Wednesday, February 5, 2014

Menanti Limpahan Rezeki Dari Allah

Assalamualaikum...

Pernah tak terfikir.. Kenapa Nabi bersabda bahawasanya 9/10 rezeki datang daripada perniagaan? Nabi Muhammad s.a.w sendiri merupakan ahli perniagaan yang hebat..Pasti ada banyak rahsia dan hikmah dalam menjadi ahli perniagaan ni kan..?

Aku memilih untuk berniaga walaupun aku mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi Jurutera..Aku memilih untuk menjadi suri rumah untuk berniaga.. Kenapa? Mungkin kerana minat dan mungkin juga sebab aku terlalu sukakan perasaan bergantung harap kepada Allah yang dapat aku rasakan semasa aku berniaga...Aku bergantung harap dengan Allah 100% untuk mendapatkan rezeki aku setiap hari..

Aku berniaga secara online.. Banyak yang aku niagakan.. Wideshawl, produk kecantikan dan kesihatan Ephyra, Camishaper, dan macam-macam lagi.. Pada aku, yang mana akan mendatangkan hasil, itulah yang akan aku jual... Berniaga secara online, kita tak tahu siapa pembeli kita.. Kita berniaga dan membuat pengiklanan secara cuba jaya dan tak tahu dimana target market kita berada.. Ketika inilah Allah yang akan membantu kita..

Alhamdulillah.. Sehingga ke hari ini, pasti akan ada jualan untuk mana-mana produk yang aku niagakan setiap hari.. Setiap pagi, aku akan memastikan aku solat sunat dhuha.. Solat sunat yang membuka pintu-pintu rezeki buat aku.. Aku berdoa setiap pagi, agar Allah membukakan hati sesiapa sahaja untuk berminat dengan barang yang aku niagakan.. Setiap kali ada mesej masuk untuk membuat tempahan, mesti aku rasa sebak sebab aku yakin, tiada siapa yang menggerakkan hati mereka untuk membeli dari aku, selain daripada kuasa Allah.. Aku sukakan perasaan ni.. Aku sukakan perasaan bergantung harap ni...

Sebab itu aku lebih suka berniaga berbanding menunggu gaji setiap hujung bulan dan aku lalai melakukan tugasan yang di amanahkan... Aku bimbang.. Aku mudah terleka...

Kadang-kadang, bila ada waktu aku goyah untuk meneruskan cita-cita aku untuk menjadi ahli perniagaan, aku baca berulang-ulang ayat Seribu Dinar.. Makna ayat ni sangat mendalam dan sangat berkesan di hati aku.. Ayat Allah yang memberi kekuatan untuk aku... Janji Allah untuk hamba-hambaNya..


Allah akan memberikan kita rezeki yang tidak disangka-sangka.. Seharusnya kita berusaha sehabis daya dan bertawakal kepada Allah.. Nescaya Allah akan mencukupkan rezeki untuk kita.. Allahuakbar.. Terus semangat untuk berniaga berkobar-kobar.. Hehe..

Haritu dalam Facebook Saiful Nang ada share tentang satu Talk Show bertajuk Limpahan Rezeki..Talk show ni menampilkan penceramah yang sangat berkaliber dan mempunyai ilmu yang tinggi di dalam membicarakan topik ni iaitu :-

1. TAN SRI ALI HASHIM
2. DR MAZA
3. SAIFUL NANG
4. USTAZ SYAARI



Butiran program :

Tempat : Dewan Sri Sarjana,
UNITEN Bangi, Selangor
Tarikh : 1 Mac 2014
Masa : 9am hingga 5.30pm

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi nombor 014-779 7773 atau 014-781 1114. UNTUK PENDAFTARAN ANDA BOLEH MELAYARI www.jootawanjannah.com SEBELUM TERLAMBAT!


Aku sangat teruja nak join.. Insyaallah kalau ada kelapangan boleh pergi untuk menambah ilmu..Jom pergi ramai-ramai.. Semoga ada banyak manfaat yang kita perolehi daripada Talk Show ni.. Jika diizinkan Allah.. ^_^


3 comments:

  1. Assalamualaikum nas, alhamdullilah. best dapat berniaga sendiri. sheila teringin nak berniaga juga. in shaa Allah, ada rezeki lebih buka bisnes sendiri.

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails