Thursday, January 30, 2014

Fuuhh.. Nasib Baik..

Assalamualaikum..

Semalam aku dengan family aku pergi shopping dekat satu shopping complex ni.. Oleh sebab nak cepat, banyak lagi tempat lain nak pergi, aku dengan adik aku je yang turun.. Mak dengan ayah aku jagakan Aisyah dalam kereta.. 

Aku dengan adik aku pun cepat-cepat je lah beli barang.. Pilih barang cepat, bayar, lepas tu terus pergi dekat kereta.. Ehhh.. tak jugak.. Ada jugak usha 4 5 buah kedai cari barang-barang yang menarik untuk dibeli.. kira setengah jam jugaklah..Haha.

Dah sampai dekat kereta, ayah aku tanya dah bayar tiket ke sebab awal-awal tadi ayah aku dah siap-siap bagi tiket dekat aku suruh bayar.. Aku kata belum sambil seluk-seluk poket.. Ekk!! Hilang!! Wuwuwuwwwww.. Mana pulak tercicir ni.. Dah terbayang dah dari harga parking yang sepatutnya RM2 tu dah boleh jadi RM20 sebab kena bayar denda... 

Habis dah segala poket aku cari dengan harapan jumpa lah tiket tu.. Namun kehampaan yang jumpa.. Aku pun decide nak patah balik pegi kedai-kedai yang aku pergi tadi..Huhu... 

Sambil baca-baca doa mengharapkan jumpa lah tiket tu.. Aku terus pergi dekat kedai yang aku beli barang mula-mula tu.. Aku cari dekat lantai takde.. tiba-tiba aku terpandang macam ada satu kertas empat segi tepat terselit dekat salah satu barang yang dia jual.. Eh tu macam tiket.. Kata ku didalam hati.. Aku ambek, aku tengok tarikh n jam masuk.. Eh sama dengan time aku masuk tadi.. Masa tu orang yang jaga kedai tu datang.. Oh.. Akak punya eh? tercicir tadi dekat lantai.. Wuwuwuwww.. Aku macam nak lompat bintang dkt situ jugak..

Alhamdulillah.. Lega sangat... Tak membazir duit macamtu je sebab kelalaian sendiri.. Hihi... 



Nota kaki : Tengah menaip ni.. Aisyah duk bz mengemas almari sebelah aku ni.. Habis di keluarkan semua barang... T_T

2 comments:

  1. Assalamualaikum nas, nasib baik nas patah balik kat kedai tu. selamat ringgit malaysia. hehee

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails