Thursday, October 17, 2013

Ekor korban

Assalamualaikum.. 

Hari raya haji kali ni aku tak balik Temerloh.. Raya dekat KL je.. Sebab Aisyah ada check up sehari sebelum raya dan sehari lepas raya, Shahril dah kerja pulak.. Mak, abah dengan adik aku balik kampung.. Kakak aku tak balik. Jadi, aku suruh dia datang rumah aku beraya.. 

Aku masak mee kari sebab kakak aku request nak mee kari. Dah berbulan-bulan dia nak mee kari yang aku masak.. Aku tak buat-buat pun.. Kali ni aku paksa gak masakkan untuk dia.. Ada sekali dulu tu, dia dah beli bahan dah. Tinggal aku masakkan je, pun aku tak buat jugak. Aku masak benda lain. Korang jangan jadi adik yang tak mithali yeh.. Tak baik..Kakak aku kalau aku request apa-apa, sehari dua mesti dah ada depan mata.. hihi..

Aku masak seperiuk besar. Standby kalau ada tetamu lain yang datang... Jadi, menu raya aku haritu mee kari yang aku buat, rendang daging dan pulut kuning yang mak mertua buat.. Tengahari ada nasik pulak dengan kari ayam.Kakak aku datang bawak laksa..Malam tu aku dah tak lalu makan dah..Kekenyangan tahap jalan pun kene seret kaki. 

Perasan tak takde daging? Padahal raya hajikan? Kawan-kawan aku duk Whatsapp kata duk makan daging.. Pulun daging sume orang.. I is jeles.. Sebab daging dapat petang.. Jadi, takdeklah kenduri daging korban time raya tu.. Simpan untuk kemudian hari..

Mak aku balik dari kampung semalam, bawak ekor lembu panjang yang belum dipotong.. Lembu yang dikorbankan dekat kampung aku. Mak aku tanya, nak ekor ke tak.. Belum pun habis perkataan 'tak' tu aku dah jerit naakkkkkk! haha! Yiippiee!! Jom makan daging korban! Ekor lagi.. \0/

Ayah aku potong dulu siap-siap ekor tu jadi 3 bahagian sebab dia tengok aku seram tengok ekor tu panjang sangat.. Makan tau pulak kan? Potong ekor panjang-panjang tu serem pulak.. Haha! Malam tadi Shahril potong lagi bagi kecikkan bahagian ekor tu.. Bagi senang nak masak n makan..

Ni aku tengah rebus ekor tu bagi empuk..Nak masak sup petang ni.. Haritu pernah dah masak sekali.. Nyumm nyummm.. Aku ikut resipi dekat sini.. Kali ni pun nak ikut resipi yang sama.. Sebab memang sedap..Ada pulak telur dadarkan..Perghhh..Dah feeling-feeling kat kedai tom yam dah..Hehe..

Ok itu aje. Dah lama tak bebel tanpa letak gambar.. Hehe..

3 comments:

  1. salam kenal.... comel nya aisy. Raya qurban ni mmg tak jauh dgn menu sup tulang kan? hehehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. sedapnya. rumah sheila masak nasi lemak je.. sepatutnya tahun ni sheila balik rumah mertua tapi tak jadi.. ada hal pula. Salam Aidiladha nas dan keluarga :)

    ReplyDelete
  3. sup ekor sedap wooohhhh....slurrrrppppp...

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails