Thursday, October 3, 2013

Pencarian Baby Carrier Berakhir Dengan Jayanya..

Assalamualaikum...

Nak cerita pasal Baby Carrier untuk Aisyah. Ingat tak sebelum ni aku ada buat entry pasal aku buat sendiri baby sling untuk Aisyah guna pashmina je? Lepas tu, aku ada bagitau yang aku dah beli dah pun baby carrier untuk Aisyah, tapi macam tak sesuai lagi untuk Aisyah pakai. Baby carrier tu brand Sweet Cherry.

Setelah marasakan Aisyah dah sesuai pakai, kitorang pun pakailah baby carrier tu masa nak bawak Aisyah jalan-jalan.. Tapi, kitorang pulak yang tak sesuai pakai.. Sakit-sakit pinggang, bahu lenguh-lenguh. Adeh.. Bahu kita tertarik ke depan sebab berat baby hanya disupport oleh bahu kita yang tak berapa nak kuat sangat ni. Baby carrier ni pulak takde support dekat pinggang dan bahu. -_-"


Nampak tak? Takde support dekat belakang. Tali yang berikat tu pun, lebih tali yang dekat bahu tu aku ikatkan dekat pinggang bagi selesa Shahril pakai. Dah la Shahril pakai masa membeli belah untuk hari raya dekat Jalan TAR haritu..Ini kes malas nak bawak stroller, nak tolak celah-celah orang ramai. Akibatnya, tahan je lah Shahril pakai baby carrier ni sambil tunggu aku memilih barang.Haha!


Aisyah maintain happy je.. Borak-borak. Dia suka la duduk macam ni.. Berpeluk aje.. Satu hari pun dia tahan..



Tido maintaiiinnnnnn... Walaupun tengah panas, janji dengar degup jantong yang menenangkan.. Aisyah boleh tido dengan lenanya..

Aisyah memang selesa.. Mak dengan abah sakit badan. Jadi, Marilah kita mencari baby carrier yang baru.. \0/

Dulu ada baca entry pasal baby carrier yang Ili beli untuk anak dia, hati ini terus jatuh cinta nak beli yang sama jugak. Masa tu aku mengandung lagi. Lama aku simpan niat nak beli yang tu, sebab nampak selesa dan bercorak-corak. Jadi, aku pun pergilah Fabulous Mom, memang niat nak beli yang sama. Ada pulak sebijik macam dekat gambar bawah ni.. Cun nye! Yey!! Nak beli \0/



Tapi.....Tapi tapi tapiiii... Aisyah pulak yang tak nak..*nangisssss* Baru je nak pasang dekat badan dia, dia dah nangis. Aku try baby carrier brand Baby Nari sebab lain daripada yang lain sikit. Ada tempat duduk. Bila pakaikan yang Baby Nari tu ok pulak dia. Hamboi hamboi..Pandai pilih yang mahal ye..*Nangis lagi* Mujur aku ada kad VIP Fabolous Mom ni. Dapat diskaun 20%.. Hip hip Hurreeyy! \0/

Aku assume dia suka yang Baby Nari ni sebab dia selesa duduk terletak macamtu. Dua kali kitorang tukar-tukar antara Boba dengan Baby Nari. Tetap dia nangis masa pakaikan Boba dan senyap je bila pakaikan Baby Nari. Alahai anak.. Kecik-kecik dah pandai pilih...






Antara sebab kenapa aku pun suka nak beli brand Baby Nari ni adalah, kita boleh jadikan dia tempat untuk baby duduk dan kita support dengan tangan kita belakang badan dia je. Macam gambar dekat atas ni. Kalau nak sekejap-sekejap dukung baby, boleh la pakaikan tempat duduk dia ni je. Tangan kita pun tak sakit sebab baby pun makin lama makin berat kan.. Takdelah lenguh-lenguh lengan kita nak tahan berat baby.


Ini pulak support dekat pinggang dan bahu dia.. Selesa sangat.. 




Poket pun banyak.. Aku sumbat je handphone, duit dalam poket ni.. Tak payah aku bawak handbeg dah.. Hehe..




Aisyah kompem la hepi dan selesa yang amat.. Dah dia yang pilih keeennnnnnn....


Boleh jalan-jalan dekat Jalan TAR lagi.. Berjam jam pun takpe.Haha! Nak tido time panas pun takpe ada penutup kepala.. Tak payah mak nak pegang payung. Kuikui..

Yang paling aku suka?

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.





Kerusi dia tu boleh support badan Aisyah masa menyusu.. \0/ Tangan tak lenguh-lenguh nak support badan Aisyah yang makin bam bam. Hehe.. Happy Breastfeeding ^_^v  



7 comments:

  1. Salam perkenalan, Baru 1st time baca blog pengalaman bersalin akak, hehehe , ingat2 balik ishhh xtau nak ckap...
    jom Follow saya emildairdina.blogspot.com bole jadi kwn alam maya :)

    ReplyDelete
  2. Amboi aisyah, kecik2 dah high taste ye...hihi...bijak..bijak....Hah..bestnye siap ade kerusi...mesti lg selesa...pandai aisyah pilih...

    ReplyDelete
  3. Tq sbb follow sy..hihihi
    Bb carirer, saya pakai sekali jer, sbb dekat nak raya aritu g shopping kat jln TAR penat kot nak mendukung klw xd benda ni, mau sakit lengan 2,3 hari :)

    ReplyDelete
  4. Hi dear.. salam perkenalan..
    Jemput join contest kami di http://laishcloset4u.blogspot.com/p/vintage-contest.html ya..
    Boleh dapat hadiah best!! Ajak rakan-rakan lain sekali tau. The more the merrier =)

    ReplyDelete
  5. kurusnya aku dekat gambar atas ni.. "tisya cantik! ' kata aisyah

    ReplyDelete
  6. bestnya handsfree pegang anak ekekeke

    ReplyDelete
  7. Baby Carriers are like having "tummy time" all the time! These baby items are a great way to provide security to your baby (and to you). You can feed your baby, vacuum or work while the baby sleeps, &keep your baby calm. Baby Carriers are a healthy alternative to a stroller.Choosing the right baby carrier is not easy. There are so many factors to consider before making your choice.
    1. Choose a model with easy to understand instructions
    2. Buy a product that fits you & your baby well (make sure you can see your baby's face)
    3. Check with your retailer or the manufacturer to ensure that the sling or baby carrier meets the ASTM-F2907-12 Consumer Safety Specifications for Sling Carriers Standard.

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails