Friday, January 17, 2014

Jom Kitar Semula!

Assalamualaikum...

Dah lama aku nak bercerita pasal aktiviti kitar semula ni tapi asyik la tak tershare.. Ok, ni dah ada gambar, marilah kita share cerita ni..Hehe..

Semenjak aku kahwin ni, famili Shahril memang suka kumpul barangan terpakai yang boleh dikitar semula.. Plastik, besi dan kertas memang kitorang takkan buang.. Setiap 3 minggu sekali atau bila-bila rasa barangan terpakai ni dah banyak, memang terus hantar dekat pusat pengumpulan barangan terpakai..



Gambar ni aku amek 2 minggu lepas kalau tak silap.. Pusat Kitar Semula ni pun dekat je dengan area rumah aku. Dekat Danau Kota. Masa mula-mula kahwin dulu, aku agak tak biasa jugak dengan aktiviti ni.. Laju je buang bekas-bekas plastik lepas minum.. Aku ni memang pembeli setia air mineral..Jadi, memang banyak lah botol-botol air ineral tu kalau kumpulkan..Hehe.. Lama-lama aku dah terbiasa dah kumpul.. Lepas minum, aku tak buang terus dalam tong sampah.. Bawak balik and kumpul..

Dulu sebelum kahwin aku pernah baca dalam majalah Solusi.. Tak ingat ustaz mana.. Dia ajak kita semua amalkan aktiviti recycle ni.. Galakkan famili kita jaga alam sekitar.. Disamping tambah-tambah duit poket.. Walaupun sikit, duit tetap ada nilainya.. Tapi masa tu duk simpan dalam hati je lah.. Cita-cita tu ada tapi tak terbuat.. Alhamdulillah.. Cita-cita kesampaian.. ^_^

Mak dengan ayah aku pun sekarang ni dah terbiasa dah kalau ada bekas-bekas kosong bagi dekat aku.. Kalau taknak bagi dekat aku pun, aku suruh ayah aku hantar dekat pusat kitar semula yang terdekat dekat Ampang tu.. Bukan apa.. Bila kita ada ilmu sikit-sikit tentang penjagaan alam sekitar, apa salahnya kita praktikkan kan? Moga-moga kita tinggalkan alam yang sihat untuk generasi akan datang.. ^_^

Banyak kebaikan kitar semula ni..Nah baca dekat sini... Tolong baca ye.. Plisss.. Artikel dari Wardina.. ^_^ Aku macam biasa lah.. Nak buat ayat tak reti ngat.. Hihi...

Oh ya, aku dah daftar jadi ahli untuk WWF.. Boleh kumpul barang Panda yang comel.. Hihi...Jom daftar jugak jom.. ^_^v

Okei.. Jom kitar Semula! \0/

Semoga ada rahmat Allah dalam setiap perbuatan kita sebagai pemegang amanah Allah di muka bumi ni.. ^_^


Nak daftar untuk WWF tu klik SINI ye.. ^_^


p/s  Alhamdulillah...Sedang dalam usaha untuk Recycle.. Akan datang akan berusaha untuk Reduce dan Reuse pulak.. ^_^


6 comments:

  1. Itu adalah ayah aku...klu tgk kt blkg rumah, mmg dia da asingkan bekas untuk plastik, tin, kaca....kertas surat khabar/majalah x yah ckp la..mmg dr aku kecik lg...sampaikn cina yg beli paper lama, botol2 kaca, tin terpakai tu dah aim dah. Tiap kali dtg area situ mesti stop kt rumah ayah..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene teruskan usaha ayah ko tu li.. nanti bersambung ke cucu cicit insyaallah..hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum nas, bagusnya korang berdua. in shaa Allah sheila nak juga support go green :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.. Jom! Go Green! ^_^

      Delete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails