Saturday, October 26, 2013

Punca Aisyah Manje Kededek Ditemui!

Assalamualaikum...

Aku mulakan penceritaan aku dengan gambar menu untuk malam ini..


Nasi putih dengan sup ayam..Hihi.. Shahril tak sedap badan.. Balik dari Johor semalam terus selesema. Tadi ada kenduri pulak dekat Ampang. Dengan cuaca panas nya, makin tak sedap badan lah dia. Aku pun masakkanlah sup ayam, letak halia banyak-banyak...Kasi panas keluar.. Biar berpoloh-poloh.. Hehe..

Ok, sekian mukadimah yang konon nak menunjukkan isterisolehahsangat!Haha.

Jom cerita pasal Aisyah pulak.. Budak yang manjeeeee sangat dua tiga hari ni.. 


Tengok.. Duk nak angkat-angkat punggung dah.. Kalau aku letak dia dekat kepala katil, aku lepak main hp dekat hujung kaki katil, tiba-tiba dia dah sampai tepi aku, muka ngadap aku tolak-tolak aku dengan tangan atau kaki dia sambil sengih-sengih... Amboi-amboi... Oleh sebab geram tengok perangai dia yang macam dah besar sangat tu, dia harus terima balasan.. Ciuman bertalu-talu dekat pipi sampai merah.. Muahaha!

Harini ada pertemuan terbaru dekat Aisyah... 


Ok Aisyah, sila baring.. Mak nak tengok gusi..




Mak nak tengok gusiiiiiii bukan suruh gelak! -_-"


Tak berjaya baring, meh berdiri!




Ada dua anak gigi!Alhamdulillah... \0/ Bila tekan-tekan dah tajam.. Esok insyaallah mak rebus carrot ye untuk Aisyah kunyah-kunyah.. ^_^ 

Jika diizinkan Allah, Ahad depan Aisyah dah masuk 6 bulan.. Aisyah nak makan nasik dah \0/

Atuk dengan Neni yang super duper excited Aisyah dah boleh nak makan, terus belikan Aisyah macam-macam barang. Barang yang menghepikan mak Aisyah ni..Hihi...


 Tadaaaa \0/


 Khas untuk Aisyah je barang-barang ni.. Tak boleh guna untuk masak benda-benda lain pesan Neni..Hihi.. Baeklahhh!! \0/

1 comment:

  1. comel.. ^_^

    Join jugak GA ni..

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/10/gempak-giveaway-red-delima-di.html

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails