Monday, December 23, 2013

Usaha Menghilangkan Selsema Aisyah

Assalamualaikum..

Macam dah lama je tak updatekan... Ini adalah kesan daripada si emak yang pertama kali menghadapi karenah anak yang demam dan selsema.. Yup.. Pertama kali.. Sebelum ni adalah jugak Aisyah macam selsema masa umur dia 5 ke 6 bulan haritu.. Mengalir je hingus dekat hidung die.. Tapi dia senyum-senyum je pandang kita macam takde masalah.. Jadi aku tak kelam kabut la time tu...

Tapi kali ni.. Ya Allah kesian sangat tengok dia... Layuuuu aje.. Angkat kepala sikit terlepek.. Belek-belek mainan sikit terlepek balik.. Badan dia panas masa dia bangun pagi Isnin dalam pukul 5.. Aku amek termometer check betul demam... 37.8 darjah celcius.. Aisyah tak merengek pun time tu tapi dia macam tak aktif.. Selalunya pukul 5 pagi tu dah sebok ajak main dah...Shahril amek cuti separuh hari haritu sebab nak bawak Aisyah pergi klinik.. Sebab makin nak pukul 7 tu makin panas badan dia..Lepas tu berhingus hidung dia.. Alhamdulillah, nasib baik Aisyah mudah terbersin.Lepas bersin nampak la dia lega sikit..


Pergi jumpa doktor, dapat ubat demam.. Doktor kata tak digalakkan bagi ubat selsema dekat baby bawah 2 tahun.. Jadi, redha ajelah...

Balik dari jumpa doktor, bagi dia makan ubat. Dah mula nak main..Tapi kejap je.. Lepas tu dia tak larat balik dah.. Sediiiihhhh nengoknya..

Macam ni jelah Aisyah.. Nak melekat aje dengan aku... Nak berpeluk aje..Agaknya bila kedudukan macamni baru di selesa...Takpelah Aisyah..Janji Aisyah sehat ye...


Ni masa malam balik jumpa doktr tu.. naik sampai 38 ++ suhu dia.. Tak ingat berapa.. Aku dah cuak gila.. Baju dia aku bukak, balut badan dia dengan kain basah.. Aisyah tak tidur lena sangat.. Kejap-kejap bangun maybe sebab hidung pun tak selesa.. Kejap nak baring, kejap nak tidur berdukung.. Selama umur Aisyah, malam tu je lah waktu tidur aku tak cukup.. Boleh diakatakan macam tak tidur satu malam tu sebab nak pantau suhu dia dan tukar-tukar kain basah tu.. Sebelum ni, tidur nyenyak aje aku sebab Aisyah bangun malam kejap untuk menyusu je selalunya..Hehe.. 

Alhamdulillah esok nya demam Aisyah dah kebah.. Fuuhhh... Syukur sangat... Cuma selsema je ada lagi.. Aku guna teknik sedut pakai mulut.. Mak aku siap cakap " Anak punya pasalkan? Takde benda dah yang menggelikan kat muka bumi ni.." Haha! Sebab mak aku geli tengok aku sedut hingus tu.. Kahkah! Mak aku asal siang je datang lepak rumah aku ni.. Risau sangat ke cucu dia ha.. Petama kali demamkan.. Semua cuak.. 

Shahril tiap setengah jam telipon dari opis.. Bagitau tips-tips yang dia dapat dari kawan-kawan dia..Suruh sedut air yang dah letak minyak cap kapak la.. Suruh banyakkan minum air suam lah..Suruh sedut hingus pakai penyedut lah.. Macam-macam..Lepas tu ada jugak dia send dekat email gambar-gambar ubat yang kawan dia suggestkan.. Agaknya satu hari suntuk dekat opis dia tu ajelah topiknya Tips Hilangkan Selsema Bayi agaknya.. Haha. Nak cuti tak bolehkan sebab macam-macam nak kena buat akhir tahun ni... Bawak je lah kerisauan tu sampai ke opis.. =p


Tidur bukak mulut..Sebab hidung tersumbat agaknya..Huhu

Ada jugak aku search dekat internet, ada alat sedut hingus baby pakai Sterimar.. Alat ni menyemburkan air garam dalam hidung.. Nanti lepas sembur, hingus tu keluar.. Apa lagi.. Aku suruh Shahril beli...Sebab melampau sangat aku nak bergelut dengan Aisyah tiap kali nak sedut hingus dia tu pakai mulut.. Abeh ditendangnya aku.. Nangis punya lah kuat.. Sampaikan aku nak baringkan dia sebab nak nenen pun dia macam dah fobia takut aku nak sedut hidung dia..Haha. Kesian dia..


Aku pun gunalah Sterimar ni.. Tak nak guna mulut dah..Namun, pergelutan masih berlanjutan masa nak sembur sterimar ni.. Haha. Silap-silap sembur, masa bergelut tu termasuk dalam mata Aisyah.. Adeh... Tapi kalau berjaya sembur.. Fuh! Memang puas hati! Mengalir keluar hingus.. Kalau korang tercari-cari alat untuk keluarkan hingus baby, Sterimar ni aku highly recommended..Sila lah beli...

Oh ye.. Jangan lupa beli Vicks Junior... Sapu dekat hidung, dada, dekat belakang dengan tapak kaki.. Pun bagus jugak..




Kena tidur dekat bantal tinggi baru Aisyah tidur selesa sikit... 


Oleh sebab dari Isnin sampai Jumaat selsema Aisyah tak ok jugak, mak aku nak bawak Aisyah pergi jumpa doktor pakar yang mak aku selalu bawak adik aku masa kecik-kecik dulu... Klinik Pakar Kanak-kanak Dr. Ong. Dekat area Ampang Point.. Deret Kenny Rogers... 

Sebab dah 5 hari tak ok-ok lagikan.. Risau lah jugak..Huhu




Simple je klinik dia kan? Mak aku kata dari kitorang kecik sampai sekarang sama je tak berubah langsung rupa klinik ni.. Kihkih... Dr. Ong kata, Aisyah tak demam tapi selsema dan berkahak sikit... Dia kata nanti dia bagi ubat selsema dan ubat kahak untuk makan pagi dan malam.. Nanti Aisyah akan tidur selesa je dan selsema pun akan kurang.. Dia kata dulu memang tak digalakkan untuk baby makan ubat selsema.. Tapi sekarang dah ada dah ubat untuk baby yang atas 6 bulan...Fuhh lega... Aku terbayang je takkan dapat apa-apa ubat untuk hilangkan selsema Aisyah ni..


Ubat selsema


Ubat kahak

Balik tu, aku terus bagi Aisyah makan ubat... Tak sampai 5 minit dia terus muntah... Aku hip hip hurey... Sebab lebdir-lendir kahak tu keluar sekali dengan muntah dia.. Dia kecik lagikan, mana la tau nak meludah macam kita.. Bila ada macam benda nak keluar dari tekak.. Lajuuuuuu aje dia menelan balik.. Lepas tu nangis sebab tak selesa.. Kesian aku tengok.. Huhu..

Esoknya aku bagi ubat pun Aisyah muntah lagi.. Yang tu memang super banyak.. Alhamdulillah... Nampak Aisyah pun selesa lepas tu... 

Harini selsema Aisyah dah makin ok... Dia ligat main balik dah... Kalau tak, asyik nak melepek aje.. Kalau nak nampak dia aktif pun time mandi jelah.. Ligat asyik nak berdiri je macam tak sakit.. Ha sekarang dah makin sihat.. 24 jam asyik nak praktis berdiri lepaskan tangan nak duduk mencangkung... Makin tak boleh ditinggalkan.. Kena depan mata 24 jam...



Ni gambar pagi seemalam... Alhamdulillah... Dah sehat... ^_^



5 comments:

  1. Aah la...lupe...biras2 aku pun pakai sterimar tu...hihi..
    Alhamdulillah aisyah dah sihat...

    ReplyDelete
  2. Alaaa shiannyeee cayang mkngah ni...alhamdulillah dh sehat....
    Kepada maknya selamat mengalami pengalaman pertama....

    ReplyDelete
  3. Alaaaa shiannyaaa cayang makngah ni...alhamdulillah dah sehat...
    kepada maknya..selamat mengalami pengalaman pertama..

    ReplyDelete
  4. Alaaaa..shiannyaaa cayang makngah ni...alhamdulillah dah sehat..
    Kepada maknya selamat menghadapi pengalaman pertama...

    ReplyDelete

  5. Assalam Wahh . .Selesema ni memang sedikit sebanyak akan menganggu aktiviti seharian kita .Macam macam benda boleh jadi kalau kita pandang ringan terhadap masalah selesema kita.Sebenarnya ada Cara Atasi Selesema Berpanjangan Daripada Menghantui Hidup Anda
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails