Wednesday, October 30, 2013

Dah Mula Nak Serius Dahhh...

Assalamualaikum..


Kepada yang dah like fan page Nur Aisy Shoppe (N.A.S) aku nak ucapkan beribu-ribuan terima kasih.. Sori kalau barangan yang dijual tak banyak mana sebab still lagi dalam proses klik!klik! nak ambik gambar.. Hehe.. Pagi tadi aku ada upload brooch bentuk bunga yang aku jual.. Nak beli satu pun boleh.. Nak beli borong pun boleh.. Lawat lah Fan Page N.A.S atau boleh pergi dekat blog N.A.S.. Borang tempahan aku still linkkan dengan blog Nas Butik aku yang lama.. Aku belum tukar setting lagi ke blog N.A.S.. atau nak mudah, WhatsApp/SMS je aku ye.. 019-3613164... Lagi senang..Hehe

Aku dah nak mula serius dalam berbisnes ni... Insyaallah.. Doakan aku ye.. Semoga keputusan aku untuk berbisnes ni dipermudahkan Allah dan diberi rezeki yang cukup untuk aku dan keluarga aku..

Ingat nanti nak buat contest.. Hadiah yang ditawarkan barangan dari N.A.S.. Hehe.. Insyaallah.. Agak-agak ramai tak yang nak join? Buat sementara ni, biar aku penuhkan barangan yang nak dijual.. Buat sementara ni jugak, biar aku join contest orang lain dulu.. Haha!

********

Tadi baca blog Ceeramoon dia ada buat mini contest... Hadiah dia? 3 helai Genie Bra.. Censored ke? Ok, pembaca wanita je yang baca.. Yang lelaki, sila tamatkan pembacaan anda disini! Haha!

Dulu harga bra ni mahal jugak..Mau RM200 untuk 3 helai.. Haritu ada promotion RM99 untuk 3 helai.. Aku dengan adik aku duk pelik sangat apa yang bestnya bra ni, kitorang pun try la beli.. Memang best la! Takde besi, takdek pencangkuk semua tu.. Pakai macam kita pakai singlet tu.. Tapi memang elok je terletak, dan rasa support elok dari depan sampai belakang.. Kain dia pun best.. Lembut je.. Aku breastfeed kan? Takde masalah pun masa nak menyusukan Aisyah.. Ok sajoh pakai bra ni.. ^_^

Sebenarnya contest ni tak payah promote pun pasal bra ni.. Kena tepek gambar je.. Tapi sebab aku pengguna bra ni jugakkan.. Alang-alang, mari kita buat testimoni terus.. Hehe..


Lelaki pun baca sampai habis? Takpe.. Hadiah kan untuk isteri yang tersayang.. Hehe...




No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails