Sunday, September 1, 2013

Telur Berlada Mengimbau Kenangan

Assalamualaikum

Sesiapa yang belajar dekat Uitm zaman aku, atau zaman sebelum aku, majorotinya mesti jadikan Medan Selera dekat Seksyen 2 tu tempat makan pagi petang siang malam diorang selain makan dekat dining room kolej. Macamtu jugaklah aku dengan geng-geng aku. Baik geng komander, geng kelas, atau geng-geng gangster yang lain..Tak kiralah pergi sana naik bas ke, naik kereta ke, rempit dengan Aiza lepas tu berbungkus-bungkus tapau makanan untuk kawan-kawan yang lain. Seksyen 2 lah pilihan hati kitorang. Makanan dah terbayang dekat mata ni dari tengah bersiap dekat bilik lagi..Telan air liur taktau nak cakap berapa kali dah. Haha

Makanan feveret aku adalah dekat kedai Alhamdulillah..Nasi putih, tomyam ayam pedas, dengan telur berlada.. (Asal aku telan air liur sekarang ni?) Telur berlada dekat kedai ni, bukannya macam telur berlada yang kita biasa buat dekat rumah tu.. Ni lain punya ni.. Sekarang ni Medan Selera Seksyen 2 tu dah ramai orang baru. Makanan pun macam dah tak sesedap dulu. Harga pun dah mahal. Tak macam zaman dulu-dulu.. Tempat dah cantik agaknya. Sewa pun naiklahkan..Telur berlada? Memang dah takdek dah bayangannya dekat tempat baru ni.. Huhu

Haritu aku agak merindui nak makan telur berlada ni. Aku pun google la. Jumpa blog ni. Jumpa gambar telur berlada yang aku rasa lebih kurang macam yang dekat Seksyen 2 tu..Ikut cair-cair telur tu dan cilip adi yang banyak. Nyum nyum.. Gerai ni dekat Kampung Kuantan, Klang.. Rasa nak terbang pergi sana cari gerai ni. Haha!


Tapi oleh sebab agak jauh dengan aku yang ada anak kecik ni, aku pun cuba-cuba lah buat sendiri dekat rumah. Kalau masa mengandung dulu aku teringat. Kompem aku cari kedai ni sampai dapat. Kihkih.. 

Masa aku cuba nak buat dekat rumah, kejap aku masuk tu.. Rasa tak sama. Kejap aku goreng telur macam ni. Tergaring la pulak. Akhir sekali, aku rasa macam aku dah berjaya jumpa rasa telur berlada yang aku makan dekat Seksyen 2 tu.. Yesss!!!!! Alhamdulillah.. Tapi aku tak letak cili yang dah di blend. Sebab aku rasa, dekat kedai Alhamdulillah dulu bukan warna merah telur berlada tu cuma cili padi yang dipotong-potong.Ntah la..ingat-ingat lupa aku ni..


Yippiee Yayy Yeyy! \0/ Boleh buat lagi lepas ni.. Tak boleh nak share resipi ni lagi sebab belum berjaya 100% lagi.. Baru 90%. Haha! Perasan..  Nak buat banyak kali lagi lepas ni.. Sampai jumpa rasa sebenar,rupa sebenar.. Berusaha Nasrina! ^_^v


 

2 comments:

  1. Assalamualaikum awak. nanti kongsi resipi ye. teringin nak cuba! macam sodap je ado banyak cili padi..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.. Bila dah kompem sedap.. Akan share kat sini.. Hee.. ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails