nak call? Emm.. Tanda tanya di situ.. Jadi, aku pun buat appointment hari jumaat pukul 3 ptg.. Tapi, last-last aku fikir baik aku buat time Shahril pergi solat jumaat.. Senang sikit mak aku akan jaga Aisyah sambil jalan-jalan dekat JJ.. Aku pun try la call spa tu.. Memang susah gila nak call.. 2 hari percubaan baru orang angkat.. Adehh.. Baru paham perasaan Shahril.. Haha.

Jumaat tu aku pun pergi la..Aku ambik pakej aromathic massage, foot soak, full body scrub, eye pillow, gunting rambut cuci rambut.. RM 188 je! Baik tak aku? Ambik pakej murah je.. Padahal Shahril dah bagi duit lebih.. Ape lagi.. Cash tu aku ambik le.. Lalalala~ Boleh buat beli benda lain.. Hikhik..

Ok, jom tengok gambar...


Ini pintu masuk Spa ni..


Shahril tak boleh masuk.. Dia hantar aku sampai depan pintu je.. Memang strict jugak Spa ni..Bagus la kan... Terjamin aurat kita...





Ini dekat bahagian receptionist..Boleh je sebenanrnya nak bawak handphone masuk..Tapi aku nak menikmati saat-saat menenangkan itu, aku simpan handphone dalam loker.. Sekali, bila dah setel semua.. Berpuluh miss call dari mak aku.. Suruh balik cepat Aisyah nak nenen.. Haha! Alaaa... Baru nak mencantekkan diri.. Hihi..

Antara pakej yang aku berminat, pakej urut ibu mengandung.. Dulu aku pergi urut dekat kawan aku dekat Shah Alam.. Kalau lah aku tau ada dekat sini je.. Mungkin aku akan try sini.. Boleh suggest dekat kakak aku.. Bagi badan rasa sedap-sedap sikit lepas urut.. ^_^


Masa aku pergi tu aku tanyalah kenapa aku try call takde orang angkat.. Rupa-rupanya diorang tengah busy.. Tak dapat nak angkat telefon.. Ooooo.. Jadi, kalau korang try call tak angkat, sila cuba jaya ye.. Cuba sampai dapat.. Hihi..

Banyak lagi tau pakej yang menarik.. Boleh terjah website diorang Suri Permai Spa.  Memang aku highly recommended Spa ni dekat korang.. Sebab Spa yang mementingkan aurat kita ni sangatlah susah nak dicari.. Salun rambut pun.. Apa salahnya disamping kita nak menjaga aurat kita, kita support sesama islam kita dalam membuat perniagaan.. Mungkin mahal sikit kalau kita nak ambik ala carte..Contohnya gunting rambut dan cuci rambut sahaja dah RM50.. Tapi mengeluarkan duit yang besar jumlah dia dengan niat menjaga aurat insyaallah Allah pulangkan balik berganda-ganda.. ^_^

Nah ni alamat dia...

Suri Permai Spa
17-3 Platinum Walk,
Jalan Langkawi Setapak,
 53300 Kuala Lumpur,
Federal Territory of Kuala Lumpur,
No tel :  03-4143 1070



nota kaki : Aurat kita dengan perempuan bukan islam kan sama dengan aurat dengan lelaki.. ^_^


2 comments:

  1. Assalamualaikum nas, wahh bestnya dapat pergi spa muslimah. in shaa Allah ada rezeki lebih sheila datang sini juga nanti. hehe. dah lama tak gunting rambut. heeheheee

    ReplyDelete
  2. Memang best sbb saya slalu g situ

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails