Monday, January 27, 2014

Nasrina Dah 3 Series..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Di panjangkan usia ke umur 30 tahun.. Alhamdulillah..Diberikan rezeki yang melimpah ruah dari segi kasih sayang.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...





Kesayangan-kesayangan aku yang sentiasa bersama-sama dengan aku tak kira susah dan senang... Alhamdulillah mereka jugak Allah berikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik..

Alhamdulillah dipinjamkan kepada aku seorang puteri yang sangat sihat, lincah dan bijak.. Insyaallah dipermudahkan Allah dalam membesarkannya dan cita-cita aku untuk dia menjadi pejuang agama Allah termakbul.. Insyaallah...




Alhamdulillah.. Dipertemukan dengan produk yang amat serasi dengan aku.. Iaitu Ephyra.. Alhamdulillah.. Boleh dikatakan supplement yang lengkap untuk aku... Untuk kecantikan dalam dan luaran.. Semuanya dengan kehendak Allah aku dipertemukan dengan produk ni... ^_^


Ok.. Antara matlamat yang aku nak cuba kejar dan praktikkan dalam kehidupan seharian aku :-

  1. Memastikan dalam sehari sekurang-kurangnya SATU SOLAT SUNAT dan SATU HELAI membaca Al-Quran dan MESTI membaca Al Mathurat setiap hari..
  2. Cuba untuk menjaga aurat sebaik mungkin...
  3. Menjaga keluarga aku sebaik mungkin.. Berusaha membahagiakan keluarga aku dari segi masa, tenaga, kasih sayang dan kewangan insyaallah.. (Ini di antara usaha memantapkan kekuatan hati, fizikal dan kewangan)
  4. Menjaga alam sekitar.. Akan cuba mempraktikkannya dari dalam rumah dan aktiviti seharian..Antaranya pengurangkan penggunaan plastik..
  5. Menjaga penampilan diri.. Untuk suami dan kepuasan diri sendiri.. 
  6.  Menjaga kesihatan.. Sekurang-kurangnya bersukan sekali seminggu..
  7. Kurus! 5 kilo je pun nak turunkan untuk berat sebelum mengandung.. Tu pun liat sangat.. Huhu..
  8. Memberikan komitmen sepenuhnya dalam perniagaan.. 
  9. Menjadi suri rumah yang berjaya menjaga rumah, suami dan anak..Menjadi seorang yang tersusun jadual hidupnya...
  10. Menambahkan ilmu kekeluargaan dan perniagaan.. Tak kira dari segi pembacaan, melalui tv atau pergi ke kelas..
Ok.. Sebelum ni banyak yang berlegar dekat fikiran.. Tapi tak dicatatkan.. Lupa.. Sebab tulah kena catatkan? Bak kata Dr. Azizan Othman.. Matlamat yang dicatat mempunyai potesi untuk lebih mudah dicapai berbanding matlamat yang hanya ditulis dalam kepala.. Berlegar-legar akhirnya hilang... Huhu..

Ok.. Insyaallah.. Aku akan cuba mencapai cita-cita aku ni.. Aku akan walk the talk.. Bukan hanya talk the talk.. Eiiccehh... Dan mungkin dari masa ke semasa list ni akan bertambah.. ^_^


nota kaki : Semoga aku dimatikan dalam keadaan yang beriman... 




1 comment:

  1. Assalamualaikum nas, alhamdullilah syukur. selamat hari lahir nas. semoga sihat selalu, sukses dalam hidup dan berbahagia bersama keluarga. in shaa Allah. sheila doakan nas boleh capai segala target yang nas inginkan >_______<

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails