Friday, October 4, 2013

Aisyah 5 bulan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam Aisyah genap 5 bulan. Sekejap je rasa waktu berjalan. Insyaallah bulan depan dpt la Aisyah merasa makanan lain yang Aisyah idam-idamkan tu.. Mak aku dengan mak metua aku asyik mengira hari bila boleh bagi Aisyah makan. Tak puas hati betul diorang bila aku kata start 6 bulan.. Mesti diorang akan cakap "Haihhh macam-macam betul skarang ni. Budak dulu-dulu dalam pantang dah bagi makan.." Haha. Nak buat macamanakan Aku dengan Shahril skema nak ikut aturan.. Kihkih...


Aisyah pun makin berselera mukanya bila tengok orang makan. Meleleh leleh air liur dia. Lepas tu buat muka sedih sayuuuuuu... Macamana la nenek-nenek nya tak mengira hari kan.. =p Aku rasa aku nak start bagi Aisyah rasa sikit-sikit makanan. Macam madu ke, buah ke.. Apa-apa makanan je lah.. Yang aku rasa selamat untuk dia rasa.Bagi die jilat sikit. Antara sebabnya, aku taknak dia terkejut sangat bulan depan. Sebab kompem.....Nenek-neneknya akan masak macam-macam untuk Aisyah.. -_-"

5 bulan.... Aisyah dah nak belajar angkat bontot dah.. Buat pusingan helikopter bukan main laju skarang.. Baru letak, tiba-tiba kang posisi dah lain.Tak sampai seminit dah bertukar lain dah.. Dah nak mengengsot kebelakang. Paling suka tengok sekeliling.. kalau environment baru, orang baru, dia tengokkkk je..berpusing-pusing kepala nya nak tengok sekeliling.. Dah pandai nak berjalan. Aktiviti wajib tiap-tiap minggu ialah keluar dengan atuk, neni dan Tisya. Nampak je diorang dekat luar pintu rumah, dah melompat lompat hepi.. Tapi, katakanlah kalau atuk dengan neni datang rumah sebab nk lepak je bukan bawak pergi jalan. Mood sendu je muka Aisyah.. Taknak main sangat dengan atuk ngan neni. Muka tak puas hati...Macam, "kenapa tak keluar-keluar lagi nihhhh". Woih,tau sangat budak kecik nih nak berubah-berubah mood.. -_-


Alhamdulillah. ..Bila tengok anak sihat.. Aktif.. Dekat Allah lah yang harus aku ucapkan syukur. Allah Maha Pelindung yang menjauhkan Aisyah dari segala penyakit dan perkara-perkara yang tak diingini.. Alhamdulillah.... Semoga Aisyah sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah...

Kebetulan semalam Tita Aisyah.. Tita tu sape? Kakak aku.. Nak Aisyah panggil dia Tita.. Pendek untuk Aunty Nita.. Haha. Macam-macam.. Mak metua aku menten panggil kakak aku Mak Long,adik aku Makcu.. Idok di layan name-name omputeh ni..Haha! Eh sambung balik... Semalam Tita bagi Aisyah baju.. Neni pun bagi Aisyah baju.. Abah Aisyah balik kerja, belikan Aisyah buku.. Hadiah untuk harijadi Aisyah 5 bulan.. Alhamdulillah... ^_^  Mak la hepi lebih keennnn.. Kihkih..




Pantun dari mak Aisyah...Terima kasih daun keladi.. Bulan depan bagilah lagi...Kihkih...

8 comments:

  1. Assalamualaikum nas. heheh comelnya aisyah! dah 5 bulan ye.. besar dah dia. muka dia tu gebu sangat, geram sheila tengok tau. aisyah,bilalah acik sheila dapat jumpa kamu.. hehehhee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Tengkiu Sheila.. ^_^ Nanti insyaallah ada jodoh kite jumpe.. Aktiviti makan-makan ke..Hehe..

      Delete
  2. salam kenal.....follow sini jugak...dr review blog shiela salim.

    ReplyDelete
  3. heee.. datang singgahbalas.. hu2.. blog kita dah direview sheila yea..
    ha a lea.. kita ada persamaan.. kan.. heee.. title isteri org.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tulah..ingat tenkubutang gadis gadis remaja lg..comel sgt blognye... :p

      Delete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails