Thursday, October 31, 2013

Jadi Cikgu Tusyen Add Math

Assalamualaikum...

Korang pernah ada cita-cita nak jadi cikgu tak? Aku pernah..Masa zaman sekolah dulu.. Aishh.. Kalau nak cerita pasal zaman sekolah, banyak kot cita-cita aku ni.. Cikgu lah, doktor lah, tapi yang paling tak boleh blah aku nak bukak kilang perabot jalan. Kilang tu buat sign board, mata kucing, signage jalan, rail jalan.. Sebab tu jugak tangan aku ni pergi tick dekat Kejuruteraan Awam masa isi borang Sekolah Teknik dulu. Haha! Nampak sangat aku tak tau kursus kejuruteraan awam tu apa.. -_-"

Berbalik kepada nak jadi cikgu, aku agak suka jugalah nak mengajar orang. Selalu bercita-cita konon-konon dapat kelas yang nakal gila budak-budaknya lepas tu aku budget jadi cikgu yang dapat mengubah diorang jadi insan yang berguna lepas tu diorang semua terharu sangat lepas tu sayang gila dekat aku hujung tahun nangis-nangis sebab persekolahan dah tamat.. Drama sangatkan? Haha!

Realitinya, aku adalah sangat garang.. Badan adik aku habis lebam-lebam kena cubit semata-mata dia tak dapat jawab soalan matematik yang super senang padahal lagi dua tiga hari je nak PMR!! Bila SPM, tobat dah dia nak tanya aku satu soalan pun.. Haha!

Aku pernah jugak jadi cikgu tusyen dekat taman perumahan aku dulu.. Masa tu nak tunggu result dari sem 1 ke sem 2 degree. Aku ajar Add Math dengan Math. Fizik dengan Kimia aku ajar jugak tapi sikit je.. Sekadar menjawab soalan apa yang diorang nak tanya sebab aku agak malas nak bukak buku rujukan balik untuk nak study satu-satu.. Kehkeh.. Haaa.. Anak jiran tak boleh nak garang-garang.. Berbayar okay.. Takkan sesuka hati ko nak cubit anak orang. Kang tak pasal-pasal gaji tak dapat, siap kena masuk balai polis kes cikgu cubit murid sampai lebam... Haha

Tapi... Ada anak saudara aku ni dengan sepupu aku.. Diorang ni aku tak tau lah.. Hati besi ke hati kering.. Maintain je kalau kena jerit kena bebel tahap mak tiri dengan aku.. Dari UPSR, PMR sampai dah nak SPM dah pun diorang mggu depan insyaallah. Masih tabah belajar dengan aku.Yang sepupu aku tu, Amira nama dia.. Dia dekat sekolah asrama penuh dekat Kuantan. Dia tinggal dekat kampung aku. Bila aku balik kampung baru lah aku pulun ajar dia.. Tu pun sebab kena paksa dengan mak ngan ayah dia.. Haha! Bercuti adalah untuk cutikan? Kena belajar dan mengajar pulak.. Adehh.. Tapi takpe.. Akan ku curahkan segala ilmu yang ado.. Hehe..

Yang anak sedara aku ni pulak dekat MRSM Kuantan.Ain nama dia. Rumah dia dekat Wangsa Maju ni ha.. Memang dekat je lah dengan rumah aku..Asal dia balik je dari asrama. Aku akan dapatlah call dari mak dia suruh aku ajar Ain ni.. Haritu aku dah sarat mengandung pun dia datang jugak suruh aku ajar.. 3 ke 4 hari lepas tu aku bersalin.. Tekanan dapat soalan Add Math yang susah dan kena jawab jugak.. Haha. Cikgu kannn... Kena la berusaha jugak menjawab.. Dia bawak balik soalan-soalan exam MRSM dia..  Soalan-soalan MRSM memang susah gila okeh.. Dulu masa aku kat Teknik.. Dapat je soalan MRSM memang malas gila nak buat sebab susahnya yang macam tak mungkin akan keluar dekat SPM nanti.. Kihkih.. 

2 minggu lepas Ain balik rumah dia.. Beberapa hari sebelum tu cousin aku yang aku panggil Angah tu cal aku tanya aku available tak nak mengajar Ain.. Last sebelum SPM.. Refresh apa-apa yang patut.. Setelah berfikir-fikir aku pun on sajoh.. Tapi belajar dekat luar.. Mana-mana restoran yang ala-ala boleh study dan sila jaga Aisyah! Haha.

So, kitorang pun pergilah Kenny Rogers dekat KL Festival.. Makan sambil belajar...


Ehh..Berapa kali nak tunjuk gambar time ni..Haha


Inilah Ain.. Dah besau dah.. Tanya cita-cita nak jadi apa? Nak jadi bisneswoman.. Baguih la baguih.. Kiranya die dapat sedut ilmu aku skali dengan minat jiwa dan raga aku..Haha




Aisyah ok je dengan Mak Ngah dia.. Siap tak layan aku.. Sebab Mak Ngah bawak dia pergi jalan-jalan satu shopping kompleks tu...Suka la dia berdukunggg..

Bab makan la yang best.. Aku terus oder ayam.. Lalala~ Angah nak belanja.. Kompem la yang mengenyangkan cikgukeennn...


Puas hati.. Melimpah ruah side dish dia...Mungkin sebab harga dah naik.. Selalunya alahai... Kedekut betul nak bagi banyak-banyak..








Yang dekat atas ni makanan mereka.. Ada lagi sebenarnya.. Ada sosej, aiskrim, ayam.. Tapi aku tak snap... Sebab terus NGAP!


Dah habis stadi, bergambar dulu...




Jumpe anjing besau ni ha... Haha! Aku takuttt... Biar aku ambik gambar je...Aisyah pun rilek je.. Takdek perasaan takut lagi la tu..Hehe.. Jangan bila dah besar jadi macam aku.. Nampak je clown ke, naga tahun baru cina ke, costume2 katun ke.. Semua mendebarkan hati aku.. ntahpapentahkan..



Ok, itu aje... Kepada sepupu aku dan anak saudara aku juga kepada semua yang bakal ambik SPM, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM yang bakal menentukan dekat mana masa depan korang nanti... Keputusan yang baik, akan membawa korang selangkah ke alam yang lebih baik.. Kalau agak-agak kurang bernasib baik dengan keputusan SPM, jangan risau... SPM bukan penentu segalanya.. Ingat, sebelah kaki aje akak ko ni cakap tadi.. Untuk nak dapatkan kejayaan, perlu ada dua-dua belah kaki.. Yang penting, usaha.. Jangan putus asa..Allah tu adil..  DIA menyedikan seribu satu macam punca rezeki untuk kita.. 

Oh ye.. Selagi tak dapat keputusan SPM, solat hajat banyak-banyak mohon rezeki yang terbaik dari Allah.. Semoga ada keajaiban selepas kita berusaha berhempas pulas... Jiayou!! \0/



3 comments:

  1. hahaha.. takut anjing besau yea.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dari blog TengkuButang..

    ReplyDelete
  3. Ai?gmbo mkn je lbh...kih3.. :D

    ~far

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails