Friday, October 4, 2013

Practise make perfect..


Assalamualaikum..

Harini nak cerita pasal masakan yang aku selalu buat tapi tak berapa nak menjadi sangat pada tekak aku ni.. Tapi....Makin lama, makin berjaya meniru resipi turun temurun dari keluarga aku..Masakan apa? Terung telunjuk masak toco taucu dengan sambal tumis petai dan ikan bilis. Haha!Macam la masak rendang keenn.. Padahal masakan yang simple je.-_-"

Ini la antara makanan kegemaran aku yang dah banyak kali aku cuba buat, tapi asyik ada je kurang tang sana sikit, tang sini sikit. Kalau tanya Shahril dia memang kata sedap aje. Yelah, sebab dia taktau rasa original untuk setiap masakan tu. Rasa sebenar yang aku cuba nak tonjolkan dalam masakan tu.. Jadi, aku pun terus cuba dan cuba lagi... 

Akhirnya setelah berkali-kali mencuba, bak kata orang, practise make perfect dalam belajar taknak pulak rajin macamni. Berjaya jugak aku masak dua-dua masakan ni dengan jayanya.. Seperti yang aku mahu.. Hip hip hurey! \0/  

Aku tengok gambar ni je aku dah terasa nak masak lagi masakan yang sama esok. Haha! Padahal baru je buat beberapa hari lepas. Over sgt..




Terung telunjuk masak toco taucu (famili aku panggil masak toco.kihkih)


Sambal tumis ikan bilis + petai 


Macam tak best je tak share resipi.. Nah resipi untuk sambal tumis tu..Hehe..

Bahan-bahan:

Segenggam ikan bilis
Segenggam petai
Belacan 1/2 inci blend bersama cili kering
Secawan santan (tak pekat sangat, tak cair sangat)
2 biji bawang besar di potong bulat
3 ulas bawang putih ni cincang halus
10 tangkai cili kering diblend halus.
3 sudu air asam jawa
Gula dan garam


Cara-caranya:

1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan diletak tepi.
2. Goreng petai. Angkat dan diletak tepi. Aku suka goreng petai dulu berbanding letak mentah-mentah dalam sambal tumis ni. Kalau ada yang suka tak masak dulu petai tu, takyah goreng petai tu. Ikut selera masing-masing.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan cili blend dan belacan. Masak dengan api perlahan. 
4. Masukkan air asam jawa dan santan, gula dan garam. Masukkan juga ikan bilis dan petai yang dah digoreng tadi..
5. Teruskan masak dengan api perlahan sehingga naik minyak. Balance kan rasa masam, manis masin seperti yang kita mahukan.
6. Siap! \0/

Selamat Mencuba ^_^ 







nota kaki : Rasa sambal tumis ni.. Sebijik macam nenek aku pernah buat dulu-dulu.. Tu yang aku rasa macam berjaya sangat nihhhhhhhhh.... *nangis* T_T



5 comments:

  1. Ya Allah.. rindu sambal tumis arwah maktok aku..sambal tumis yg kiterang dok mtk pg raye despite of rendang T_T
    Till now blm ade sorang pun ahli family yg berjaya masak exactly mcm arwah maktok aku.... wuwu...rinduuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuwuwuww...cube jaya tahap dh nk give up dh ni..hehe.. berusaha li! \0/ rindukan dgn air tgn nenek kite.. huhu

      Delete
  2. akak suka sgt ngan kuah taucu tp dh berkurun tak masak sbb akak sorang je yg makan sob sob :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak je kak.. nnti yang lain terliur skali mesti join..hehe

      Delete
  3. Assalamualaikum nas. haiiii kecur air liur sheila. waduhhh.. insyallah nak cuba resepi atas tu.. tak pernah makan. hehehhee

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails