Wednesday, December 4, 2013

Kerusi/meja makan Aisyah


Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam Aisyah dah 7 bulan.. Cepatnya masa berjalan... Maknanya dah 7 bulan jugaklah aku jadi full time housewife.. Sampai bila? Tak tau lagi..Hihi...

Alhamdulillah Aisyah sehat, membesar dengan baik di bawah jagaan Allah... 

Kelmarin keluar dengan atuk dengan neni sebab nak cari kerusi makan untuk Aisyah.. Senang sikit.. Dudukkan dia dekat kerusi tu, sambil suap makan takyah lah nak berpangku.. Most of the time aku tengok Aisyah lagi banyak makan kalau ada orang lain pangku dia makan dan aku suap berbanding kalau aku pangku dan aku suap.. Jadi, marilah belikan kerusi/meja makan untuk Aisyah supaya dia makan banyak..Hehe..


Eksaited tunggu atuk dengan neni datang sambil tengok tv..


Lama sangat sampai bosan macamni ha.. Haha!


Tak bawak stroller, jadi pinjam stroller dekat JJ Wangsa Maju tu.. Seronok betul Aisyah naik stroller tu.. Sebab laju kot.. Haha

Nak pilih kerusi ni kitorang suruh Aisyah duduk.. Nak tengok mana yang dia selesa.. Sebelum ni aku dengan Shahril dah pergi dekat Manjaku dah.. Banyak pilihan berbanding dekat JJ ni.. Tapi sebab yang kitorang nak tu ada jugak dekat JJ ni dengan harga yang sama pulak tu, baiklah beli dekat JJ... Dapat point.. Haha.



Muka berpikir nak pow yang mana.. Hehe

Sementara tunggu salesgirl pergi ambik stok yang baru, dudukkan Aisyah dekat walker yang ada dekat situ.. Saje-saje je.. Taknak beli pun.. Bagi Aisyah testing-testing aje.. =p



Masa nak bayar tu, berebut rebut dengan atok sape yang nak bayar.. Shahril dah awal-awal bagi duit dah.. Atok dengan neni semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pun diorang nak belikan kot... Akhirnya aku berjaya paksa atok dengan neni ambik duit separuh sebab alasan aku, "Jangan risau,mak dengan abah belikan barang-barang Aisyah yang nak dibeli lepas ni, banyak lagi list nih.." Terus diorang ambik duit.. Hahahaha. Senangkannn main ugut-ugutan.kehkeh..

Shahril balik kerja terus pasangkan kerusi/meja makan tu.. Oh ye aku beli ni brand Sweet Cherry harga dia RM159.. Boleh lipat dua.. Agak-agak taknak guna dah nanti, boleh lipat simpan dalam stor.. Hehe.. 

Bagi Aisyah makan.. Suka dia duduk situ.. Banyak jugak dia makan.. Lepas tu nak bagi dia ralik, aku bagi dia makan biskut coklat.. Dia suka makan! Ok, boleh beli lagi biskut coklat tu...^_^







Haha! Habis comot satu badan dah....








2 comments:

  1. adoiii...muke bosan tunggu tu sumpah kiut...
    cantek kerusi aisyah wane pink. aisyah berkenan ke emak ni???? hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails