Sunday, November 3, 2013

Kenapa Asyik Join Contest Je Ni?

Assalamualaikum...

Menjawab kepada persoalan dekat atas.. Meh aku nak cerita sikit kenapa aku rajin-rajin nak join contest sekarang ni. Blog ni dah bermula dari tahun 2009.. Kenapa baru sekarang nak join? Dah 4 tahun.. Why? Why?Emm.. Sebabnya adalah...Sebab aku nak ada  peningkatan dalam dunia blog aku nih.. Hihi..

Dah 4 tahun.. Aku takde pun kawan di alam maya ni.. Nak-nak nya sekarang bila aku dah takde ofismate.. Lagi la buat aku rasa aku perlu ada kehidupan kat luar.. Kalau tak, hidup aku ibarat katak dibawah tempurung.. Bebel-bebel dalam blog ni pun pasal anak, dengan laki aku je.. Haha! 

Macamana dengan join contest dengan segmen ni boleh menambah kenalan dengan ilmu aku? Bila aku join contest ni, kita akan rajin sikit nak berblog walking n orang pun rajin nak berblog walking dekat blog kita.. Dan kita jugak akan 'terpaksa' nak like dan follow blog/fb penganjur contest dan sponsor-sponsornya.. Mula-mula aku rasa agak semak jugakkan. Sebab penuh pulak aku punya home fb dengan update-update dari blog ntahsape-sape ni.. Tapiii...Bila dah lama-lama, aku rasa banyak pulak ilmu yang aku tau..Dari apa yang diorang selalu update dekat fb diorang, aku dapat ilmu tentang isu semasa, ilmu macamana nak menjana pendapatan dalam dunia blogging ni, tambah kenalan, dan tambah networking.. Melalui join contest/segmen ni jugak aku tau apa tu Doodle Art, tau kompeni mana yang ada buat sistem jualan kad top up melalui sms/internet untuk menjana pendapatan, blogger yang boleh buat logo kompeni, macamana nak cantikkan blog kita dan cek blog kita ni ringan ataupun berat dan BANYAK LAGILAH..  Nak tulis satu-satu panjang sangat pulak perenggan ni nanti.. Haha

Aku nak cuba untuk bejaya dalam dunia blogging ni. Ada orang boleh menjana pendapatan yang tinggi melalui blog. Kalau nak harapkan Nuffnang je, mungkin mengambil masa yang agak lama.. Sebab aku tak rajin lagi nak join aktiviti luar diorang. Aku nak jugak rasa ada pengiklan luar yang nak tumpang iklan dekat blog picisan aku ni.. Kihkih.. Cita-cita aku ni akan berhasil kalau aku rajin upate blog dan yang paling penting, FOLLOWER KITA RAMAI..Sebelum aku join contest, follower aku cuma 60 orang. Dalam 2 bulan, terus meningkat jadi 150.. Dan insyaallah kalau aku aktif, akan naik lagi dan lagi.. Aku bukan Filla Mama Kasih, Sepet, atau Ceeramoon yang cerita pasal famili sendiri pun kita dah addicted nak tau lagi dan lagi pasal diorang.. Dah macam drama bersiri, mesti nak tau cerita pasal diorang sebab gaya penceritaan diorang yang santai dan menarik.. Aku jugak bukan Hanis Zalikha yang terer gila susun ayat masa bercerita. Ayat yang sangat mudah kita nak faham dan terkesan di hati.. Aku cuma aku,yang nak bercerita tentang apa yang aku nak cerita yang ntah ada orang nak baca ke tak.. Hihi..

Jadi, itulah sebab kenapa aku rajin join contest.. Di samping kalau ada rezeki, boleh menang hadiah yang ditawarkan.. Nak-nak nya haritu aku dah pernah menang sekali.. Mestilah lagi bersemangatkan.. Hehe.. Menjawab persoalan korang tak? Err.. Ke takde sape kesah pon.. Haha! 

Ok la ok la.. Jom la cite pasal Aisyah.. Alhamdulillah.. Harini Aisyah dah 6 bulan \0/ Macam biasa, pagi tadi bangun pukul 6 pagi.. Selalu nya tengok je kitorang breakfast. Harini dia breakfast sekali.. Aku bagi dia bubur nasik yang aku dah lenyek-lenyekkan campur dengan susu badan sikit.. Banyak jugak dia makan.. Lepas tu terus layu mata dia.. Terus tido.. Haha! Kenyang sangat kot.. Ni dah bangun dah... Busy main dengan abah dia..



Manja atuk dengan neni dia ni.. Asyik kena cium, berdukung aje.. Sanggup tu atuk neni dukung walaupun stroller ade.. 




Go Aisyah go! Inilah aktiviti Aisyah yang terbaru.. Asyik nak on your mark get set go aje..


Terus pasangkan balik katil.. Sebab aku dah tak berani dah nak tinggalkan dia sorang-sorang dikelilingi bantal.. Bantal tu pun dia dah boleh tolak sampai jatuh ke bawah katil.. Bantal dah tak boleh dibuat benteng..


Semalam bawak dia pergi Aeon Big Wangsa Maju.. Awalnya nak pergi Pasar Tani. Aku cari topi dia tak jumpa.. Tu yang aku pakaikan scarf untuk elakkan panas terus ke kepala.. Elok pulak dia pakai tak tarik-tarik, aku biarkan aje sampai dekat Aeon tu.. Hehe..


Fuhhh.. Panas sangat.. Aisyah payungkan mak dengan abah..Haha!


Ok, itu aje.. ^_^








1 comment:

  1. Slm. Hahai cik nas. Best ek join contest . X leceh ek? Teringin jgk nk blogging meriah2. Ramai followers. Sy bdk br. Mnta tnjk ajar blh. Tq. Jom follow2. (:

    http://miszwati88.blogspot.com/2013/11/kenapa-nk-blogging-tiba2-ni.html

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails