Sunday, January 5, 2014

Review Ephyra : Selepas 10 Hari..

Assalamualaikum...

Sekejap je kan? Rasa baru je melompat-lompat happy parcel Ephyra sampai..Ni dah nak update testimoni selepas 10 hari pulak dah..Cepatnya masa berjalankan...

Ok, aku nak cerita untuk hari pertama aku minum Ephyra ni.. Aku minum sebelum sarapan.. Aku sarapan awal.. Pukul 7 pagi.. Macam nak pergi kerja je kan? Haha. Jadi, aku minum Ephyra ni awal pagi la.. Dalam pukul 6 ke 6.30 macamtu..Eksaited sangaaatttt...Kihkih.. Ok, apa yang aku perasan.. Lepas je aku sarapan, makan tengahari dan dinner, lepas makan je mesti aku nak ke toilet terus.. Membuang balik segala yang aku makan tu.. Ahkak agak hip hip hurey di situ.. Sebab ini menunjukkan kadar metabolisma aku dah tinggi..Sistem pencernaan agak baik di situ.. Selalunya makan lah aku banyak mana pun.. Tunggulah pagi esok nak membuangnya.. Bila perut penuh, tu yang badan macam cepat letih dan asyik nak membaringkan diri je.. Betul tak? Selama aku makan Ephyra ni terasa ringan sikit badan.. Takla macam ular sawa kekenyangan..Hehe..

Dalam 10 hari ni jugak aku sangat berpuas hati dengan Ephyra ni sebagai milk booster aku.. Aku tak dapat nak tunjukkan perbezaan secara berapa banyak aku pam sebab aku direct breastfeed Aisyah. Cuma apa yang aku boleh bagitau, terasa susu penuh sampai ke petang.. Selalunya, tengahari dah terasa kosong sebab Aisyah agak kuat jugak menyusu dan aku kenalah minum Horlick untuk menambahkan susu dibadan ni ha.. Sebelum ni memang aku jadikan Horlick sebagai milk booster aku.. Jadi, bila dah ada Ephyra ni, aku minum Ephyra awal pagi dan Horlick waktu sarapan..Sangat-sangat boleh membuatkan Aisyah kenyang seharian..Haha.Isshh.. Puas hati sangatlah.. Tak tau nak cakap macamane..^_^

Haaa.. Lupa nak cakap.. Aku cepat lapar kalau tiba masa yang Aisyah kuaaatttt sangat nak menyusu dalam satu-satu masa tu.. Alhamdulillah lepas aku consume Ephyra ni, tahap kelaparan tu tak melampau sangat macam sebelum ni..Kalau sebelum ni, kalau lambat je sikit aku makan, aku pening, jalan pun terhuyung hayang.. Huhu.. Sadiskan? Macam tak makan seharian..

Takde gambar lah nak share dekat korang untuk entry ni...Emm.. Untuk muka, aku belum nampak lagi perbezaan yang ketara sangat..Maybe sebab nak menghilangkan lopak-lopak di wajah ku ini mengambil masa yang lama. Haha! Cuma, apa yang aku perasan... Ada satu jerawat nak tumbuh betul-betul dekat atas bibir hampir dengan hidung. SAKIT GILE!! Tapi... Ehhh.. Tiba-tiba kecut dengan sendirinya.. Aku tak letak apa-apa krim pun.. Selalunya aku tepek jugak OXY10.. Ni tiba-tiba kecut sendiri.. Hip hip hurey \0/
Mungkin keberkesanaan dari Ephyra...Hihi..

Ok.. Itu je dulu Review aku untuk Ephyra ni.. Insyaallah nanti aku share lagi ye.. ^_^


4 comments:

  1. wuuuu titew bau jew start minummm ehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nas. huwaaa lama tak jejak sini. nas sihat ke? bestnya.. sheila pun ingat nak minum ephyra lepas masuk 3rd trimester. hehehe.

    ReplyDelete
  3. saya dah nak masuk kotak ke-5..memang best dan puas hati

    ReplyDelete
  4. Hi all!
    Berminat nak mencuba Ephyra?

    Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) dan dapatkan FREE Body Shop shower cream 250ml / body butter 50ml!

    Seriously, grab this GREAT deal! Sementara stock masih ada!

    Yours truly,
    Izza (Pengedar Sah Ephyra)
    0192198619
    izza_grrl@hotmail.com

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails