Monday, January 20, 2014

Beriadah Di Taman Tasik Titiwangsa...

Assalamualaikum..

Ini cerita hari Ahad.. Dah lama dah bercita-cita nak pergi jogging dekat taman hari Sabtu atau Ahad.. Dulu-dulu terbayang je nak joging dekat taman sambil tolak stroller anak.. Omputeh sangatkan? Selagi takdek stroller untuk ditolak, selagi tu taknak jogging.. Alasan si gemok..Haha!

Lama dah plan dengan Shahril nak pergi jogging.. Tapi selalu je tak jadi..Sebab selalunya dekat rumah aku ni lepas je solat subuh, terus sediakan sarapan.. Lepas tu sarapan, lepas tu pergi pasar terus..Kali ni aku nekad.. Aku nak jugak.Sampai bilakan? Tak boleh tak boleh.. Mari kita ubah aktiviti pagi kita...Pagi-pagi lagi aku dah semangat.. Aku bangun terus buat sandwich simple..Janji ada je.. Aku bungkus..Last-last tak makan pun..Balik jogging baru makan..Buat standby kalau lapar je.Hehe..

Macam biasa Aisyah pukul 5.30 pagi tu memang dia dah bangun.. Dah main-main.. Tak payah mandi, jommm! Hehe.. Haaiippp.. Mesti la tukar pampers dia dulu, cuci muka, pakai kan topi.. Selalunya laju je dia tarik topi dia bila aku pakaikan.. Ni elok pulak dia diam.. Semangat nak jogging la tu...Hehe.. Dalam pukul 7.20 macamtu kitorang pun keluar.. 


Pergi jogging dekat Taman Tasik Titiwangsa.. Dalam 10 minit macamtu je dari rumah aku ni.. Dengan jalan tak jem nya.. Wiieehhuu.. Seronok betul..^_^ 


Pukul 7.30 kitorang sampai tu, dah penuh dah parking.. Orang pun dah ramai.. Pukul berapa lah diorang sampai agaknya kan? Budak-budak pun ramai.. Enjoy je lari sana sini.. Aisyah nampak budak-budak ramai.. Kemain riuh lagi dia..


Cantikkan? Ni first time ni aku jogging sini.. Aku dah terfuuyyyoooo! Tinggi nya air pancut! Haha! Kems sangat... =p



Tengok lah Aisyah.. Dah pandai tunjuk-tunjuk dah.. Asyik lah tunjuk dekat air pancut tu... Sama kagum macam mak dia.. Kihkih



Mata dekat situ je tak nak lepas..Kalau ada burung terbang tunjuk burung pulak.. Ada budak-budak lari tunjuk budak-budak pulak.. Macam nak join lari sekali.. 


Dah pusing satu round... Ni Aisyah dah malas nak tunjuk-tunjuk.. Ngantuk dah la tu.. Haha! Asyik duduk senget macamtu je.. Kita nak betul pun dia tak bagi.. Pastu cuba nak capai tayar stroller tu..Tersenget-senget badan.. Haha.


Ehh!! Dah kosong dah stroller die.. Mana Aisyah?


Ni ha dia.. Taknak duduk dah dalam stroller.. Muka pun taknak senyum dah..Layu je muka.. Meh mak dukung.. Bagi lemak-lemak dekat badan ni cepat sikit pecah.. Hehe..


Halololoo...Terlepek dah dia tuuu... Memang dah ngantuk sangat dah...


Taadddaaa!! Akhirnya... Hehe.. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, cuaca pun redup aje.. Laju la dia tido sambil kita berjalan.. Dapatlah mak dengan abah mengeluarkan kalori selama 45 minit... Hehe.. Ok lahkan? Selalunya weekend pergi pasar kali ni tukar aktiviti pulak.. Hihi...

Insyaallah nak jadikan aktiviti ni aktiviti weekend kitorang kalau takde aktiviti lain yang lagi penting.. Paling lama pun sejam je.. Kitorang sampai rumah dalam pukul 8.45 pagi.. Awal lagikan? Nak pergi pasar lepas tu pun boleh lagi..Hehe.. 

Jom beriadah!! ^_^



nota kaki : Gambar-gambar di atas adalah gambar bacin tanpa bedak dan lipstik.. Haha!




4 comments:

  1. Assalamualaikum nas, bestnya beriadah. babe, nak minta awak tukar link saya dekat bloglist tu. saya dah tak pakai domain. so awak tak dapat updated new entri saya nanti. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..Ya Allah..selama ni duk tunggu Sheila update.. Tertinggal kapal rupanya..huhu

      Delete
  2. tempat aku jogging every weekend =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. yeke ne? jumpa di sanaaaaaa... hihi

      Delete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails