Monday, October 21, 2013

Aisyah manje kededek...

Assalamualaikum..

Update laju-laju.. Huhu... Agak kelam kabut sikit lately.. Sebab Aisyah super manja dua tiga hari ni.. Selalunya kalau aku duduk dekat meja ni mengadap laptop dia ok je janji aku ada depan mata.Nak pergi masak ke, jemur kain ke, bagi je mainan, dia ralik la kejap. Sekarang ni tak.. Asyik nak berpeluk je.. Munkin nak beralih bulan kot.. Sekarang ni asyik bizi nak mengangkat punggung dan mengengsot ke belakang aje.. Aku pun risau nak tinggalka dia lama.. Bantal berat pun dia boleh menyusup bawah tu dah.. Dah nak kena bukak balik katil dia. Haritu dah pasang tapi simpan dalam kotak balik sebab rasa dia ok je terkepung tengah-tengah bantal.. Sekarang tak boleh dahhhhh... Nak pergi toilet pun risau..

Assignment berlambak.. Thesis dah nak kena hantar. Barang nak jual bertimbun sebelah ni belum di update dalam blog dan fanpage.. Ok tu je.. Entry ni pun dah berapa kali terberhenti nak post.. Nak update blog sendiri pun tak sempat apakan lagi nak blogwalking. Huhu..Blogwalking tanpa tinggalkan komen mungkin sempat..Hihi... 

Ha lagi satu! Nak join contest/segmen yang tahap kopipes tu je mungkin sempat jugak.Haha! #sempatlagitu..

Ok nak mandikan Aisyah... Aisyah dah bangun selepas tido hanya 10 minit... Oh ye..Aisyah dah pandai dah sekarang.. Kalau nampak aku pakai tudung, dia dah nangis-nangis macam kena pukul sambil depakan tangan suh angkat.. Kaki jalan anak aku ni...Pergi tempat baik-baik je ye bila dah besar nanti.. ^_^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails