Friday, February 21, 2014

Klinik Kanak-Kanak Ong, Ampang Point..

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas Aisyah demam lagi.. Kali ni naik sampai 38.9 darjah.. Ya Allah.. Bedebar betul aku.. Tak selsema n tak batuk pun.. Demam panas je.. Malam kedua tu, aku tido nak dekat pukul 2 sebab nak makesure badan dia selalu under control panas dia.. Aku tak sedar aku tertidur.. Aisyah kejutkan aku tolak-tolak aku.. Aku tengok jam pukul 3 pagi.. Aku rasa badan dia.. Panas macam api!! Melompat aku! Terus aku balut dengan kain basah terus bagi makan ubat demam.. Memang dah fikir nak bawak pergi hospital dah.. Tapi aku still cuba redakan panas dia tu dulu.. Alhamdulillah.. Turun sampai 37 darjah..

Pagi tu Shahril ambik cuti terus decide nak bawak pergi Klinik Dr Ong dekat Ampang.. Yang aku ada share dalam entry sebelum ni.. Dr tu cek tekak Aisyah merah maybe berjangkit demam dengan orang yang tengah demam dan sakit tekak.. Emmmmmmmm... Sape lagi.. Adik aku la.. Memang dia tengah demam n sakit tekak.. Keje nya asyik cium Aisyah aje demam-demam pun.. Podah cit..

Aku buat entry ni sebab nak tepek gambar jadual klinik ni bukak..Haha. Senang esok-esok aku bukak je entry ni nak tengok bila klinik ni bukak atau tutup.. Disamping share dengan orang lain jugak..Hehe..





Demam pun, kemain lagi gayanya bila tau nak ambik gambar..


Klinik ni dah lama.. Dari adik aku baby lagi memang kalau apa-apa hal, memang mak aku bawak adik aku pergi klinik ni.. Sekarang Dr. ni dah tua dah dulu muda belia je mak aku kata..Memang banyak pengalaman.. Sangat baik.. Suka bagitau satu-satu apa masalah baby and macamane penjagaan yang sepatutnya.. Dia taknak bagi aku ubat bontot. Dia kata taknak biasakan aku bagi..Elok lagi bagi ubat makan dia kata.. Kalau ubat bontot memang cepat kesan dia.. Ubat makan slow sikit.. Tapi biar lambat daripada bagi ubat dose tinggi katanya... Oleh sebab masa jumpa Dr. tu demam Aisyah 38.9 darjah balik, dia masukkan separuh ubat bontot dekat Aisyah.. Dia masukkan sebab dia nampak aku cuak..Haha. Baik dia..siap ajar lagi.. Dia kata mana la tau kalau-kalau aku nak beli sendiri ke nanti tapi dia memang taknak bagi..Kuikui.. Dia sapu veselin dulu dekat bontot Aisyah sebelum masukkan ubat tu...Katanya taknak bagi sakit.. Oooooo.. Baru tau... 

Dr. bagi ubat antibiotik untuk sakit tekak dengan ubat demam.. Keluar je bilik Dr, aku terus bagi Aisyah makan dekat situ jugak.. Antibiotik je.. Ubat demam takpayah lagi sebab Dr. dah masukkan ubatkan.. Wangi ubat antibiotik dia.. Bau strawberi.. Walaupun Aisyah nangis meraung bila bagi makan ubat tu, tapi dia telan habis.. Tak buang pun.. Sedap kot.. Aku tak puas hati, aku rasa sikit.. Haah.. Manis, rasa strawberi.. Haha. Patut la Aisyah telan aje.. Kalau sebelum ni siap muntah-muntah..

Alhamdulillah.. Lepas dua hari, Aisyah sihat.. Tapi keluar bintik-bintik dekat muka dengan dada dia.. Mak aku cakap macam campak.. Mak aku bawak sebijik kelapa muda.. Bagi Aisyah minum sesudu.. Selebihnya aku minum.. Beza tak nisbah dia?Hehe... Aku minum bagi jadi susu,nanti Aisyah dapatlah zat-zat dia Insyaallah.. Esok nya muka dah ok, keluar dekat kaki pulak.. Esok nya dah hilang terus..Alhamdulillah... ^_^


Ok, itu sahaja kisahnya.. Lama tak cerita pasal Aisyah yang sibuk mengemas sekarang nih.. Habis barang-barang dia keluarkan..Suara punyalah gamat kuatnya.. Dah pandai nyanyi-nyanyi.. Dia kan suka suara budak-budak.. Kalau aku pasang lagu-lagu daripada Voices of Ummi, kemain lagi gelak-gelak sambil nyanyi.. Insyaallah Aisyah cepat hafal maksud Al Fatihah ye sayang mak.. ^_^

********************************

Ok, nak cerita pasal Camishaper..



Aku ada ambik preoder sebelum ni dan aku ada ambik lebih untuk ready stock.. Sesiapa yang berminat, boleh order. Harini bayar, aku terus pos esoknya.. 

Saiz sangat Limited.. Saiz L dah habis.. 
Saiz S 2 helai
Saiz M  2 helai
Saiz XL sehelai,
Saiz XXL dua helai..

Kalau nak cepat, order cepat-cepat ye.. Kalau tak, tunggu aku open untuk preoder lagi.. Kualiti tahap A+++ Memang best.. Takkan menyesal punya.. ^_^

Harga tengah Promo.. 
RM35 sehelai
RM68 dua helai..

Harga tak masuk postage..Postage RM6 sahaja..

Apa-apa whatsapp aku ye..

019-3613164
NAS




CAMI SHAPER BY GENIE

PAKAIAN 3 DALAM 1. SHAPER + CAMISOLE + GENIE BRA! 
SALAH SATU PRODUK GENIE YANG MENJAMIN KESELESAAN UNTUK SEMUA WANITA..

✖ Sangat SELESA dipakai sepanjang 8 jam di pejabat/di rumah.
✖ Membantu MERAMPINGKAN PINGGANG DAN PERUT
✖ Memberikan POSTUR TUBUH YANG BETUL
✖ Sesuai dipakai sepanjang hari walaupun ketika TIDUR.
✖ Sangat SELESA dipakai,terasa NYAMAN dan TIDAK MENGGANGGU AKTIVITI SEHARIAN.
✖ Penggunaan setiap masa akan membuatkan anda KELIHATAN LANGSING DAN RAMPING.
✖ BERJAYA mengempiskan perut perut shingga 2cm dlm masa 7 hari.
✖ DIJAMIN HARGA TERENDAH dipasaran.
✖ Apa tunggu lagi? BUAT KEPUTUSAN SEKARANG

3 comments:

  1. salam..dtg dr segmen http://syiralokman.blogspot.com/2014/02/give-away-birthday-akiff.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nas, semoga Aisyah cepat sembuh. tengok muka dia tak bermaya pun. kesiannya

    ReplyDelete
  3. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails